Sunday, February 12, 2012

merlin musim ke-4 ada pertandingan laa...





baca tajuk je dah tau..tapi bukan tu yang aku nak ceritakan..tapi ada kaitan laa...sebab ini pasal hadiah yang ditawarkan tu..tv LED 42" tuu..hohoho..

mulai episod ke-7 sampai episod ke-13 pertandingan tu bermula dan boleh mula menjawab dengan cara layari laman web www.tv3.com/merlin bila ada nampak tanda naga kecik kat kaca tv sebelah atas..kalau tengok iklan, belah kiri tanda naga tu..huhu..

cerita ni aku memang minat..asalnya dulu, aku tak tau kewujudan cerita ni..sampaila satu hari tu, aku tengok tv kat umah kawan aku, lepak2 dengan dia masa zaman bujang dulukala..start tengok tu, aku dah tersuka sebab jalan cerita dan kisah dongeng orang putih zaman dulukala, ada istana, ada puteri, ada putera, dan ada raja..tapi citer ni takde permaisuri..tu semua aku memang suka tengok dan bayangkan..bayangkan aku turut berada di istana tu..hahahaha.. ;P

tapi, siri yang lepas membuatkan aku agak bengang dengan watak morgana yang telah bertukar menjadi jahat sedangkan dia cantik dan baik sebelum ni.. :(

ok..ok..bukan pasal kisah ni aku nak ceritakan..aku tahu, korang pon tengok jugak cerita tu kann..sebenarnya aku nak cerita pasal pertandingan..

tahun lepas, setiap sabtu tu, petang2 tiap jam 7.30 ptg kat tv3, ada satu dokumentari berbentuk informasi mengenai bidang penternakan dan sumber tani iaitu rancangan Agro Xplorasi..cerita tu aku suka tengok dengan encik suami..selain tu, ada sertakan pertandingan..boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami akan cuba menjawab soalan yang diberikan..kena jawab dengan sms terpantas..semuanya hanya kerana nak memenangi tv LCD 42" yang ditawarkan selain hadiah2 sampingan yang lain macam i-pad dan handphone..ceh, masih ingat tuu..haha..

tapi, mungkin nasib tak menyebelahi kami, kami tak de rezeki untuk menang hadiah tu, hadiah lain pon kami tak dapat ok! huhu.. tak taula samada jawapan kami salah atau mungkin jari kami tak pantas..hohoho..

tu yang bila tengok iklan merlin ada pertandingan ni membuatkan aku teringat cerita tahun lepas..sebenarnya, memang bersungguh masuk peraduan tu..hanya sebab nak tv LCD 42"..tapi, takpelaa, tak dapat hadiah pun, dah ada pun tv LCD kat rumah..tak ada 42" pun, dapat 32" jadilaa..dah syukur alhamdulillah.. :)