assalam semua..
wahhh... bersawang segala mende dah bersarang.. lama giler kot tak menjengah blog aku ni..
hmm... banyak perkara nak dikongsikan, banyakd ah resipi yang aku cuba dan akan dikongsikan..
tapi tunggu entry yang lain laa yer.. ni cuma salam perkenalan untuk tahun 2014..
bila tajuk ada selit sekali #pray4mh370 tu, maka jom kita berdoa semoga pesawat boeing 777-200 ni ditemui dalam masa terdekat.. aminn.. sehingga artikel ini ditulis, telah masuk hari yang ke-13 pesawat itu hilang tidak dapat dikesan..
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Thursday, March 20, 2014
Tuesday, March 19, 2013
sajer-sajer suka-suka bosan-bosan part II
salam..
yeahhh.. finally aku dah dapat blog background yang cantik bagi pandangan mata aku dan masih tak lari dari template blog asal.. so, takderlah kepala aku pening-pening nak edit coding html yang boleh buat aku migrain.. :P
tadaa.. any comments? credits kepada blogger ni yang sikit sebanyak bantu aku.. muehehehe... ;)
ok, ada masa nak tulis entry baru, tungguuuu.... daaaa....

Wednesday, March 13, 2013
sajer-sajer suka-suka bosan-bosan
salam semua..
kebosanan, kekurangan idea.. disebabkan tu aku cuba cuba guna blogskin yang baru..
tapi aku rasa mungkin tak lama kot aku guna ni sebab banyak function tak ada, dan aku bukanlah
pakar IT tegar, puas jugak nak baca coding-coding tersembunyi untuk merealisasikan kehendak aku
dalam mencantikkan blog skin yang aku pilih ni.. sabor jela.. kihkihkih..
oklaa, rasa migrain tetiba.. :P
ada masa mungkin muncul dengan entri baru termasuk skin baru, entah-entah guna template standard je, sonang baitu.. -_-

Wednesday, October 10, 2012
kompilasi kisah hidup
salam semua.. yeahhh, akhirnya aku muncul kembali setelah lama mendiamkan diri akibat kemalasan melanda nak hapdate belog ni.. bila tengok tajuk je pon dah boleh agak, nampak nau banyak kisah hidup aku yang tertangguh nak cerita sampai kena buat kompilasi, kahkahkah.. ;P
RAYA
raya aku lalui dengan sungguh gembira, almaklumlah, tahun ni aku kali kedua beraya bertiga bersama suami dan anak.. tapi yang membuatkan raya aku lebih bermakna ialah anak aku dah pun hampir mencecah setahun dan tahun ni aku serta adik beradik berkumpul keseluruhan di Kuantan, Pahang.. :)
raya kedua kami semua bergerak ke Terengganu serta Kelantan.. Kami menghabiskan cuti selama 3hari di sana dengan menziarahi atuk dan nenek, saudara mara dan berjalan-jalan atau orang panggil shopping mopping, hehehe..
OPEN HOUSE
tarikh 16 september 2012 menjadi pilihan aku dan en suami untuk membuat majlis open house kecil-kecilan di rumah kami di Temerloh. Inilah kali pertama kami mengajak keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan makan-makan beramai-ramai di rumah kami.
Kakak serta adik aku yang datang dari KL banyak membantu aku dalam menjayakan majlis kami.
Adik aku telah memasak hidangan nasi hujan panas (warna warni) dimakan bersama kari dalca, ayam masak merah dan acar, manakala aku telah menempah sate dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang serta mee goreng. Untuk dessert pulak, ada puding koktel serta agar-agar sirap yang adik aku buat dan buah tembikai.. bila mama dan abah pulak sampai dari Kuantan, mama membawa karipap serta kuih temosa segera dan digoreng serta dihidangkan sebagai makanan sampingan.. Minuman ada 3 jenis, air sarsi, air lemon teh dan air teh o.. walaupun majlisnya simple tapi alhamdulillah, sehingga ke malam pun masih ada kawan-kawan en suami yang datang dan hidangan mencukupi..
aku buat ni pun kerana aku dapat imbuhan sempena aku dapat APC yang lepas, jadi aku kongsikan rezeki ni dengan keluarga dan kawan-kawan.. walaupun penat tapi hati aku rasa puas dan gembira..
MOTORSIKAL DAN PEMBERIAN DARI SUAMI
Dua minggu selepas majlis, kami telah berkeputusan untuk membelikan sesuatu yang berharga dan bernilai untuk puteri kami. Itupun kami membelinya dengan menggunakan duit hasil pengumpulan duit raya puteri kami yang dikumpul dari tahun lepas dan tahun ini serta kami menambah dalam seratus dua ringgit lagi untuk mendapatkannya. Bukan apa, aku tak mahu duit anakku tu habis digunakan oleh kami begitu sahaja tatkala sesak melanda, sekurangnya dengan membelikan dia sesuatu, ada la jugak sesuatu hasil duit rayanya itu, hehehe.
En suami aku pulak dah lama nak pakai motor untuk berulang alik ke tempat kerja disebabkan jarak antara tempat kerja dengan rumah memakan masa hampir setengah jam membuatkan kos untuk minyak kereta menjadi tinggi. Disebabkan itu, en suami aku bercadang untuk membeli sebuah motor.. setelah berbincang, en suami membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal Yamaha Lagenda second hand dan duit lebihan daipada pembelian motor tersebut, en suami telah membelikan aku sesuatu yang sudah lama beliau janjikan untuk aku.. pemberian yang sangat-sangat aku nantikan.. hati aku pastilah berbunga-bunga gembira.. terima kasih sayang..
itulah antara kompilasi kisah hidup aku dalam dua bulan kebelakangan ni.. taklah menarik mana tapi cukuplah untuk aku berasa gembira dan bahagia dengan apa yang aku lalui.. :)

bergambar di hari raya pertama.. :) |
shopping di pengkalan kubur, kelantan |

Tuesday, June 12, 2012
blogwalking and testing..
huhuhu..ni masa takde keje kekdahnyer..
malam tadi jalan-jalan blog kawan-kawan dan orang lain yang tak kenal langsung..
sajer nak tengok macamana keindahan latar belakang blog orang lain..
aku yang langsung tak kreatif ni, konon-konon nak tukarla latar belakang blog gaya dynamic, gaya
baru..tapi bila warning tulis akan removed gaya lama dalam masa sebulan, aku kensel..
bukan apa, takut menyesal atau bosan, tiba-tiba rasa nak balik ke gaya lama, dah tak boleh.. -_-
jadi, aku amik keputusan, aku kekalkan gaya lama tapi ubah tulisan sikit bagi lebih jelas..tulisan yang lama tu, ada masanya tak berapa nak jelas, lagi -lagi kalau titik-titik atau tulisan selepas koma..
dah gaya guru bahasa pulak aku ni.. hahahaha..
apa salahnya cuba-cuba yang lain pulak kan..huhu..
oklaaa.. setakat ni ada lagi entry nak kongsi tapi simpan dululaa.. dadaa.. :)

Sunday, May 20, 2012
masak-masak puding karamel
Salam semua..
Dua minggu lepas aku serta seluruh keluargaku balik berkumpul di kampung halaman kami, kuantan, pahang.
Kami bercadang untuk berkelah sambil bbq dan mandi manda di pantai. Namun demikian, aku serta suamiku agak lewat tiba kerana hari tersebut hari sabtu, dan suamiku terpaksa kerja walaupun hari tersebut ialah hari cuti umum, hari wesak.
Disebabkan pagi tu aku mempunyai banyak masa sementara menunggu suami aku balik dari kerja, aku memasak puding karamel atas permintaan adik beradikku yang ingin mencuba masakan hasil air tangan aku..huhuhu..nampak sangat aku ni memang bukan kaki memasak, hahaha..
ok..ini resipinyer..
dan karamel yang siap dimasak tu, aku potong kecil-kecil simpan dalam bekas tupperware untuk dibawa balik ke kuantan.. dah ramai-ramai tu, sekejap aje dah habis... huhuhu...
Dua minggu lepas aku serta seluruh keluargaku balik berkumpul di kampung halaman kami, kuantan, pahang.
Kami bercadang untuk berkelah sambil bbq dan mandi manda di pantai. Namun demikian, aku serta suamiku agak lewat tiba kerana hari tersebut hari sabtu, dan suamiku terpaksa kerja walaupun hari tersebut ialah hari cuti umum, hari wesak.
antara aktiviti yang sedang dilakukan semasa ketibaan kami, huhuhu |
Disebabkan pagi tu aku mempunyai banyak masa sementara menunggu suami aku balik dari kerja, aku memasak puding karamel atas permintaan adik beradikku yang ingin mencuba masakan hasil air tangan aku..huhuhu..nampak sangat aku ni memang bukan kaki memasak, hahaha..
ok..ini resipinyer..
BAHAN-BAHAN UTK SAIZ LOYANG 16CM
BAHAN UNTUK KARAMEL
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
BAHAN UNTUK PUDING
1 tin susu cair / susu segar 400ml *
5 sudu besar gula halus **
3 biji telur saiz A (pada suhu bilik) ***
2 biji telur kuning saiz A (pada suhu bilik) ***
2-3 titik esen vanilla
CARA-CARANYA
1. Mula-mula, sediakan karamel. Masukkan 5 sudu gula dalam kuali dengan 1 sudu besar air. masak atas api yang paling perlahan. Bila gula dah bertukar warna perang, masukkan 1 sudu besar air lagi. Masak hingga kesemua gula menjadi cair dan berwarna perang. Kemudian, tuangkan karamel ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain, masukkan 3 biji telur dan 2 biji telur kuning. Kacau sedikit dan masukkan 5 sudu gula sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga adunan menjadi sebati. Jangan kacau sehingga kembang / berbuih. Masukkan pula susu sedikit demi sedikit sehingga habis sambil kacau sehingga sebati. Kemudian, titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
3. Sementara mengacau, sediakan air dalam kukusan, tunggu sehingga mendidih. Sementara menunggu air kukusan mendidih, masukkan adunan puding tadi ke dalam loyang yang telah diisi karamel tadi. Tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil. ****
4. Apabila air telah mula mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 minit dengan api yang sederhana.
5. Bila puding telah masak, keluarkan loyang daripada periuk kukusan. Jangan buka serta merta aluminium foil. Biarkan sehingga 5 minit. Selepas itu, bolehlah dibuka untuk menyejukkannya. Setelah sejuk, terbalikkan puding karamel ke atas pinggan / piring lebar yang leper dan simpan di dalam peti ais. Puding karamel sedia untuk dihidangkan dan sedap dimakan semasa sejuk.
Selamat mencuba.. huhuhu.. kredit untuk adik saya atas perkongsian resipi yang sedap ni..
PETUNJUK
* saya gunakan susu cair, tak guna susu segar.
** saya blend aje gula tu bagi halus
*** saya gunakan telur gred C aje, telur jenama yang biasa jual kat pasaraya tulaa, huhuhu..
**** tak pernah beli pun aluminium foil, so saya tutup guna tudung periuk aje..kihkihkih
inilah hasil puding karamel dilihat dari atas.. |
Friday, May 4, 2012
coklat sedap dah sampai.. :D
salam.. 2 minggu lepas aku ada order coklat buatan tangan daripada kak wati, sepupu en suami di baling, kedah melalui laman sosial, facebook. harga coklat tu rm50 untuk 50 pcs coklat, agak mahal tapi berbaloi sebab termasuk postage.. lagipun, bukan selalu aku mintak en suami belanja coklat yang aku rasa mahal, maklumlah rakyat marhaen.. hehehe.. selain daripada coklat, aku jugak ada order botol acuan roti jala, harganya rm18 untuk 2 botol, murah kan.. semua skali rm68. kak wati bagi diskaun rm5, tapi memandangkan mesin ATM tak terima rm5, makanya bila en suami bagi duit, aku masukkan rm70 ke akaun kak wati..
disebabkan botol acuan tu tak sampai lagi pada kak wati, (mungkin dia order atau beli kat tempat lain secara pukal) jadiknyer, kak wati tangguhkan dulu pengeposan coklat tu, sebab dia nak poskan coklat tu sekali dengan botol acuan tu.. lagipon dia hanya akan buat coklat tu bila ada tempahan je. Untuk makluman, (skema giler kot ayat, haha..) kak wati ni bisnes dari rumah melalui facebook. Tunggu punya tunggu, kak wati sms kata nak pos hari isnin, tapi aku bagitau, selasa cuti sempena hari pekerja, takut sampai lambat pulak, terperap kat pejabat pos, hehe.. so, dia balas kata dia akan pos hari rabu.. dan, hari khamis tengahari dah sampai pon kat opis aku.. tadaaaa.. hehehehe.. :D
aku koyakkan pembalut kertas tu cepat-cepat selepas gambar ditangkap, tak sabar nak menikmati rasa coklat tu dan nak tengok rupa coklat tu.. tapi rupernyer kak wati bungkus lagi macamni..
wahh.. memang cermat..huhuhuhuhu..nampaknyer, beliau memang betul-betul menjaga kualiti coklat buatannya, huhu.. dan dalamnya bukan sahaja terdapat coklat yang aku order tu, tapi juga duit baki rm5 daripada jumlah yang aku bank in kan tu.. rupernyer kak wati pulangkan bakinyer.. :D
dan kat bawah ni ialah coklat dan botol acuan yang aku beli tu setelah bungkusan tersebut ditanggalkan selotep dengan cermatnya, takut coklat patah / rosak, nanti tak nampak rupa sebenar macam gambar yang kak wati tag dalam facebook tuh, hahaha.. ;P
tengok, cantik je aku susun sebab nak tangkap gambar masuk dalam facebook dan jugak blog kann.. hehehehe..
yang coklat rupa lolipop tu, aku dengan en suami dah merasa, itu free gift daripada kak wati untuk kami berdua, coklat bentuk bunga warna biru & ungu dua bijik tu pon free gift untuk kami.. yang tu dah selamat jugak.. hahahaha.. tinggal yang tengah-tengah, bungkusan macam biskut raya tu je kami belum cuba.. itulah coklat assorted filling yang aku tempah dari kak wati, sepupu en suami.. dan botol 2 bijik tulah botol acuan roti jala, sebotol tu aku nak bagi kat mama aku.. andai satu hari aku tak lupa, aku beroti jala, aku pos la entrinyer yee.. hehehe..

sila abaikan contengan-contengan yang terdapat pada bungkusan tu ye.. hehehe.. |
aku koyakkan pembalut kertas tu cepat-cepat selepas gambar ditangkap, tak sabar nak menikmati rasa coklat tu dan nak tengok rupa coklat tu.. tapi rupernyer kak wati bungkus lagi macamni..
hadoi..banyaknyer selotep..huhuhu.. |
wahh.. memang cermat..huhuhuhuhu..nampaknyer, beliau memang betul-betul menjaga kualiti coklat buatannya, huhu.. dan dalamnya bukan sahaja terdapat coklat yang aku order tu, tapi juga duit baki rm5 daripada jumlah yang aku bank in kan tu.. rupernyer kak wati pulangkan bakinyer.. :D
dan kat bawah ni ialah coklat dan botol acuan yang aku beli tu setelah bungkusan tersebut ditanggalkan selotep dengan cermatnya, takut coklat patah / rosak, nanti tak nampak rupa sebenar macam gambar yang kak wati tag dalam facebook tuh, hahaha.. ;P
tengok, cantik je aku susun sebab nak tangkap gambar masuk dalam facebook dan jugak blog kann.. hehehehe..
inilah coklat dan juga botol acuan roti jala tu.. |
yang coklat rupa lolipop tu, aku dengan en suami dah merasa, itu free gift daripada kak wati untuk kami berdua, coklat bentuk bunga warna biru & ungu dua bijik tu pon free gift untuk kami.. yang tu dah selamat jugak.. hahahaha.. tinggal yang tengah-tengah, bungkusan macam biskut raya tu je kami belum cuba.. itulah coklat assorted filling yang aku tempah dari kak wati, sepupu en suami.. dan botol 2 bijik tulah botol acuan roti jala, sebotol tu aku nak bagi kat mama aku.. andai satu hari aku tak lupa, aku beroti jala, aku pos la entrinyer yee.. hehehe..
Tuesday, May 1, 2012
cuti sempena hari buruh..
salam..seronok jugak sekali sekala dapat cuti sehari dalam minggu bekerja macam ni.. tapi lagi seronok kalau cuti ni jatuh pada hari isnin, semalam, bolehlah bercuti lama sikit.. dan seperti yang dijangka, ramai jugak pekerja kat opis aku tu ambik cuti tahunan untuk terus sambung ke hari ni.. tapi aku tak berkesempatan untuk buat macamtu.. disebabkan komitmen kerja, selain kebetulan bos aku dan juga seorang lagi rakan sekerja terlibat dalam program XPDC 4X4 ke Kuala Sat di Jerantut, jadi nak tak nak aku terpaksa 'standby' sorang-sorang kat department aku tu..huhuhu..
hari ni, aku suami serta anak hanya duduk di rumah dan rehat-rehat sahaja..paling tidak pun, petang nanti baru kami keluar di sekitar bandar Temerloh untuk jalan-jalan dan ambil angin petang..kebetulan pula lagi, cuaca hari ni agak baik..
bercakap mengenai hari buruh, aku rasa macam tak sesuai dah rasanya hari ni dinamakan hari buruh sebab pekerja sekarang bukan sahaja terdiri daripada buruh-buruh, malah pelbagai lapisan pekerja, jadi aku rasa, mungkin lagi sesuai kalau ia ditukar kepada hari pekerja..huhuhu ~ edisi memandai-mandai..hehehe..
bagi yang bekerja, selamat hari buruh... manfaatkanlah cuti yang ada ini bersama keluarga tercinta atau kawan-kawan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..selamat bercuti!
kepada majikan yang menggajikan pekerja, jalankan tanggungjawab anda, ok! ~gmbr sekadar hiasan, hehe.. |
hari ni, aku suami serta anak hanya duduk di rumah dan rehat-rehat sahaja..paling tidak pun, petang nanti baru kami keluar di sekitar bandar Temerloh untuk jalan-jalan dan ambil angin petang..kebetulan pula lagi, cuaca hari ni agak baik..
bercakap mengenai hari buruh, aku rasa macam tak sesuai dah rasanya hari ni dinamakan hari buruh sebab pekerja sekarang bukan sahaja terdiri daripada buruh-buruh, malah pelbagai lapisan pekerja, jadi aku rasa, mungkin lagi sesuai kalau ia ditukar kepada hari pekerja..huhuhu ~ edisi memandai-mandai..hehehe..
bagi yang bekerja, selamat hari buruh... manfaatkanlah cuti yang ada ini bersama keluarga tercinta atau kawan-kawan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..selamat bercuti!
Friday, March 16, 2012
loghat pahang
Lagu Makwe Koi
Al-kisoh bermula ceriter.
seingat kawan perentan derjoh limer.
hati koi berkenan dekat anok dare.
kek anok tok lebei namanya Nina..
Makwe koi..
Pukui satu abih sekoloh.
Tok lengoh-lengoh teruih balik rumoh.
teruih pegi mandi lepaih ter kene ngaji.
Sura nempuh rumohnyer buoh hati..
Makwe koi..
Nina Nina Nina
Nina Nina Nina
Nina Nina ni makwe koi..
Suka sangat kome beloh petang..
main konda kondi ander yang main tayang..
keknye kawan kecor main pondok-pondok.
Nina jadi mok koi jadi bapok..
Makwe koi..
Jenuh berturut baru nok balek.
Buat tok cakne sebak tengoh ralik.
berderun ke sungei terjun ramei-ramei.
Nina pulok cuok mandi bercedok.
Makwe koi..
Tenengg..tenneengg..tenengggg..
Makwe koi..
Memang banyok kenangan manih..
Cerita Hei kampung tak mboh habih..
berkubang dalam paye kenduri kendara..
koner je koi pegi nina sokmo ander..
Makwe koi..
Ndok tak ndok berpisoh jugek..
Koi cari ilmu nun di bandor sana..
kala luluih tinggi, masuk unibersiti..
Cerohlah masa depan Nina suka hati..
Nina Nina Nina
Nina Nina Nina
Nina Nina ni makwe koi..
Nina di kampung blajo bagei gaya..
Termasuk memasok menjait mereka..
Bekei mase depan..kala jodoh ander..
mintok-mintoknye dan koi pinang nina..
Sakat ini dulu ceriter.
seingat kawan pernoh derjoh limer.
hati koi berkenan dekat anok dare.
kek anok tok lebei namanya Nina..
Makwe koi..
Nina Nina Nina
Nina Nina Nina
Nina Nina ni makwe koi..
Itu adalah senikata lagu loghat pahang daerah Temerloh, Pahang.
sejak duduk di sini, aku pun kadang tu terikut-ikut percakapan dalam loghat pahang..
sampaikan pernah adik beradik aku gelakkan aku..malah, budak-budak praktikal yang buat latihan di pejabat aku jugak menjangkakan aku anak kelahiran Temerloh..huhuhu..
kalau saper-saper tahu maksud senikata lagu tu,moh lee share yee..hehehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)