Thursday, June 5, 2014

braces ~ part IV ~ pemasangan braces

assalam semua..

entry kalini bersambung dari entry braces yang sebelum-sebelum ni..

tahun 2012, bulan feb, aku dipakaikan braces oleh doktor pakar orthodontik iaitu Doktor Pretiba..
doktornya muda, soft spoken dan sangat baik..

masa hari pemasangan braces tu, aku tertanya-tanya jugak, cemana laa pakai braces ni? sakit ker tak? selesa ke tak.. macam-macamla yang bermain dalam pemikiran aku ni.. sebelum proses pemasangan braces ni dilakukan, doktor ada ambil satu acuan gigi asal aku atau kita panggil mould..


ni contoh mould, bukan mould gigi aku yer.. ngeee... :D

lepas ambik mould tu, dalam beberapa bulan, barulah doktor putuskan untuk pakaikan aku braces..
mula-mula, doktor baringkan aku atas kerusi pemeriksaan gigi tu..
kemudian, doktor gunakan satu alat untuk pastikan mulut aku sentiasa terbuka supaya memudahkan doktor untuk memasang alatan braces..




gambar ni diambil dari google, tp aku edit sket, abaikan anak panah warna merah, tapi tengok pada bulatan warna ungu tu.. mende tulaa yg doktor gunakan untuk memegang rahang kiri kanan supaya mulut sentiasa terbuka atau ternganga.. hehehe...
dah pegang tu, doktor pon mula letak button pada setiap gigi atas dan welding.. bukanlaa welding mcm welding besi yang biasa kita tengok atau orang buat tu, tapi lebih kurang mcmtulaa, doktor guna alat pemanas, dan lekatkan button tu pada gigi yang berkaitan (bahagian atas).. siap pasang button, doktor mula pasang wire, dan ikat dari hujung button ke hujung satu lagi..

ni contoh gambar button dan wire

untuk bagi lagi cantik, doktor lekatkan gelang getah atau band di sekeliling setiap button.. so takderla nampak sangat macam pakai gigi besi.. :D


warna-warna band yang boleh ditukar setiap 6 minggu, huhuhu..

ni contoh gambar braces yang siap dipasangkan sekali dengan band

tadaaa.. siap pon.. kihkihkih... rupanya, tak sakit pon.. cuma, mula-mula tu rasa tak selesa, rasa ngilu-ngilu gigi tu.. nak makan makanan keras pon susah.. tapi lama-lama, braces ni dah jadi sebahagian dari diri aku..  :lol:.. ikatan wire tu akan diketatkan atau ditukar size setiap 6 minggu sekali bersama dengan band.. tiap 6 minggu, macam-macam warna aku boleh pilih, ada sekali tu, aku sendiri pon tak tau nak pilih warna apa, lastly, doktor pasangkan selang seli pink dengan ungu.. hahaha..

selain tu, doktor jugak ada pasangkan aku power chain pada gigi yang perlu.. power chain ni dipasang untuk bagi pergerakan gigi lebih kuat atau bagi gigi yang kedudukannya tak lurus (senget) supaya berpusing ikut kedudukan yang betul.. pemasangan power chain ni ikut kes, setiap orang tak sama, dan tak semestinya perlu pasang..

ni contoh power chain dan jenis-jenis dan pemakaiannya..

tempoh pemasangan braces ni bergantung kepada kes dan tahap gigi kita macamana.. biasanya 1-2 tahun..

cuma, apa yang aku nak tekankan disini, bagi yang nak memakai braces, sila pergi berjumpa doktor pakar orthodontik, bukan doktor gigi biasa (dentist)..

aku pasang braces ni di Klinik Kesihatan Kerajaan..

Info tambahan, klinik kerajaan hanya ambil kes bayi, pelajar sekolah dan pelajar-pelajar IPTA/S sahaja.. yang sudah bekerja, walaupun kerja kerajaan, klinik kerajaan tak ambil kes.. macam aku, special case sebab ada refer dari pakar bedah mulut..

ok, setakat ni sampai disini dulu.. nantikan entry braces, cara-cara penjagaan gigi semasa pemakaian braces dari aku.. Insya-Allah akan datang, kalau sempat aku kongsikan yer.. daaa...

Thursday, May 15, 2014

cuti-cuti ke cameron highland..

assalam semua..

cuti hari pekerja 1 mei yang lepas aku gunakan untuk terus sambung cuti dan mengajak semua ahli keluarga untuk bercuti ke cameron highland.. percutian yang dirancang last minute macamni akhirnya berjaya walaupun en suami aku tak dapat ikut sekali.. agak sedih disitu.. :(

aku berusaha keras mencari homestay yang masih ada kekosongan dan mujurlaa ada satu untuk kami sekeluarga.. di Prima Villa, Tanah Rata.. rumahnya agak selesa walaupun atap bocor di bilik utama.. harganya pula tidak berpatutan.. rupanya orang tengah yang menguruskan homestay tersebut mark up harga pada aku, sedangkan owner homestay menawarkan harga murah sikit.. rugi dah aku kat situ.. -_-
takperla, mungkin bukan rezeki aku.. adik aku dengan suaminya pula, pada awalnya hampir sahaja membatalkan penglibatan diorang, membuatkan mood semua orang down gitu.. tapi akhirnya, mereka join juga kami semua.. huhuhu.. mereka pula tidur di Hotel De La Ferns.. sengaja mereka menginginkan privacy.. huhu..

antara tempat-tempat yang aku teringin nak pergi lagi, cameron highland merupakan salah satu tempat yang berjaya aku pergi selepas langkawi.. cuma tinggal genting highland dan taman negara sahaja yang belum berkesempatan untuk aku ke sana lagi.. taman tema genting highland sekarang ditutup untuk proses renovation dan dijangka dibuka tahun hadapan.. manakala untuk ke taman negara, aku kena tunggu anak aku besar betul baru boleh kesana sebab aktiviti disana sesuai untuk kanak-kanak yang sudah bersekolah hingga dewasa..

ok-ok, panjang lebar dah intronya, haha..

HARI PERTAMA

lebih kurang jam 9pagi, kami sekeluarga dengan 4 buah kereta bertolak dari Kuala Lumpur melalui jalan Bentong-Raub-Kuala Lipis-Ringlet-Cameron Highland. Lebih kurang 3 jam perjalanan, kami semua selamat sampai di Tanah Rata. Aku menghubungi pemilik homestay Puan Marina untuk check in di homestay.. usai check in dan membayar harga penginapan untuk 3 hari 2 malam, kami semua berehat dan solat, kemudian kami keluar untuk berjalan-jalan.. Tempat pertama yang kami pergi ialah ke Kg Sedia, menuju ke Opah Strawberries & Jam's.. kengkononnya nak petik strawberry tapi sayangnya, strawberrry dah habis dipetik, yang ada pun tak banyak, baru nak berbuah.. jadinya, kami semua menikmati aiskrim sahaja disitu..


papan tanda Opah Strawberries & Jam's

makan-makan aiskrim disini..
siap makan aiskrim, kami menuju ke pasar malam brinchang, beli serba sedikit makanan serta barangan cenderahati yang ingin dibawa pulang.. anakku zulaikha la paling seronok, dapat patung besar doraemon kesukaannya.. ayah de dia laa tu layankan.. huhuhu..


muka seronok dapat doraemon besar  >.<

selepas itu kami seterusnya menuju ke Hotel Titiwangsa.. disitu kami menikmati makan malam steamboat yang dikatakan steamboat tersedap dan glamour disitu.. dengan harga RM 25.00 sekepala, bagi kami, hidangannya agak memuaskan..

sedang menanti hidangan steamboat

zulaikha bersama sepupu-sepupunya dan acik longnya

malam tu, kami pulang dengan kekenyangan, berehat dan solat serta tidur untuk melakukan aktiviti keesokannya pulak.. terima kasih kepada mama dan juga abang ipar kerana belanja kami makan disini.. :)

HARI KEDUA

selepas sarapan pagi dengan nasi goreng yang mama dan along aku masak, kami semua bersiap-siap untuk ke Taman Agroteknologi MARDI. Kat situ kami jalan-jalan cuci mata serta membeli sedikit makanan seperti strawberry kering, teh perisa strawberry serta pokok-pokok tanaman untuk dibawa pulang.

sebelum ke MARDI, aku ke Hospital Cameron Highland terlebih dahulu disebabkan telinga aku bengkak dan sakit, dapat ubat titis dan juga antibiotik dan ubat penahan sakit, barulah lega sedikit telinga aku ni.. barulah seronok nak berjalan-jalan, kalau tak, tak tertahan sakitnya.. huhu..


zulaikha dengan permainan kesukaannya..

antara pokok-pokok bunga yang ada di taman

tengahari tu, hujan turun dengan lebatnya, kami semua berkeputusan untuk makan tengahari di sekitar tanah rata, terdapat gerai sekitar situ.. selepas itu, kami pulang ke homestay dan berehat sahaja.. petang itu, adik bersama suaminya dan kakakku ke Kea Farm untuk membeli sayur-sayuran dan juga cenderahati untuk dibawa pulang.. aku serta mama, abah dan beberapa orang adik beradik tinggal di homestay sahaja kerana kepenatan.. aku hanya kirim dengan mereka untuk membeli barangan.. malam itu, kami semua menyediakan juadah makan malam serba ringkas, nasi dimakan bersama tomyam, ayam goreng, sardin dan telur dadar.. agak berselera juga kami semua makan.. haha..

HARI KETIGA, HARI TERAKHIR

hari ini selesai sarapan pagi dengan sandwich dan mee goreng, kami semua bersiap-siap dan berkemas-kemas untuk check out dan pulang.. sebelum pulang, kami singgah di beberapa destinasi.. antaranya ialah Bee Farm.. disitu kami dapat melihat sendiri madu lebah dihasilkan serta penternakan lebah.. kami membeli madu yang dijual disitu untuk dibawa pulang..


Bee Farm


Contoh Lebah


antara jenis lebah kelulut yang diternak 

kemudian, kami singgah di Cameron Valley milik kumpulan Bharat Tea.. disini kami hanya singgah menikmati pemandangan.. abang ipar serta anak-anak saudara ada yang turun ke ladang, tapi aku yang kepenatan malas turun ke situ, hanya menikmati pemandangan dari atas sahaja..

pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang

perjalanan pulang kali ini, kami berkeputusan untuk melalui jalan Tapah seterusnya masuk ke Lebuhraya PLUS, ini kerana, kami ingin singgah di Tanjung Malim untuk tidur semalaman di ninahomestay milik adikku serta suaminya..

Malam itu, kami makan di restoran akma seafood yang terletak di pekan tanjung malim, sebelah shell menghala ke ipoh.. hidangannya sedap dan harganya berpatutan.. keesokannya, selepas sarapan di gerai Majlis Perbandaran Tanjung Malim, kami menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah masing-masing..

percutian ini sangat mengujakan dan akan dikenang sebagai kenangan manis tahun ini walaupun tanpa kehadiran suami aku disisi.. 

sehingga ketemu lagi di entry lain.. daaaa... ;)

Tuesday, April 22, 2014

braces ~part III ~ pembedahan alveolar bone grafting (ABG)

assalam semua..

ni saya nak kongsikan kisah saya dibedah untuk ambil tulang pada pangkal peha dan diletakkan di lelangit belah kanan saya yang berlubang.. atau bahasa perubatannya alveolar bone grafting (ABG)..

23 mac yang lepas, saya dikehendaki mendaftar masuk ke wad kenanga 10 di hospital sultan haji ahmad shah, temerloh, pahang.. masa tu, anak saya menangis nak ikut saya, tapi mujurla walidnya iaitu en suami saya berjaya pujuk anak saya untuk main di taman permainan.. petang tu, en suami saya datang menjenguk saya.. tujuan saya masuk wad tu sebab pada 24 mac saya dijangka akan dibedah..




malam tu, saya dikehendaki untuk berpuasa bermula 12 tengahmalam.. pagi 24 mac, selesai solat subuh, saya mandi dan bersiap dengan seragam khas untuk pembedahan.. sebelum katil saya disorong, saya diberi makan pil tidur.. lebih urang jam 8pagi, beberapa orang nurse datang dan mula menolak katil saya ke aras 4, ke dewan pembedahan..

seingat saya, saya dibawa masuk, dan ditukarkan katil.. kemudian, saya disuakan dengan topeng oksigen, dalam 2-3 kali saya sedut, saya terus tak sedar apa yang berlaku..

sehinggalah pada petangnya, saya tersedar dan bertanya pada nurse, tapi saya tak boleh bercakap disebabkan ada tiub oksigen didalam mulut saya.. saya menyapa nurse lalu meminta untuk menulis soalan saya kepadanya.. saya tanyakan pada nurse, saya sudah siap operarion ke? nurse tersenyum dan menjawab, sudah.. tak lama kemudian, saya tidak sedarkan diri.. dalam beberapa minit atau mungkin jugak jam, saya menyedari mama abah serta suami saya ada disitu.. rupanya saya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU)..

adik serta suaminya juga turut melawat, katanya kakak saya serta dua orang adik akan datang melawat juga selepasnya, tapi apa yang saya ingat, saya tidak lagi sedarkan diri selepas itu.. sehinggalah mungkin pada malam, saya menyedari seorang nurse meletakkan ais di pipi kanan saya kerana pipi dan bibir kanan saya membengkak, saya rasa sejuk dan nyaman kemudian saya tidak lagi sedarkan diri..

paginya, saya dapat rasa nurse mengelap seluruh badan saya sambil membalik-balikkan tubuh saya.. kemudian, saya tertidur kembali, sehinggalah doktor pakar datang melawat saya dan memberitahu bahawa saya dibedah selama 7 jam semalam, dan lidah saya membengkak, sebab tu saya ditempatkan di ICU..

tengahari, en suami, mama abah serta semua adik beradik bergilir melawat saya.. kali ini, saya tidak lagi kerap tertidur.. selepas mereka pulang, saya dibenarkan untuk keluar dari ICU dan ditempatkan di wad biasa, saya kembali ke wad kenanga 10.. sebelum itu, doktor mengeluarkan tiub oksigen dari mulut saya.. namun, saya masih bergantung kepada oksigen di hidung untuk bernafas dan tiub di hidung untuk makan.. saya juga dipakaikan tiub kencing.. tapi apabila di wad biasa, tiub kencing saya ditanggalkan..

petang itu, mama abah serta en suami melawat saya.. yang lain telah pun pulang ke rumah masing-masing atas tuntutan kerja.. saya memahaminya.. selepas mama abah pulang, en suami saya memandikan saya dan menyiapkan saya.. sungguh terharu..

selama sehingga 28 mac, saya disitu.. selama itu en suami setia melawat saya.. syukurlah saya tidak lama di wad.. kalau ikutkan, doktor nak tempatkan saya sehingga 2 minggu.. terasa bosannya, huhuhu..

cuti sakit saya disambung lagi, dan sehingga kini, saya masih ke hospital untuk rawatan susulan..
kini, saya telah pun mula bertugas..

apa yang saya lalui, benar-benar jadikan ia satu kenangan dan pengalaman yang sukar dilupakan..
di kesempatan ni juga, saya nak mengucapkan terima kasih kepada doktor yang merawat saya..
Doktor Khairulzaman dan Doktor Nazer (yang buat operation), Dr Chin, Dr Letchumy, Dr. Siti Fatimah, Dr. Farah Nur, Dr Hazerah dan semua staf nurse dan DSA yang bertugas di Jabatan Bedah Mulut, HOSHAS atas rawatan dan layanan yang baik diberikan.. saya sangat-sangat menghargainya..

ok.. sehingga bertemu lagi untuk sambung semula kisah pemakaian braces.. daaaa....

Friday, April 18, 2014

braces ~ part II ~ penyakit gusi

assalam semua..

ok, ni nak sambung cerita pasal braces.. tapi belum lagi nak citer pasal pemasangan braces.. topik kali ni lebih kepada kesihatan gusi..

memandangkan ada kawan yang bertanya mengenai gusi jatuh, melurut atau gusi menyusut, so saya nak ceritakan serba sedikit dalam bahasa mudah mengenai apakah maksud gusi jatuh, gusi melurut atau gusi menyusut..

perbezaan antara gusi sihat dan gusi yang tidak sihat atau ada penyakit periodontal
ok.. jom kita berkenalan dengan periodontal.. apa tu periodontal?? penyakit periodontal atau penyakit gusi ni ialah jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi dan ia boleh melibatkan sebatang atau lebih gigi. Maksudnya, boleh jadi hanya sebatang gigi yang bermasalah, atau boleh jadi banyak gigi yang bermasalah..

Punca penyakit ni ialah daripada bakteria didalam plak (selaput gigi yang melekit dan tak berwarna).. kalau kita tak bersihkan dengan menggunakan berus gigi dengan betul, plak akan bertambah (dan akan menjadi keras (membentuk tartar) dan bakteria ni jugak akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi. Kalau semua ni berterusan, gigi akan jadi longgar dan poket gusi atau satu ruang akan terbentuk antara gigi dengan gusi, dan akan membenarkan lebih banyak bakteria terkumpul di kawasan tu.. maka, terjadilah penyurutan gusi.. cewahh, dah gaya doktor gigi aku ni.. muahaha.. :P

orang yang berisiko untuk terkena penyakit gusi ni boleh jadi sesiapa sahaja tak kira peringkat umur, tapi paling kerap ialah orang dewasa.. terutama

- orang yang merokok atau mengunyah tembakau
- orang yang ada penyakit kencing manis
- orang yang mempunyai gigi serong atau tak teratur
- orang yang tampalan giginya telah rosak
- waktu hamil atau penggunaan pil pencegah kehamilan

saya adalah kategori orang yang ketiga tu.. huhuhuhu...

tanda-tanda penyakit gusi ni biasanya

- gusi merah, bengkak dan lembut
- gusi berdarah masa memberus
- gusi menyusut/jatuh/melurut dari gigi
- nafas berbau atau rasa dalam mulut yang tak menyenangkan
- nanah diantara gigi dan gusi
- wujud ruang antara gigi (gigi mulai jarang)
- gigi longgar

peringkat-peringkat penyakit gusi ni pada braces part I saya dah kongsikan gambarnya, cuma kalini gambar ni ada keterangan sikit secara ilmiah.. klik gambar untuk lihat lebih jelas yee..  :)


peringkat-peringkat penyakit periodontal

Cara-cara rawatan penyakit gusi ni senang sahaja.. ikuti langkah-langkah dibawah ni..

- berus gigi dan flos dengan betul
- gunakan ubat kumur
- jaga kesihatan gigi
- seeloknya berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan sekali atau 2 kali setahun
- jika ada tanda-tanda seperti plak membentuk pada gigi, segeralah berjumpa doktor
- jika keadaan telah teruk, prosedur untuk membersihkan akar gigi boleh dibuat. Akar gigi yang bersih dan rata akan mengelakkan plak daripada melekat pada permukaan.
- jika keadaan menjadi kronik, segeralah berjumpa doktor gigi.

jadi, inilah yang dapat saya kongsikan serba sedikit.. terima kasih kepada en colgate dan juga kementerian kesihatan malaysia atas flyers yang diberikan, sungguh berguna dan bermakna sekali..  :)

oleh itu, jagalah gigi dengan baik, supaya tak segan-segan untuk senyum selalu... muahaha..

p/s mandaiii jee reka motto sendirik.. :P

jumpa lagi nanti untuk braces part III pulak yee.. daaa...







Tuesday, April 8, 2014

braces ~ part I

assalam semua..

hari ni saya nak berkongsi satu artikel pasal braces.. artikel ni bukanlahs atu artikel
rasmi atau teknikal artikel.. cuma, satu artikel perkongsian dari saya yang memakai braces..

bermula tahun 2009, saya telah berjumpa dengan doktor pakar bedah mulut untuk mengetahui
rawatan susulan yang bersesuaian dengan keadaan saya yang bilateral cleft palate..
saya bermula dengan rawatan scaling disebabkan gigi saya yang banyak plak serta karies..
hehehe, memalukan jee..

ni contoh gambar scaling, pembersihan plak pada gigi

selepas rawatan scaling dilakukan secara konsisten, saya dirujuk oleh doktor ke bahagian periodontal iaitu dengan pakar gusi.. ini sebab saya juga punya masalah gusi yang membengkak, berdarah serta gusi jatuh..

ni pulak contoh gambar peringkat-peringkat penyakit gusi
bermula pada tahun 2010-2011, hanya rawatan dengan pakar periodontal sahaja berjalan, disebabkan keadaan saya yang mengandung pada ketika itu, maka hanya rawatan scaling serta deep scaling atau SRD sahaja dilakukan.. tujuan SRD dilakukan untuk menguatkan serta menyihatkan kembali gusi supaya gusi tidak jatuh melurut.. jika gusi jatuh melurut, dikhuatiri gigi akan bergoyang dan seterusnya akan tercabut..

sehinggalah pada awal febuari 2012, maka bermulalah episod saya memakai gigi besi atau braces atau bahasa teknikalnya ialah orthodontic.. pemakaian braces ini dilakukan oleh doktor pakar orhodontic.

oklaaa, nantikan part II pulak untuk kisah pemakaian braces saya yer..


Sunday, March 23, 2014

homemade pizza & mushroom soup..

assalam..

so, dua minggu berturut-turut aku dah masak masakan orang eropah, kali ni ak cuba masakan orang itali pulak.. apa lagi kalau bukan pizza.. hehehe.. pizza ni aku buat minggu lepas..

so ni bahan-bahan dan cara-caranya.. makan pizza tak lengkap kalau takder mushroom soup dan juga roti garlic, tapi untuk kalini, aku tak berkesempatan nak buat roti garlic, tapi aku tetap akan kongsikan sekali resipinya..

*DOH PIZZA (2pcs) / (1pcs jika bekas besar)

Bahan2nya (4-5org)

2cwn tpg gndum
2 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
2sb myk sayuran
1/2 cwn air suam


Cara2nya:

1. Campur semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata. Masukkan air suam sikit2 dan uli mjd doh lembut dan tak lekat di tgn.
2. Masuk doh dlm bekas yg telah disapu sedikit myk, tutup bekas dgn plastik.
3. Letak mangkuk di tmpt panas selama 60minit hgga doh naik skali ganda.

sementara tu, boleh buat sos pizza pulak..



*SOS PIZZA

bahan-bahan :

1 labu bwg bsr
2 ulas bwg putih
2 biji tomato
2 sb myk msk
3 sb tomato puree
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
Garam sckupnya

cara-cara :

1. Tumis bwg hgga naik bau. 
2. Masukkn bahan2 yg lain dan masak sampai pekat. 
3. Tutup api dan sejukkan sebentar.

*TOPPING
Udang, sosej, daging cincang ayam/lembu
Lada benggala hijau,merah, tomato
Cendawan butang,bwg besar,nenas
(semua bahan diatas direbus terlebih dahulu dan ditoskan)
Keju cheddar utk pizza (diparut)
selepas satu jam, lihat doh pizza tadi.. kemudian..

1. Minyakkan acuan pizza atau loyang yg nak digunakan. Canai doh mjadi bulat leper setebal 2 cm. Masuk doh dlm loyang hingga tutup loyang. Biarkan sebentar 10minit hgga kembang sdkit.

2. Cucuk adunan dgn garfu agar tak gelembung semasa mmbakar. Kmudian sapu permukaan dgn sos pizza.
3. Parutkan 1/3 keju. Taburkan sayur, daging, atau ayam serta bahan2 lain mgikut ksukaan.
4. Akhir skali taburkan baki keju.
5. Bakar selama 25-30min pd suhu 200degree di rak paling bwh.
6. Hidangkan panas.

Sambil tunggu pizza dibakar dalam oven tu, boleh sediakan mushroom soup dan juga roti garlic..

Bahan2:

1 tin cndawan butang (dipotong+diblend)
500ml susu segar/ whipping cream
1 keping dada ayam (dipotong kecil)
200ml air
1 ktul kiub ayam
Garam sckupnya
1 cawan tpg gandum

Cara:


1. Didihkan ayam dengan air dlm sbuah periuk.
2. Masukkan cendawan butang dan susu segar. Kmudian kiub ayam dan garam.
3. Tggu hingga mndidih dan masukkan tpg gandum mgikut kepekatan yg dikehendaki.

ROTI GARLIC

bahan-bahan:

roti keras
mentega
garlic spread
daun parsley..

cara-cara :

sapukan mentega dan spread garlic pada roti..
bakar dalam 2-3 minit
taburkan daun parsley..

so, inilaa hasilnya.. tadaaaa...

homemade pizza bersama mushroom soup..

haaa, resipi kalini en suami tersangat laa suka.. banyakkk dia makan, so next time boleh cuba buat lagi..

selamat mencuba yer kawan-kawan.. 


Saturday, March 22, 2014

grilled chicken chop ~ homemade taww... ;)

assalam...

ok, kalau minggu sudah aku buat spageti carbonara kuah putih tu, en suami tak gemar, minggu berikutnya
aku tak putus asa, keinginan dan selera aku yang teringin nak makan grilled chicken chop, membuatkan aku berusaha untuk memasaknya sendiri di rumah..

ni resipinya aku kongsikan..


grilled chicken chop, ni en suami aku suka makan, bertambah taw.. hehe..


Bahan A : Chicken chop

2 ketul peha ayam dibuang tulang / dada ayam

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
1 sudu makan perahan limau
1/2 kiub ayam
1 sudu perahan air halia
1 sudu kecik serbuk lada hitam tu

Cara2:

1 Ayam dibersihkan dan dibuang tulang.

2. Campurkan smua bahan dan gaulkan dengan ayam sebati.
3. Perap semalaman.
4. Keluarkan ayam dan panaskan griller.
5. Bakar ayam hingga masak.
6. Ketepikan.

Bahan B: sos chicken chop

1/2 labu bwg bsr (didadu)

1 ulas bwg putih (dicincang halus)
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam / 1 kiub ayam yg dihancurkan dlm secawan air
1 sudu teh tpg jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Garam jika perlu
Sedikit gula 
Myk utk mnumis

Cara2:

1. Tumis bwg bsr dan bwg putih dgn sedkit myk.

2. Masukkan air rebusan tulang ayam
3. Apabila sudah pekat, masukkn sos tomato, lada hitam, kicap, dan bancuhan tepung jagung.
4. Kacau hingga sebati dan pekat yg dikehendaki. Masukkn garam dan gula sckup rasa.
5. Tutup api dan tuang atas chicken chop tadi yang telah disusun atas pinggan. 
6. Hidangkan dengan coleslaw dan french fries.

Bahan C: Coleslaw 


1 biji kubis manis (saiz kecik)
1 batang lobak merah
1 cwn mayonis
2 sudu makan yogurt asli
1 sudu makan jus lemon

Cara2:

1. Hiris halus sayur2 dan basuh serta toskan.

2. Masukkan bahan sos ke dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Sejukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan sejuk dgn ayam goreng,chicken chop dsb.

selamat mencuba yee... 

Friday, March 21, 2014

homemade spageti carbonara

assalam semua..

lebih kurang 3 minggu yang lepas, tengah bosan-boasan tu, aku mintak resipi ni dari adik aku
dan mula mencari bahan-bahan sebelum cuba memasaknya..

ok.. ni bahan-bahannya yer..

BAHAN-BAHAN:

300g spageti direbus dgn sdikit myk dan garam,ikut spt dlm paket

2 sudu myk 
10 btg sosej
Seketul dada ayam dihiris nipis
1 cwn susu segar
10 biji cndawan butang dihiris
1 biji capsicum didadu
2 biji tomato didadu
1 labu bwg besar didadu
1 ulas bwg putih dicincang
1 sudu makan serbuk lada hitam
125g keju cheddar
30 g daun parsley atau 1 sudu bsr serbuk parsley
1 sudu makan serbuk oregano
Garam secukup rasa
Sedikit parmesan utk hiasan.

CARA:


1. Panaskan myk,tumis bwg bsr dan bwg putih

2. Masukkn sosej,tomato,cndawan butang dan susu segar. Kacau rata.
3. Masukkn serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam, kacau lg.
4. Masukkan keju cheddar,capsicum dan masak hingga pekat.
5. Tuang atas spagetti dan tabur daun parsley dan keju parmesan, hidangkan panas.

dah siap pun.. tapi sayangnya encik suami tak berapa gemar laa..



spageti carbonara yang sedap.. nyum nyum..



Jalan-jalan ke Universal Studios Singapore (USS)

Assalam semua..

cerita ni aku duk peram lama sangat... sampaikan tahun ni baru duk sibuk nak bercerita.. Almaklum.. first time gitu gi overseas, walaupun cuma Singapura.. haha..

ini merupakan percutian keluarga yang berjaya.. sebab semua ahli keluarga, ipar duai turut serta..
kami ke Johor Bahru dengan menaiki kereta, check in di Hotel Silka Johor Bahru lepas penat jenjalan dan cuci mata di Johor Premium Outlets.. Tak mampu kekdahnyer nak membeli barangan kat situ, dengan bajet yang ciput, dapat tengok jerlaa, hehehe.. adik aku dia dapat handbag coach yang baru dari en suami dia.. untunglaa.. huhuhu..

bergambar depan hotel.. masa ni nak keluar cari makan malam..
dah siap check in, rehat dan solat, kami bersiap untuk keluar makan.. makan di Johor Bahru area Danga Bay.. seberang tu dah nampak lampu lampu dari Singapura.. siap makan, jalan-jalan sekitar situ dan balik hotel sambil tengok bola.. aku dengan anak dah tidur, en suami sorang je layan bola.. huhuhu..

Esoknya, pagi-pagi lagi kami semua bersiap untuks arapan sebab bas akan bertolak pada jam 8pagi ke Singapura, terus ke Universal Studios Singapore (USS).. kami menaiki bas yang disediakan oleh ejen travel yang kami tempah siap-siap masa matta fair.. tu semua adik aku yang uruskan, aku serta ahli keluarga yang lain hanya membayar dan mengikut ajer..

haruslaa bergambar dulu bila dah sampai, huhuhu

lebih kurang 10 pagi, kami semua dah selamat sampai ke USS.. girangnya rasa.. kami ke sana main macam-macam permainan dan masuk dalam beberapa studio, antaranya Shrek 4D, transformers, live camera action serta main beberapa permainan outdoor.. kami makan tengahri di sebuah restoran nasi beriani yang berada dalam kawasan USS tu juga.. harganya agak mahal, dalam $S15 (15 dollar singapore) untuk sepinggan nasi beriani, roti boom dan segelas air milo ais..

di bawah ni dikongsikan beberapa keping gambar..

tengah memusing-musing mencari tempat sesuai untuk masuk..

bergambar di depan istana shrek dan fiona.. huhu

en suami bersama bumblebee kesukaannya.. 

bergambar kenangan malam sebelum keluar..

lagi, bergambar dengan kereta antik..

selain daripada studio, serta permainan indoor dan outdoor, turut disajikan kepada kami di USS ialah persembahan nyanyian serta perarakan patung-patung daripada cerita serta filem daripada Disney..

Setelah penat, dan beli beberapa souvenir untuk dibawa pulang, kam akhirnya mengambil keputusan untuk makan di luar kawasan USS, yang mana harganya agak berpatutan, untuk sebungkus nasi beriani ayam, harganya baru mencecah $S6 (6 dollar singapore)..

selesai makan, kami turun ke bawah sambil menunggu bas yang akan membawa kami pulang ke Johor Bahru.. sesampainya kami di JB, kami terus memandu pulang ke Kuala Lumpur..

Apapun, kenangan percutian di USS Singapura amat menggamit memori, moga ada kesempatan yang lain pula untuk kami ke sana lagi.. Insya-Allah.. :)

Thursday, March 20, 2014

bercuti ke pulau langkawi...

assalam... bulan disember tahun lepas aku serta beberapa orang adik beradik serta mamaku berkesempatan ke Pulau Langkawi..

HARI PERTAMA

kami pergi ke langkawi dengan keretapi dr kl sentral ke arau..
adik aku dengan suaminya ambil gerabak 
kelas pertama, manakala kami pula ambil gerabak kelas kedua

kami amik trip malam 25hb sampai pagi 26hb di arau..
dari arau amik
 teksi ke jeti kuala perlis..
dari jeti naik
 feri ke langkawi..

sampai jeti kat langkawi tu, kami pergi ke kaunter
 Tiara Holiday S/B (belakang bangunan kfc).. mula2 dah booking myvi, adik pulak amik honda city so terusla tanya staff dia
ada lagi tak honda, nak tukarlaa kereta sebab harga tak jauh beza, tapi honda city dah takde, ada 
kia forte (keyless) dapat harga sama, terus tukar tak mau myvi, masatu myvi dah smpai.. so, staf tiara tu plgkan semula myvi, bawak kia forte.. terus byr duit sewa (3 hari 2 malam) dan deposit minyak rm50 (utk sebuah kereta).. mcm kami, sewa 2 buah kereta so rm100 la kena bg deposit minyak.. staf tu pesan, minyak kena pulangkan sebagaimana yang kita ambil.. so kene tgk km yg tinggal dengan minyak yang ada atau tgk takuk minyak laa.. klu lebih guna, deposit minyak akan ditolak.. 

bermula saat tu bermulalah episod jalan2 di langkawi..
 kami pergi stesen minyak dulu, top up minyak, kemudian makan tengahari kat gerai depan petronas di pekan kuah.. kene caj rm58 utk kiraan kali pertama (dikira secara sekaligus).. tak puas hati, kami suruh buat kiraan kedua, tapi kami minta kira satu persatu.. bila dijumlahkan dah jadi rm53 pulak.. kami semua bertujuh (dewasa) dan seorg kanak2 2thn (anakku).. 5 org minum air kosong, so rasa harganya agak mencekik darah.. 

lepas tu, kami check in di
 Baron Hotel Kuah (including breakfast).. takder kettle dan iron dalam bilik.. tp di koridor luar ada disediakan ironing board dengan iron, so boleh iron baju kat situ.. lepas mandi, rehat dan solat, kami keluar ke Hj Ismail Group (HIG) utk shopping coklat dan ole2.. dah alang2 ada kat Pekan Kuah, dan hotel pun tak jauh dr area tu, terus jela amik kesempatan tu.. dari hotel terus naik jambatan, ader traffic light, masuk kanan, terus jmpa langkawi saga dan HIG.. kat situ ada bank Islam, dan belakang bangunan tu pulak ada banyak jgk bank2 lain, so senang je klu rasa nak tambah duit tu.. hehe..

Malam pulak, kami makan di
 Restoran Wan Thai.. memang terbaikk.. kami dilayan dgn baik, dibawa ke meja yang mencukupi utk kami.. tak lama lepas duduk, terus dihidangkan dengan air masak kosong segelas seorang dan tambahan satu jag dengan bau dan rasa pandan.. kemudian dihidangkan dengan kacang gajus.. utk penutup pulak diihidangkan dengan tembikai.. apa yg dihidangkan ni tak termasuk dlm menu yang kami order..

menu yg kami order ikan masak sambal mangga (menu special), mula2 kami order ikan masak 3 rasa dan sambal mangga berasingan tapi staf restoran tu cdgkan menu tu, so boleh jimat dan boleh cuba rasa menunya.. kemudian, tomyam campur, sayur kailan dan beberapa tambahan menu lain yg aku dah lupa.. 
tapi, apa yg aku nak katakan, restoran ni terbaik.. jumlah yg kami makan tu hanya rm131 jee.. murah kan?

balik dr makan, cuci mata kat Langkawi Saga depan HIG... bukan tak nak beli lagi, cuma nak tgk apa yang ada disitu dan buat comparison harga.. lagipun, kami hanya tidur di Pekan Kuah semalaman sajer.. ada jgk beli pggn mangkuk sikit2.. hehehe..

HARI KEDUA

Pagi 27hb lepas sarapan di hotel, kami check out dan berjalan ke destinasi2 pilihan sendiri..
Destinasi yang kami pergi haritu ialah
 Makam Mahsuri, Galeria Perdana, Telaga Air Hangat..


persembahan gamelan oleh pekerja di makam mahsuri

patung kisah mahsuri

di Telaga Air Hangat
Kemudian kami bergerak ke Pantai Cenang.. Makan Tengahari di Restoran Hj Jelani (Jumlah yang kami kena RM61, bagi kami mahal utk makanan yang biasa2, ayam seketul pun RM5, semua air RM2 kecuali air kosong..)
lepas makan Check In di AB Motel (without breakfast). kat sini kami tidur 3hari 2malam
takde kettle dan iron dlm bilik, tp biliknya ada 2 katil double, boleh muat 4org satu bilik. Tp kami ambik 3 bilik dr awal lg dh booking mcmtu, nakkan privacy, for sure.. huhu..
kalau nk iron baju kene pegi kat kaunter dia, ada ruang khas disediakan utk ironing, utk air panas pulak, boleh ambil di lobi (ader dispenser).. mjur kami bawak flusk..
 

selepas rehat dan solat sekejap, kami keluar ke Langkawi Geopark, naik cable car (tp dengan MYKad, MyKID dapat separuh harga).. pukul 6.15ptg baru dpt naik, beli tiket 5.30ptg, so takderla lama sgt menunggu..


zulaikha dengan aku.. baru sampai di perhentian tengah

zulaikha diam jee dalam cable car.. huhu

bergambar kenangan..

balik dr cable car, singgah makan Laksa Power depan Airport tapi pantai.. suasana tu memang bestlaa cuma sesekali bising dengar kapal terbang naik, tp ok2 sajork.. apapon, memang power laksa dia, tp lg best rojak dia, kuah rojak memang power.. semua sekali kena dalam RM40++ (abang tu bg diskaun, tak kira harga air).. murah rezeki kami.. huhu.. lepas tu balik motel, jalan tepi pantai, solat dan tidur..



HARI KETIGA

28hb kami jalan-jalan dan shopping.. lepas sarapan (sarapan sendiri dlm bilik dgn roti beli di kedai2 area AB Motel).. destinasi kami ke Perdana Quay nak merasa roti & pastry The Loaf..  kemudian kami menuju ke Beras Terbakar.. beli ikan bilis, t-shirt dan tambahan ole2.. lepas tu kami ke Pantai Pasir Hitam.. Makan Tengahari kat situ, harga berpatutan.. 
kemudian kami ke
 Idaman Suri, ke Kompleks HIG, beli apa2 lagi yang diingini.. 
on the way balik ke motel, singgah dulu
 Nusantara Gamat tapi masa ni kami tak berkesempatan tgk staf dia masak gamat, so belilah produk2 gamat Nusantara tu.. dan balik ke motel.. suami aku bawak anak mandi pantai.. huhu..



zulaikha, anakku ; di sekitar perdana quay sambil menikmati roti & pastry The Loaf


Lepas maghrib, kami keluar makan di
 Restoran Hj Ramli.. sini ok masakannya, harga pun berpatutan.. tapi, ikan bakar yg dibakar, rentung luarnya, lgsg tak dilapik dengan daun pisang atau aluminum foil.. adik aku kata, tahun sebelum tu pegi tak mcmtu, mgkin pekerjanya dah bertukar dan tak mahir bakar ikan.. huhuhu.. tapi still ok disini.. 

lepas makan, kami parking kereta dan jalan kaki sekitar situ, pegi
 Cenang Mall.. suami aku beli wallet utk dia kat situ.. hehehe.. keluar dari situ, singgah di kedai2 cenderahati disepanjang tepi jalan, beli lg sedikit ole2.. huhu.. balik motel terus tidur..

HARI KEEMPAT

29hb hari terakhir, kami sarapan pagi di Kedai Mamak (lupa pulak nama kedai tu).. makan roti canai.. lepas tu check out (sebelum pukul 12) dan jalan2 ke Laman Padi, Taman Agro.. 

bergambar lagi sebelum pulang..

Kemudian kami pegi ke Dataran Helang bergambar kenangan.. Makan tengahari di gerai area situ, sedap dan harga berpatutan.. pulangkan kereta dan beli tiket feri.. dalam terminal feri tu sempat lagi shopping saat terakhir di HIG.. hehehe...

adik bongsuku berposing disitu.. huhuhu
tggu feri sampai dan naik feri.. dari jeti kuala perlis, amik teksi ke arau.. beli bungkus makanan utk makan malam dalam keretapi, sedap dan harga berpatutan (nasik kerabu, nasik lemak).. klu beli makanan dalam keretapi agak mahal, so elok tapau je dr luar.. lepas maghrib, naik keretapi ke kl sentral..

30hb, pukul 6.30pg selamat sampai di kl sentral.. amik kupon teksi dan balik ke rumah adikku..
 dr rumah adik balik rumah sndiri, kemas2, basuh baju kotor, dan rehat2..
aktiviti yg kami decide tak jadi nak buat
-island hoping (sebab mama tak larat nak berjalan sgt, lututnya sakit, nnti klu amik pakej ni, smpai kat
 pulau dayang bunting, kena mendaki, so kami kensel demi mama..)
-masuk underwater world (sebab semua dah penah merasa masuk kali pertama dan tgk di klcc)
 
-mangrove (agak mahal)


so, bg yg nak bercuti ke langkawi selamat bercuti ye.. ni laa sedikit sebanyak yg saya boleh kongsikan..


haiiiiii..... lama tak ketemu.... ;) also #pray4mh370

assalam semua..

wahhh... bersawang segala mende dah bersarang.. lama giler kot tak menjengah blog aku ni..

hmm... banyak perkara nak dikongsikan, banyakd ah resipi yang aku cuba dan akan dikongsikan..

tapi tunggu entry yang lain laa yer.. ni cuma salam perkenalan untuk tahun 2014..





bila tajuk ada selit sekali #pray4mh370 tu, maka jom kita berdoa semoga pesawat boeing 777-200 ni ditemui dalam masa terdekat.. aminn.. sehingga artikel ini ditulis, telah masuk hari yang ke-13 pesawat itu hilang tidak dapat dikesan..