Showing posts with label lagenda. Show all posts
Showing posts with label lagenda. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Lagenda Tasik Chini


salam..lama dah aku dok simpan kisah ni dalam draf..tapi x buat penerbitan sampai ke la ni..huhuhu..

mengikut cerita suami aku, kononnya kat tasik chini ni dulu ada seorang puteri yang dijaga oleh seekor naga..dan sesiapa pun dilarang atau tak dibenarkan memancing walau seekor ikan pun kat situ..

suami aku tu tidakla tahu sangat kisah sejarah lagenda tasik chini ni..jadi, aku tak dapatlah nak bercerita lebih lanjut tentang sebab musabab larangan memancing tu dan apa terjadi pada sang puteri dan naga tu..






cumanya, terdapat satu kisah benar yang betul2 terjadi di kampung dia..
masa tu tahun 80an..ada seorang pakcik ni, pegi memancing/memukat ikan kat tasik chini..beberapa hari kemudian, badan pakcik tu dipenuhi dengan sisik macam sisik ikan..sisik tu gatal dan berbau..satu felda dan kampung-kampung berhampiran kecoh tentang peristiwa tu sampaikan mendapat perhatian majalah mastika yang gemar menyiarkan kisah-kisah lagenda macam ni..

apa penyudahnya kisah pakcik tu tak pula diketahui, cuma menurut kata suami aku, pakcik tersebut masih hidup lagi tapi tidak keluar dari rumah kerana 'akalnya' kurang..mungkin dijaga/dipelihara oleh anak dan cucunya..Wallahuallam..

apapon, semuanya adalah ketentuan Allah SWT..apa sebenarnya yang berlaku, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui..