Showing posts with label zulaikha. Show all posts
Showing posts with label zulaikha. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

zulaikha dah pandai berjalan.. ^_^

salam semua..

lebih kurang dua minggu lepas, saya dan suami memerhatikan pergerakan anak kami, zulaikha yang kerap ingin mencuba berjalan, dan kami beri galakan.. dengan galakan yang kami berikan hampir setiap hari, akhirnya zulaikha dah boleh berjalan pun.. syukur sebab saya dan suami agak risau kerana umurnya sudah mencecah 1 tahun 3 bulan, tapi masih belum berjalan.. akhirnya anak kami dah pandai berjalan walaupun agak lambat.. huhu..

seronok sangat sejak dapat kaki ni.. >.<

tengah teragak-agak nak berjalan, takut-takut je, hehehe

ni versi tak pakai baju sebab makan coklat habis kene baju.. adui.. huhu..

sejak dah pandai berjalan ni, merata ceruk dalam rumah dia dah pergi,cuma ke dapur je tak pernah masuk..
sebab saya dan suami dah ajar dia tak bagi masuk situ.. setakat ni dia tak pernah lagila berani masuk ke sana melainkan kalau kami yang angkat dia.. cuma tak bagi dia jejak ke dapur sebab kadang tu dapur agak kotor dan lantai berminyak.. lagipun ada bakul sampah, bimbang dia main je.. >.<

seronok sebenarnya layan karenah zulaikha yang semakin membesar dengan sihat sempurna, syukur dengan Tuhan yang mengurniakan kami permata yang sungguh bernilai ini.. :)

Saturday, July 14, 2012

zulaikha jumpa pakar ENT

Salam semua, ingat lagi tak dulu aku pernah cerita tentang zulaikha yang batuk-batuk, disebabkan lamanya anak aku tu batuk, walaupun ubat batuk dan antibiotik diberi kerana ada infection pada telinganya, akhirnya doktor refer zulaikha berjumpa dengan pakar ENT di hospital. Kali pertama jumpa pada bulan April yang lepas, pada masa tu, doktor hanya melihat telinga zulaikha dan memberikan antibiotik yang bersesuaian tetapi berlainan daripada antibiotik yang biasa diberikan oleh doktor di klinik biasa. Doktor turut berkata, jika anak demam, selsema atau batuk, kemungkinan untuk kahaknya masuk ke telinga adalah tinggi, oleh itu beliau menasihatkan untuk makan antibiotik yang dibekalkan sekiranya terjadi lagi dan doktor pakar menetapkan tarikh pada julai untuk review.

Sejak zulaikha makan ubat tu yang hanya boleh dimakan selama seminggu, telinga zulaikha sudah mula kering dan baik, namun seperti yang dijangkakan oleh doktor, apabila zulaikha selsema atau batuk-batuk semula, pasti telinganya akan mengeluarkan cecair, dan nak tak nak aku terpaksa bawa zulaikha ke klinik untuk minta antibitiok yang sama seperti yang disarankan doktor pakar ENT tu.

Baru-baru ni kami ke hospital untuk appointment zulaikha dengan pakar ENT (review), doktor membuat beberapa pemeriksaan dengan melihat kedua-dua belah telinga zulaikha dan mendapati sebelah telinga kanan terdapat cecair, oleh itu doktor minta kami ke makmal untuk membersihkan / menyedut keluar cecair tersebut terlebih dahulu, kemudian graf gegendang kedua belah telinga diambil.

Lepas tu, doktor membuat ujian pendengaran dan beliau mengatakan zulaikha mengalami masalah pendengaran tahap paling rendah iaitu tidak boleh mendengar suara / bunyi yang terlalu perlahan, namun demikian itu terjadi kerana terdapat cecair yang ada dalam telinga dia yang membuatkan telinganya terhalang untuk mendengar bunyi / suara tu. Ini aku sendiri akui apabila ujian tahap paling rendah dikenakan, zulaikha tidak membrikan respon dan tidak memandang ke arah kucing palsu yang berbunyi meoww tu..

Aku risau pada mulanya tapi lega kerana doktor mengatakan juga kemungkinan anak tidak memberi fokus atau tidak tahu memberikan respon yang sepatutnya kerana kebosanan dan yang pasti kerana terdapat halangan pada telinganya untuk dia mendengar dengan jelas. Doktor juga mengatakan kami tidak perlu risau sekiranya anak kami aktif bermain, memberikan respon sewajarnya dan minum serta makan dengan baik.  Kami hanya perlu risau dan perlu segera bawa zulaikha ke hospital sekiranya zulaikha lemah, tidak aktif, tidak memberikan sebarang respon serta tidak mahu makan atau minum.


tetap riang ria bermain, dia tak tau ibu dengan walidnyer risau kat dia.. :'(

Oleh itu, doktor memberikan nasihat supaya tidak mengorek telinga anak dengan apa-apa pun untuk membersihkan telinga dan tidak membenarkan anak dibasahkan kepala dikhuatiri air memasuki telinga.
Doktor turut memberikan antibiotik dan juga ubat titis kerana gegendang telinga anakku sudah mula merah dek kerana terlalu lama cecair ada didalam telinga.

Aku kasihan dengan anakku dan aku mendoakan semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku pada anakku, kami sayangkan zulaikha sangat-sangat dan kami rasa agak sedih dengan keputusan doktor tu namun, masih punya harapan jika kami mengikuti nasihat doktor, insya-Allah..

Review dan ulangan ujian akan diadakan sekali lagi pada bulan ogos nanti, tepat pada hari lahirnya, insya-Allah kalau aku ingat, aku akan update kat sini.. minta kawan-kawan semua doakan yang terbaik sahaja untuk anak kami..aminn, ya Rabbal Alamin..

Monday, March 12, 2012

zulaikha demam dan batuk-batuk

zulaikha yang ceria, bila demam hilang keceriaannya..


salam..pagi ni terbaca satu entry dari blog seseorang, tiba2 tersenyum kerana anaknya demam dan sakit gigi, tapi sekurang-kurangnya anaknya boleh memberitahu tentang rasa kesakitan yg si anak alami kepada ibunya..berlainan dengan anakku yang demam dan batuk2 berterusan..sehingga saat ni batuknya masih tidak pulih sepenuhnya, dan kerap demam..

sabtu baru-baru ini, aku tidak tahu kenapa zulaikha meragam, menangis seharian, nak tidur menangis, makan menangis, minum susu pun menangis, sampaikan aku sendiri pun turut menangis melihat keadaan anak aku macamtu..aku telefon mama aku bertanya tentang situasi anak aku..mama aku cakap mungkin zulaikha sakit gusi nak tumbuh gigi..tapi si kecil itu bukanlah mengerti apa-apa, yang dia tahu cuma merengek dan menangis..nak cakap pun belum pandai lagi..

bila anakku batuk kuat, dia makin menekan suaranya menunjukkan betapa siksanya dia mahu melepaskan batuk yang tak terlepas di dada dan tekaknya..aku rasa kasihan dengan anak aku..lihat situasi dia macamtu, memang sayu sangat hati aku..

disebabkan batuk yang berterusan tu, anakku telah di xray dadanya, diambil sampel kahak, diambil sampel darah dan dicucuk untuk kajian tibi serta lelah..khamis ini baru tau results tibi, hujung bulan ni pulak doktor nak review overall..

sesungguhnya aku sangat berharap semoga Allah SWT menjauhkan anakku daripada penyakit berjangkit tersebut..aminn..Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, January 25, 2012

apabila anak dah boleh meniarap...

salam..

sesungguhnya hati nurani seorang ibu memang sangat laa rasa seronok apabila melihat perkembangan anak membesar di depan mata..setiap perubahan dan kepandaian anak akan diceritakan pada semua orang yang bertanya..

tapi, dalam blog ni takde org tanya pun, aku nak jugak bercerita..almaklum..seronok sangat ni kan..hehehe..

bila tengok zulaikha dah pandai mengiring, ramai yang menelah anak kami tak lama lagi akan meniarap..tunggu punya tunggu takde pulak dia meniarap..hu3..sampailah satu hari tu, aku baringkan dia atas tilam kecik dia tu,tiba2 bila aku berpaling, aku tengok dia dah meniarap..ya Tuhan, terus aku menjerit panggil encik suami yang tengah basuh kereta kat luar rumah..punyerlaa excited nak tunjuk kat encik suami, anak dah pandai meniarap..tapi untuk permulaan, dia cuma boleh meniarap sekejap2 aje..kemudian, dia cepat letih..

zulaikha yang dah mula letih.. hehehe..

tapi sekarang ni dia dah pandai angkat muka dengan kepala..tidur pun mengiring macam org besar..huhuhu..


zulaikha.. pandang walid cepat.. :)

Wednesday, November 2, 2011

Pesona Zulaikha




indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya