Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Salam Aidiladha

Salam semua..

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (QS. Al-Hajj, 22 : 27)


"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (QS. Al-Hajj, 22: 34)



Tanah Suci Mekah
 Allah SWT mengurniakan perayaan ini bukan sekadar hari bergembira umat Islam malah jauh lagi tujuannya yang barangkali sukar untuk manusia biasa memikirkannya. Namun antara 'ibrah (pengajaran) yang boleh diambil ialah berkenaan seruan pengorbanan yang dituntut oleh Allah AWT. Pensyariatan Eidul Adha boleh dilihat dari sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S berkenaan pengorbanan tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua nabi tersebut. Ketika mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih Nabi Ismail, Baginda telah membenarkan mimpi tersebut bahawa segala perintah Allah wajib dipercayai dan dilaksanakan. Begitu juga Nabi Ismail yang merelakan diri kerana iman yang cukup kukuh terhadap Allah dan kefahaman yang tinggi terhadap kewajipan melaksanakan tuntutan dan syariat Allah SWT. Setelah terbukti kesabaran, pengorbanan dan ketaatan kedua-dua nabi Allah tersebut, Allah melarang menyembelih Nabi Ismail dan menggantikan korban dengan seekor sembelihan. Kisah ini boleh dirujuk dalam Al-Quran surah As-Saffat (37) ayat 102-107.

Sumber : PERKIM  



Gambar Sekadar Hiasan

Oleh itu, kesempatan ini saya tujukan buat keluarga dan sahabat-sahabat, moga kita mengambil pengajaran disebalik pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.   Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, selamat menunaikan ibadah haji bagi yang ke Tanah Suci Mekah dan selamat menunaikah ibadah korban atau akikah bagi yang mengambil bahagian. Maafkan segala kekhilafan.

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua, di kesempatan ni, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada keluarga saya, kepada kawan-kawan saya yang mengenali secara langsung dan juga kawan-kawan yang mengenali saya secara virtual dan kepada semua umat Islam sedunia amnya.



Erti puasa dari segi syarak :

Puasa ialah bererti menahan diri daripada lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari mula terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari beserta dengan niat.

Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa :
  1. makan dan minum di siang hari dengan sengaja
  2. bersetubuh di siang hari
  3. memasukkan sesuatu ke ruang rongga terbuka (seperti mulut, hidung yang boleh memberikan kekenyangan/kepuasan)
  4. keluar darah haid dan nifas (bagi wanita)
  5. muntah dengan sengaja
Niat puasa

boleh dibaca secara harian / sebulan

Niat harian :




Ertinya : "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"

Niat sebulan :





Ertinya : "Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"

Doa ketika berbuka puasa :







Ertinya : "Ya Allah bagi engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku, dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Itu sahaja yang saya mampu kongsikan, semoga kita semua beroleh manfaat dan saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa; bersahur, berbuka dan bertarawih. Semoga ramadhan kali ini dapat kita semua manfaatkan dengan ibadah-ibadah yang boleh mempertingkatkan amalan kita, insya-Allah.

Friday, April 8, 2011

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga, Kasihnya Bapa Rela Berkorban

Salam.. mesti kita biasa dengar petikan lagu dibawah ni kan "kasihnya ibu..membawa ke syurga..kasihnya bapa rela berkorban.." begitulah pengorbanan ibu bapa terhadap kita.. sedarkah kita bahawa kita merupakan seorang anak yang lahir dari celah kangkang ibu, lalu syurga kita hanyalah terletak di bawak telapak kakinya.. betapa hinanya kita sebagai anak sebagai tanda bahawa perlunya kita, wajibnya kita menghormati, mentaati ibu kita..begitu juga dengan bapa kita.. redha mereka akan seiring dengan redha Allah SWT terhadap kita.. apabila mereka redha, akan mudahlah perjalanan hidup kita..ini kerana kita direstui.. tanpa restunya, nescaya hidup kita tiada keberkatan.. oleh itu, sentiasalah mentaati, menghormati, mendoakan ibu bapa kita agar diberikan kesejahteraan..mintalah ampun pada ibu bapa kita sekiranya kita banyak melakukan kesalahan.. untuk berkata "ah, uh" juga sudah berdosa, apatahlagi sekiranya kita melukakan perasaan mereka..mungkin saja kita tanpa sedar telah mengguris perasaan mereka dengan pelakuan dan kata-kata kita..jadi, apalah salahnya kita sebagai anak mengalah dan memohon ampun dan kemaafan..mohon diampunkan..mohon dihalalkan segalanya.. lagu anak soleh di atas sangat memberi kesan dalam hati saya agar sentiasa mentaati dan menghormati kedua ibu bapa walaupun telah berkahwin.. kerana saya sedar, tanpa restu mereka selama ini, saya tidak akan berdiri disini.. sesungguhnya, pengorbanan mereka langsung tidak ternilaikan..tidak mampu dibalas oleh saya.. sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri..