Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

perlu ke kenang kisah lama?

macam lagu kat bawah ni..



aku kongsikan pendapat ni sebab aku rasa benci, meluat atau menyampah dengan seseorang yang tak boleh lupakan kenangan lama walaupun dah berkahwin.. kenapa tak lupakan aje kisah lama tu dan bina hidup baru?

kenapa mesti ingat lagi janji-janji lama yang tak menjanjikan apa-apa kebahagiaan pun?
kalau benar masih mengharap kenapa tak cari semula dari dulu dan dapatkan semula kasih yang hilang tu?
kenapa perlu korek gali semula selepas masing-masing punya kehidupan tersendiri?
masing-masing mengaku bahagia dengan kehidupan masing-masing tapi kenapa
masing-masing perlu berhubung untuk mengenang kembali kisah lama? aku rasa tak perlu semua tu..

bila aku dengar lagu ni, mengingatkan aku pada satu keadaan dimana
ada orang yang masih mengenang kisah cinta lama mereka..
dan orang tu ialah orang yang sudah pun berkahwin..

kalau orang bujang, aku fahamlaa kenapa, dan itu perkara biasa la kan..
bukan mudah nak lupa apa yang pernah terjadi pada diri kita..
tapi, bagi aku, bila kita dah berkahwin, maka wajarlah untuk kita setia pada pasangan
dan berpaling pada kenangan lama.. sebab kenangan lama yang cuba dibangkitkan kembali
mungkin boleh menjadi punca kepada retaknya kerukunan sesebuah rumahtangga..
walaupun tiada jaminan mengatakan ia adalah punca, namun boleh menjadi penyebab..
oleh itu, elakkanlah..

apa yang aku luahkan ni sekadar pendapat peribadi secara umum sahaja..
sekadar untuk berkongsi pendapat.. ^_^

Thursday, April 19, 2012

Sahabat Dunia Akhirat

Sahabat yang baik
Salam.. lebih kurang sebulan yang lepas, satu tragedi yang agak menyedihkan terjadi dalam keluarga aku, melibatkan salah seorang adik beradikku. Perkara tersebut turut mendapat perhatian seorang sahabatnya, yang mereka sama-sama gelarkan sahabat dunia akhirat. Sejujurnya aku mengatakan, walaupun ini bukan pertama kalinya aku mendengar istilah 'sahabat dunia akhirat', tetapi aku sangat yakin, selalunya kata-kata tersebut hanya terlafaz dimulut sahaja. Namun demikian, mungkin ada diluar sana yang tidak aku kenali betul-betul mengotakan apa yang dikata. Apa yang ingin aku gambarkan disini bahawa, persahabatan yang mereka jalinkan sangat tulus ikhlas, benar-benar lahir dari hati dan semuanya hanyalah kerana Allah SWT. Mereka saling mengambil berat sesama mereka walaupun berada jauh, saling mendoakan didalam solat, hatta apabila ke tanah suci, saling mengingatkan apabila mereka hanyut/alpa, saling meredakan apabila mereka sedang sedih, ditimpa musibah, kedukaan atau punya masalah, saling membantu ketika mereka dalam kesusahan serta saling berkongsi kegembiraan apabila mereka berada dalam kesenangan.
Sesungguhnya, aku tidak punya sahabat seperti itu kerana semuanya sudah punya komitmen yang tersendiri, yang tidak memungkinkan lagi untuk kami saling berkongsi apa sahaja. Cumanya, jauh disudut hati aku, aku merasakan betapa bertuahnya jika kita punya sahabat sebegitu. Sebenarnya aku rasa sedikit cemburu dengan adikku itu kerana beliau punya sahabat dunia akhirat, yang pabila aku melihat cara layanan sahabatnya kepadanya akan bisa membuatkan airmataku menitis. Alhamdulillah, sahabat seperti itu sangat jarang kita temui, maka hargailah sahabat jika kita punya sahabat dunia akhirat, insya-Allah perhubungan itu akan dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Monday, November 1, 2010

luahan ker aper ker..

salam semua.. lama sungguh tak jenguk blog..dan, memang terus lupa password..nasib baik adik aku yang kaki menulis tolong aku find out balik password..kalau tak, rasanya, entah aper2 je isi dalam blog ni..dah bersawang pon..hahaha.. banyak nak diceritakan..antaranya kisah tmpt keje aku yang semakin lama semakin bosan..sebenarnya sejak akhir2 ni..sangat2 tertekan.. aku bosan hadapi dengan sikap org2 atas yang terlalu mencari kesempurnaan dalam hampir segala segi yang mana sebenarnya masih banyak kekurangan..kalau dah jadi macamtu bukan ker semuanya sebenarnya hanya kepura-puraan?? demi untuk nama..?? demi persepsi orang2 luar yang nampak gah dari luar..hakikatnya, yang berada didalam sahaja yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.. betapa kelam kabutnya untuk mengejar semua tu..selagi hayat dikandung badan..selagi pintu rezeki aku adalah disini, aku redha..mencari rezeki itu penting..rezeki itu ada dimana2 sahaja..tapi, mencari rezeki yang berkat itu, sangat penting..kalau ada rezeki kat tempat lain, memang aku takkan lepaskan peluang..duduk kat sini semakin menyesakkan jiwa raga aku..atas semua yang aku rasakan kini, sabar paling penting..