Friday, December 26, 2008

Kenangan Kursus Induksi


Salam semua sahabat-sahabat..


Andainya ada antara sahabat-sahabat yang membaca blog ini merupakan salah seorang daripada peserta kursus induksi yang dinyatakan tu, suka untuk saya berkongsi rasa dan mengimbas kembali kenangan manis kita bersama selama dua minggu disana.. Walaupun kursus ni dah berakhir sebulan yang lepas, namun serasakan baru sahaja ia bermula. Pada awalnya, perasaan tidak suka dan asing serta janggal dengan semua orang apatah lagi di tempat yang tidak biasa dengan orang-orang yang tidak dikenali. Namun, semua itu hanya untuk beberapa hari sahaja. Selepas itu, semua menjadi mesra dan rapat. Terutama selepas aktiviti kembara di Hutan Lipur Sekayu. Seronok sangat pengalaman dan kenangan tu walaupun aku terjatuh dan kena gigit pacat yang menggelikan dan menakutkan..hehe..


Sebelum aktiviti kembara, pada hari pertama kami disini, sesi suai kenal diadakan. Bayangkan, kami terpaksa melukis gambar kami dengan tangan yang bukan mahir. Maksudnya, kalau kami biasa dengan tangan kanan, kami mesti melukis dengan tangan kiri. Jika kami kidal, kami kena melukis dengan menggunakan tangan kanan pula. Seronok juga pengalaman sebegini. Sesudah itu, lukisan kami dikutip dan diagih-agihkan pada rakan-rakan yang lain. Kami terpaksa mencari siapakah si pelukis wajah tersebut dan menemuramah tuan punya lukisan itu.hahahaha...seronok sangat..bayangkan, siapa yang kenal sesama sendiri? Apatah lagi, lukisan tak menjadi..kelakar n seronok sangat.. kecoh jugak dewan kenanga di permai inn tu..


Bila dah berjumpa, kami berkenalan sesama sendiri. Kemudiannya, berkumpul menjadi satu bulatan besar, dan pergi ke hadapan, panggil pemilik lukisan dan memperkenalkan pemilik lukisan kepada rakan-rakan yang lain. Seronok sangat.. Selepas itu, kami diberikan tugasan untuk mencari ahli kumpulan kami. Setiap peserta diberikan sehelai kertas dan kami semua perlu melakukan aksi tanpa bercakap atau bahasa isyarat untuk menentukan dan mencari ahli-ahli kumpulan kami berdasarkan ayat didalam kertas yang diberikan tadi. Jika aksi kami serupa, bermakna mereka adalah ahli kami. Bagi aku pula, tersalah masuk kumpulan lain.hahaha.. selepas selesai dan ditanya oleh fasilitator, rupa-rupanya aku ahli kumpulan lain..malunyer..!! Dah jumpa kumpulan, kami diberikan tugasan.


Ada 6 tugasan yang perlu diselesaikan.

Pertama, kami perlu memberikan nama ahli kumpulan bertemakan ulam-ulaman, seterusnya melantik ketua kumpulan.

Kedua, kami perlu merekacipta bendera kumpulan dan motto kumpulan.

Ketiga, merekacipta lagu kumpulan bertemakan patriotik.

Keempat mencipta 'cheers' ahli kumpulan.

Kelima, merekacipta kraftangan hasil dari bahan buangan.

Dan terakhirnya, kami perlu menyiapkan tugasan bertemakan kes-kes jenayah atau gangguan yang melibatkan akidah dan akhlak masyarakat di negara kita. Kami menyiapkan semuanya pada jam 7.30 ptg selepas mengagih-agihkan tugasan dan memulakannya pada jam 10 pagi.


Nama ahli kumpulan kami antaranya ialah Pucuk Gajus (kumpulan aku), Pegaga, Kerdas, Petai, Jering dan Ulam Raja. Pada jam 8.00 malam, semua kumpulan mempersembahkan hasil kumpulan masing-masing. Dan malam tu, kami semua balik lewat..


Keesokannya, kami bermain satu permainan. Kami diperkenalkan dengan satu tarian baru iaitu 'chicken dance'.. hahaha.. seronok sangat.. kemudian, kami diberi tugasan untuk melakonkan satu sketsa pendek bertemakan lagu yang kami dapat.. lepas tu, kena nyanyi lagu tu dengan menggunakan alat muzik yang disediakan.. semua sketsa berdasarkan filem-filem lakonan P.Ramlee sebab lagu yang kami dapat semuanya lagu-lagu dari filem beliau. Kumpulan aku, Pucuk Gajus dapat lagu Gelora..


Tapi kami melakonkan watak dalam babak filem Bujang Lapok, adegan semasa Zaitun nak mencuri cincin emaknya sebab nak menikah dengan Abang Sudin..hahaha.. seronok sangat..!!! Pendek kata, semuanya lucu-lucu la bila melakonkan semula sketsa tu. Sketsa kami tu pun hanya makan masa 5 minit jer. Selepas berlatih, kami mempersembahkan sketsa kumpulan masing-masing. Semuanya lucu-lucu..hehe.. Seronok..!!!


Kemudian, kami pulang ke kamar masing2..tidur..seawal pagi hari ketiga, kami bangun..seperti biasa, tarian poco2 dan senaman regangan pagi di tepi kolam mandi diadakan sebaik selepas solat subuh dan sarapan..huhu..kemudian, aktiviti diadakan..


pagi ini, kami disajikan dengan permainan yang memang menyeronokkan..kami dibawa ke luar drpd kawasan hotel, dan kami ke tepi pantai..disitu kami main permainan "raja dan permaisuri"..dua org drprd ahli perlu menjadi ibu dan bapa, manakala dua org lagi akan menjadi anak lelaki dan anak perempuan..mereka akan dihias dengan kertas surat khabar lama yg akan dibuat baju/pakaian, manakala bahan-bahan buangan atau kerang-kerang atau siput2 atau daun-daun mati di tepi pantai akan dijadikan sebagai perhiasan..hiasan tercantik akan menang..haha..


pada malam terakhir selepas menjalani peperiksaan, kami perlu menganjurkan dan mengadakan acara penutup majlis makan malam..selama seminggu pada malam dan masa masa riadah, kami menghabiskan waktu untuk membuat tugasan sambil berlatih membuat latihan nyanyian, lakonan, membuat jemputan kepada pensyarah-pensyarah..ini kerana, kami yang menganjurkan majlis itu 100%..sehinggalah malam itu tiba, semua mendapat sijil kehadiran dan sijil penyertaan..


ada yang menyanyi secara karaoke, ada yang secara berkumpulan, ada yang berlakon, masing-masing dengan gaya masing-masing..baju tema ialah baju batik..makanan pada malam itu memang sangat istimewa lain dari kebiasaan..ada kambing panggang, bbq ayam dan macam-macam lagilaa..malam itu juga kami bergambar kenang-kenangan sesama sendiri..


bila aku kenang-kenangkan kembali, memang sangat manis rasanya..hotel permai inn di kuala terengganu menjadi saksi kenangan manis kami sepanjang dua minggu kami berkampung disana..

Tuesday, December 23, 2008

kursus induksi dan konvokesyen..yang mana satu??

Salam semua kawan-kawan..lamanyer tak menulis apa-apa kat blog ni..erm..banyak perkara yang nak diceritakan ni..antara kursus induksi yang dihadiri dan juga majlis konvokesyen yang terpaksa diketepi..erm, sedih tu memang sedih..siapa tak sedih bila tak dapat menghadiri majlis konvokesyen yang julung-julung kali diadakan? sementelah dilakukan di UTM Skudai..waa.. betul-betul sedih..semua ini terpaksa aku korbankan demi kerana kursus induksi yang bertindih dengan tarikh konvokesyen tersebut. aku kena fikir semasak-masaknya sebab konvokesyen hanyalah satu majlis untuk meraikan tamatnya aku belajar di UTM sementara kursus induksi pula merupakan satu perkara yang akan menentukan pengesahan jawatan aku di dalam perkhidmatan. Jadi, sudah tentu kursus induksi ini jauh lebih penting kan..?? Aku dah tamat pengajian, sedangkan kerjaya aku baru bermula.. Aku percaya, kalau korang semua berada di tempat aku pun, korang akan bertindak seperti aku juga kan.. mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. mungkin aku kena bekajar ke peringkat yang lebih tinggi untuk aku menghadiri majlis konvokesyen lagi..