Thursday, May 15, 2014

cuti-cuti ke cameron highland..

assalam semua..

cuti hari pekerja 1 mei yang lepas aku gunakan untuk terus sambung cuti dan mengajak semua ahli keluarga untuk bercuti ke cameron highland.. percutian yang dirancang last minute macamni akhirnya berjaya walaupun en suami aku tak dapat ikut sekali.. agak sedih disitu.. :(

aku berusaha keras mencari homestay yang masih ada kekosongan dan mujurlaa ada satu untuk kami sekeluarga.. di Prima Villa, Tanah Rata.. rumahnya agak selesa walaupun atap bocor di bilik utama.. harganya pula tidak berpatutan.. rupanya orang tengah yang menguruskan homestay tersebut mark up harga pada aku, sedangkan owner homestay menawarkan harga murah sikit.. rugi dah aku kat situ.. -_-
takperla, mungkin bukan rezeki aku.. adik aku dengan suaminya pula, pada awalnya hampir sahaja membatalkan penglibatan diorang, membuatkan mood semua orang down gitu.. tapi akhirnya, mereka join juga kami semua.. huhuhu.. mereka pula tidur di Hotel De La Ferns.. sengaja mereka menginginkan privacy.. huhu..

antara tempat-tempat yang aku teringin nak pergi lagi, cameron highland merupakan salah satu tempat yang berjaya aku pergi selepas langkawi.. cuma tinggal genting highland dan taman negara sahaja yang belum berkesempatan untuk aku ke sana lagi.. taman tema genting highland sekarang ditutup untuk proses renovation dan dijangka dibuka tahun hadapan.. manakala untuk ke taman negara, aku kena tunggu anak aku besar betul baru boleh kesana sebab aktiviti disana sesuai untuk kanak-kanak yang sudah bersekolah hingga dewasa..

ok-ok, panjang lebar dah intronya, haha..

HARI PERTAMA

lebih kurang jam 9pagi, kami sekeluarga dengan 4 buah kereta bertolak dari Kuala Lumpur melalui jalan Bentong-Raub-Kuala Lipis-Ringlet-Cameron Highland. Lebih kurang 3 jam perjalanan, kami semua selamat sampai di Tanah Rata. Aku menghubungi pemilik homestay Puan Marina untuk check in di homestay.. usai check in dan membayar harga penginapan untuk 3 hari 2 malam, kami semua berehat dan solat, kemudian kami keluar untuk berjalan-jalan.. Tempat pertama yang kami pergi ialah ke Kg Sedia, menuju ke Opah Strawberries & Jam's.. kengkononnya nak petik strawberry tapi sayangnya, strawberrry dah habis dipetik, yang ada pun tak banyak, baru nak berbuah.. jadinya, kami semua menikmati aiskrim sahaja disitu..


papan tanda Opah Strawberries & Jam's

makan-makan aiskrim disini..
siap makan aiskrim, kami menuju ke pasar malam brinchang, beli serba sedikit makanan serta barangan cenderahati yang ingin dibawa pulang.. anakku zulaikha la paling seronok, dapat patung besar doraemon kesukaannya.. ayah de dia laa tu layankan.. huhuhu..


muka seronok dapat doraemon besar  >.<

selepas itu kami seterusnya menuju ke Hotel Titiwangsa.. disitu kami menikmati makan malam steamboat yang dikatakan steamboat tersedap dan glamour disitu.. dengan harga RM 25.00 sekepala, bagi kami, hidangannya agak memuaskan..

sedang menanti hidangan steamboat

zulaikha bersama sepupu-sepupunya dan acik longnya

malam tu, kami pulang dengan kekenyangan, berehat dan solat serta tidur untuk melakukan aktiviti keesokannya pulak.. terima kasih kepada mama dan juga abang ipar kerana belanja kami makan disini.. :)

HARI KEDUA

selepas sarapan pagi dengan nasi goreng yang mama dan along aku masak, kami semua bersiap-siap untuk ke Taman Agroteknologi MARDI. Kat situ kami jalan-jalan cuci mata serta membeli sedikit makanan seperti strawberry kering, teh perisa strawberry serta pokok-pokok tanaman untuk dibawa pulang.

sebelum ke MARDI, aku ke Hospital Cameron Highland terlebih dahulu disebabkan telinga aku bengkak dan sakit, dapat ubat titis dan juga antibiotik dan ubat penahan sakit, barulah lega sedikit telinga aku ni.. barulah seronok nak berjalan-jalan, kalau tak, tak tertahan sakitnya.. huhu..


zulaikha dengan permainan kesukaannya..

antara pokok-pokok bunga yang ada di taman

tengahari tu, hujan turun dengan lebatnya, kami semua berkeputusan untuk makan tengahari di sekitar tanah rata, terdapat gerai sekitar situ.. selepas itu, kami pulang ke homestay dan berehat sahaja.. petang itu, adik bersama suaminya dan kakakku ke Kea Farm untuk membeli sayur-sayuran dan juga cenderahati untuk dibawa pulang.. aku serta mama, abah dan beberapa orang adik beradik tinggal di homestay sahaja kerana kepenatan.. aku hanya kirim dengan mereka untuk membeli barangan.. malam itu, kami semua menyediakan juadah makan malam serba ringkas, nasi dimakan bersama tomyam, ayam goreng, sardin dan telur dadar.. agak berselera juga kami semua makan.. haha..

HARI KETIGA, HARI TERAKHIR

hari ini selesai sarapan pagi dengan sandwich dan mee goreng, kami semua bersiap-siap dan berkemas-kemas untuk check out dan pulang.. sebelum pulang, kami singgah di beberapa destinasi.. antaranya ialah Bee Farm.. disitu kami dapat melihat sendiri madu lebah dihasilkan serta penternakan lebah.. kami membeli madu yang dijual disitu untuk dibawa pulang..


Bee Farm


Contoh Lebah


antara jenis lebah kelulut yang diternak 

kemudian, kami singgah di Cameron Valley milik kumpulan Bharat Tea.. disini kami hanya singgah menikmati pemandangan.. abang ipar serta anak-anak saudara ada yang turun ke ladang, tapi aku yang kepenatan malas turun ke situ, hanya menikmati pemandangan dari atas sahaja..

pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang

perjalanan pulang kali ini, kami berkeputusan untuk melalui jalan Tapah seterusnya masuk ke Lebuhraya PLUS, ini kerana, kami ingin singgah di Tanjung Malim untuk tidur semalaman di ninahomestay milik adikku serta suaminya..

Malam itu, kami makan di restoran akma seafood yang terletak di pekan tanjung malim, sebelah shell menghala ke ipoh.. hidangannya sedap dan harganya berpatutan.. keesokannya, selepas sarapan di gerai Majlis Perbandaran Tanjung Malim, kami menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah masing-masing..

percutian ini sangat mengujakan dan akan dikenang sebagai kenangan manis tahun ini walaupun tanpa kehadiran suami aku disisi.. 

sehingga ketemu lagi di entry lain.. daaaa... ;)

2 comments:

  1. wah bestnye jalan2.. z haritu pergi, sbb last minit, lngsung xtau tmpat ape best... pergi yg mana ada tepi jalan je... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. best, tp ni baru kali kedua akak gi sini, tu pon tanpa suami.. sedih taw, sebab en suami akak kene keje.. hukhuk.. akak pon tak tau sangat jgk tmpt menarik kat situ, tp sebab pergi ramai2 dgn family, adik akak yg kerap gi sini dgn suami dia, taula byk tmpt menarik, tu pon byk lg yg x pergi mcm strawberry park, butterfly park.. huhu..

      Delete