Tuesday, April 8, 2014

braces ~ part I

assalam semua..

hari ni saya nak berkongsi satu artikel pasal braces.. artikel ni bukanlahs atu artikel
rasmi atau teknikal artikel.. cuma, satu artikel perkongsian dari saya yang memakai braces..

bermula tahun 2009, saya telah berjumpa dengan doktor pakar bedah mulut untuk mengetahui
rawatan susulan yang bersesuaian dengan keadaan saya yang bilateral cleft palate..
saya bermula dengan rawatan scaling disebabkan gigi saya yang banyak plak serta karies..
hehehe, memalukan jee..

ni contoh gambar scaling, pembersihan plak pada gigi

selepas rawatan scaling dilakukan secara konsisten, saya dirujuk oleh doktor ke bahagian periodontal iaitu dengan pakar gusi.. ini sebab saya juga punya masalah gusi yang membengkak, berdarah serta gusi jatuh..

ni pulak contoh gambar peringkat-peringkat penyakit gusi
bermula pada tahun 2010-2011, hanya rawatan dengan pakar periodontal sahaja berjalan, disebabkan keadaan saya yang mengandung pada ketika itu, maka hanya rawatan scaling serta deep scaling atau SRD sahaja dilakukan.. tujuan SRD dilakukan untuk menguatkan serta menyihatkan kembali gusi supaya gusi tidak jatuh melurut.. jika gusi jatuh melurut, dikhuatiri gigi akan bergoyang dan seterusnya akan tercabut..

sehinggalah pada awal febuari 2012, maka bermulalah episod saya memakai gigi besi atau braces atau bahasa teknikalnya ialah orthodontic.. pemakaian braces ini dilakukan oleh doktor pakar orhodontic.

oklaaa, nantikan part II pulak untuk kisah pemakaian braces saya yer..


2 comments:

  1. salam hanie....apa maksud gusi jatuh??? komfius pulak aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. gusi jatuh tu mksdnyer gusi melurut, so gigi akan jd longgar sebab gusi dh x cengkam sgt permukaan bawah gigi tu.. biasanya punca sebab ada plak atau karies gigi yg dah lama, lama2 ia akan menghakis permukaan bawah gigi dan menyebabkan gusi membengkak, seterusnyer melurut jatuh, dan gigi kita akan sakit atau longgar atau goyang..

      Delete