Salam semua, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua kaum keluarga, saudara mara, rakan sekerja, rakan-rakan serta rakan-rakan virtual yang mengenali saya.
Saya bagi pihak keluarga saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kiranya ada tulisan saya dalam blog ini yang membuatkan ada perasaan yang terguris atau terasa. Sesungguhnya saya manusia biasa. Yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari kekhilafan saya sendiri.
Bagi yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan patuhilah hadlaju kebangsaan yang ditetapkan untuk mengelakkan saman trafik dan saman AES.
Moga selamat sampai ke destinasi yang dituju, dapat bergembira berjumpa keluarga dan sanak saudara
yang sudah lama tidak ketemu. Sehingga bertemu lagi..
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
Tuesday, August 6, 2013
Sunday, October 28, 2012
restoran cekik darah di Aidiladha
Salam semua..
Pastinya di Aidiladha, antara kita akan ada kenangan samada manis, pahit, lucu malah tak ketinggalan barangkali kesedihan pula yang muncul di saat kita semua meraikan Hari Kebesaran dalam bulan Islam, iaitu Hari Raya Aidiladha.
Bagi aku sekeluarga, kami meraikan Aidiladha dengan penuh kesederhanaan kerana kali ini aku beraya di rumah mertua. Keluarga mertua tidak mengambil bahagian untuk korban / akikah, dan tidak juga ke Tanah suci, disebabkan itu mereka hanya menyambut perayaan ini dengan bersederhana.
Hari raya pertama, aku bersama suami dan anakku berserta keluarga mertua berpeluang ke Air Kuning, Kampar, Perak kerana mengunjungi adik iparku iaitu adik kelima suamiku disebabkan bapa mertuaku yang mula merindui cucunya yang telah berpindah ke Perak.
Kami kesana sehari sahaja dan pada malamnya, terus bergerak pulang ke Pahang. Kami sampai di Temerloh pada jam 2pagi, memandangkan suamiku telah kepenatan untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan untuk beraya ke rumah keluargaku pula. Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah terlebih dahulu untuk tidur dan berehat dan memutuskan untuk pulang ke Kuantan pada pagi esoknya.
Pagi sabtu, jam 9pagi, kami bergerak ke Kuantan dan kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi di rumah keluargaku. Mama memasak nasi tomato dimakan bersama kari daging, ayam masak tomato, acar dan juga keropok popodom.
Malamnya, kami semua telah merancang untuk menyambut hari lahir adik bongsuku yang sepatutnya ialah pada 20 Oktober tetapi memandangkan adik bongsuku itu bersekolah jauh di Terengganu, kami semua bersepakat untuk menyambut pada minggu raya haji kali ini.
Kami semua menyambutnya di Restoran Awana Seafood yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, yang merupakan antara destinasi menarik / port makan-makan malam seafood yang banyak terdapat di Kuantan.
Selesai makan, aku ingin membayarnya. Aku yang bayar kerana aku telah berjanji untuk belanja ahli keluargaku sempena aku mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang terdahulu.
Apabila aku selesai membayarnya, kami semua berkumpul di luar dan terperanjat dengan harga yang dikenakan!!
Dengan hidangan yang sederhana, aku terpaksa bayar dengan harga yang pada perkiraan aku memang sangat tak patut!!!
Menu :
Nasi Putih x 3 bekas RM 12.00
Ayam Goreng Kunyit untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Sotong Goreng Tepung untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 30.00
Kailan Ikan Masin untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Kerabu Bilis (aka lebih kepada bilis goreng bawang) untuk 3 orang makan x 2 hidang RM27.00
Tom Yam campur untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Air Fresh Orange 1 jag RM 34.00
Milo Ais RM 1.80
Teh O Ais RM 1.30
Air Suam RM 0.10
Air Batu Kosong 1 jag RM 2.50
JUMLAH RM 189.00
YANG AKU BOLDKAN TU LAA HARGA MAKANAN CEKIK DARAH!!!
ingatlaa nama restoran ni... jangan pergi..!!!!
masa aku nak bayar tu, sebenarnya ada seorang customer cina dah bertekak dengan tauke kedai tu, aku tak amik peduli sebab aku ingatkan dia marah-marah sebab hidangan sampai lambat, pada aku normal laa musim raya gini, ramai orang..
rupanya, adik aku kata dia marah-marah sebab dia persoalkan pasal harga makanan..
terus terang aku cakap, kami semua menyesal memilih restoran tersebut.. pada hemat aku dan keluarga aku,
tauke tersebut sengaja menekan harga makanan untuk mengambil kesempatan. Ini kerana pada musim perayaan, banyak kedai lain yang tutup dan hanya tertumpu kepada kedai-kedai tertentu yang kebetulan buka pada hari raya termasukla kedai dia.
aku masih ingat lagi, pada hari raya Aidilfitri yang lalu, adikku telah terkena situasi yang sama di sebuah kedai makan di Bandar Permaisuri, Terengganu. Untuk kiraan pertama, semuanya berjumlah RM 90.00, menu nasi putih, lauk campur-campur dan hampir kesemua kami minum air kosong sahaja kerana kepanasan dan haus. Disebabkan tidak berpuas hati, adikku menyuruh tauke kedai mengira untuk kali kedua, harga tersebut dah jadi RM 98.00 pula.. Sudahla tiada tanda harga makanan diletakkan, bila suruh kira kali kedua, lain pula jadi harganya...!!! Akhirnya, kami semua bersepakat untuk membayar harga yang kali pertama dikira.
Cerita ini adalah kisah benar yang aku kongsikan untuk pengajaran dan peringatan kepada orang lain yang ingin berkunjung ke Tanjung Lumpur, Kuantan, supaya berhati-hati dengan restoran yang aku letakkan gambar papan tanda nama restorannya kat atas tu.

Adik bongsu yang hepi potong kek blackforest secret recipe |

ni laa nama kedai yang cekik darah tu!!! |

Tuesday, October 23, 2012
Salam Aidiladha
Salam semua..
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (QS. Al-Hajj, 22 : 27)
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (QS. Al-Hajj, 22: 34)
Allah SWT mengurniakan perayaan ini bukan sekadar hari bergembira umat Islam malah jauh lagi tujuannya yang barangkali sukar untuk manusia biasa memikirkannya. Namun antara 'ibrah (pengajaran) yang boleh diambil ialah berkenaan seruan pengorbanan yang dituntut oleh Allah AWT. Pensyariatan Eidul Adha boleh dilihat dari sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S berkenaan pengorbanan tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua nabi tersebut. Ketika mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih Nabi Ismail, Baginda telah membenarkan mimpi tersebut bahawa segala perintah Allah wajib dipercayai dan dilaksanakan. Begitu juga Nabi Ismail yang merelakan diri kerana iman yang cukup kukuh terhadap Allah dan kefahaman yang tinggi terhadap kewajipan melaksanakan tuntutan dan syariat Allah SWT. Setelah terbukti kesabaran, pengorbanan dan ketaatan kedua-dua nabi Allah tersebut, Allah melarang menyembelih Nabi Ismail dan menggantikan korban dengan seekor sembelihan. Kisah ini boleh dirujuk dalam Al-Quran surah As-Saffat (37) ayat 102-107.
Sumber : PERKIM
Oleh itu, kesempatan ini saya tujukan buat keluarga dan sahabat-sahabat, moga kita mengambil pengajaran disebalik pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, selamat menunaikan ibadah haji bagi yang ke Tanah Suci Mekah dan selamat menunaikah ibadah korban atau akikah bagi yang mengambil bahagian. Maafkan segala kekhilafan.
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (QS. Al-Hajj, 22 : 27)
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (QS. Al-Hajj, 22: 34)
Tanah Suci Mekah |
Sumber : PERKIM
Gambar Sekadar Hiasan |
Oleh itu, kesempatan ini saya tujukan buat keluarga dan sahabat-sahabat, moga kita mengambil pengajaran disebalik pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, selamat menunaikan ibadah haji bagi yang ke Tanah Suci Mekah dan selamat menunaikah ibadah korban atau akikah bagi yang mengambil bahagian. Maafkan segala kekhilafan.
Wednesday, August 15, 2012
raya datang lagi..
salam semua..
erm, sedar tak sedar dah nak raya pun.. masa aku tulis entry ni, tinggal lebih kurang 3 hari lagi sebelum tibanya syawal yang mulia..
cakap pasal raya, aku awal-awal lagi mohon cuti raya seminggu.. kalau ikut kalendar raya hari ahad.. jadi cuti berterusan sampai selasa.. oleh sebab tu, aku mohon terus tambahan cuti 3 hari (rabu, khamis dan jumaat) dan yahuuuu bos aku luluskan tanpa sebarang kompromi pun, muahahaha.. kalau tak, jangan harap dapat direct camtu, biasanya masa aku bujang dulu, mesti ada satu hari kene potong dan kene datang keje.. kihkihkih.. hikmah berkeluarga barangkali.. :)
citer pasal raya ni jugak, kawan-kawan aku cakap, aku nampak excited gitu nak raya, huhu.. bukan excited apapon, disebabkan tahun lepas aku beraya dalam keadaan berpantang, baru 2 hari melahirkan anakku zulaikha, jadi aku tak sempat merasai nikmatnyer raya, nikmatnya kuih raya, rendang, lemang dan nasik dagang, tu yang tahun ni aku agak gian sikit gitu kan.. hehehe..
tapi, walaupun lagi 3 hari nak raya ni, baju pun aku belum lipat, belum susun.. rasa serabut sangat tengok kain yang menimbun.. pastu nak kena pilih-pilih pulak lagi baju mana nak dibawak balik.. senarai-senarai keperluan yang penting pun aku masih belum senaraikan.. almaklum, tahun ni beraya sakan sikit, bukan sahaja di kuantan tetapi kami sekeluarga turut akan beraya di terengganu dan kelantan kampung halaman nenek dan atukku.. kalau tak buat senarai, alamatnyer ada laa yang tertinggal atau terlupa..
dan yang paling best, aku dapat keje half day je hari jumaat ni.. jadi, hari tu aku dah peruntukkan untuk buat semua tu dan buat sebiji kek coklat, insya-Allah..
baju raya aku cuma 2 psg ajer, cukuplaa.. baju suami baju melayu, tshirt 3 helai (dibeli) dan kemeja 2 helai pemberian abang ipar kami, alhamdulillah, murah rezeki tahun ni.. yang penting ialah keperluan untuk anak tersayang, kami ala kadar sajer pun tak apa.. mau tak ibu dan walidnya ni berjimat, baju si anak 2 helai pun dah seratus lebih, pengsan.. hehehe.. mujur jugak ibu saudaranya yakni adikku membeli 2 helai lagi baju untuknya ditambah sehelai lagi pemberian dari ibu rakan sepejabatku.. Alhamdulillah.. aku juga turut menerima tempiasnya apabila sepasang baju kurung moden diberikan oleh seorang pembekal kepadaku, aku menerimanya dengan hati yang terbuka.. :)
di kesempatan ni, aku nak menghulurkan sepuluh jari tanda kemaafan andai tulisan aku dalam blog ini ada yang buatkan perasaan kawan-kawan dan pembaca terguris.. aku juga nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua.. bagi yang akan melalui perjalanan yang jauh, berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi hendaknya, amin.. Maaf zahir & batin..
Sunday, September 21, 2008
HARI RAYA AIDILFITRI
Salam.. Setiap insan khususnya umat Islam yang menyambut hari raya Aidilfitri pastinya mempunyai nostalgia raya yang mungkin melucukan, menggembirakan, menyedihkan atau mungkin juga yang memberi 1001 pengertian dalam diri masing-masing pastinya. Bagi saya sendiri, kenangan raya yang paling tak dapat dilupakan ialah ketika zaman kanak-kanak..Teringat kenangan raya masa kecil-kecil dulu.. Tak ada lah mewah sangat tapi baju raya biasanya 2 pasang baju kurung..dan sepasang baju kasual..seluar jeans ker..skirt ker..gaun ker..t-shirt ker..macamtu la..dan tak lengkap tanpa kasut raya..huhuhu.. Kalau raya Aidilfitri seingat saya..sekali saja pernah balik kampung di Terengganu dan Kelantan.. Tahun-tahun selebihnya memang tak balik umah nenek atau atuk..sebabnya..kami akan balik ke kampung masa raya haji.. Malam raya biasa pasang pelita kat depan rumah..susun elok-elok atas beranda..pasang pelita tu guna minyak tanah..tu pun sebab nak main bunga api..Tak pernah main mercun sebab abah dan mama tak pernah bagi main..tapi ada sekali tu bila abah bawa balik lampu kelip-kelip tu waa..seronoknya kami..hahaha.. Teringat dulu..raya meriah sangat..pagi-pagi lagi dah bangun mandi dan pakai baju raya.. kalau lewat bangun..mama bising..hehe..lepas mandi..tolong mama susun kuih dalam balang.. lepas solat raya, kami makan bersama..tiap-tiap tahun menu wajib keluarga kami ialah nasi dagang dan rendang yang dimakan bersama ketupat..Nasi dagang tu kira trademark family kami..Nasi dagang beras merah tau..!! huhuhu.. Lepas makan bersama tu, apa lagi..kami adik beradik beratur lah bersalam dengan mama dan abah..tapi yg paling tak sabar ialah bersalam dengan abah sebab dapat duit raya..hahahaha... Lepas tu..kami sekeluarga pergi beraya ke rumah nenek saudara..sampai waktu tengahari, baru start berjalan dengan kawan-kawan yang tak balik kampung tu..masa tu berjalan beria la..masuk saja rumah kenal ke tak kenal..rumah pangkat datuk-datuk..rumah besar-besar..rumah kecik-kecik..tak kira dah..berjalan merata sampai lenguh kaki..tapi hasilnya..boleh tahan..sehari dapatlah hampir seratus ringgit..huhuhu..yang bagusnya kami ni ialah..kami makan apa saja yang dihidangkan tuan rumah.. kalau budak zaman sekarang ni..datang bertandang untuk beraya, minum air seteguk.. kuih sebijik..lepas tu bersalam, dah nak balik..sebenarnya mereka salam tu pun salam mengharap duit raya laa..alahai..huhu.. hari kedua kami berjalan lagi..pagi-pagi lagi..seawal jam 10 pagi..macam biasa..collect duit raya laa..hahaha.. Bila hari raya ketiga barulah naik bas dengan kawan-kawan pergi ke bandar dan restoran kfc..membelanjakan sedikit duit yang dapat tu..hahahaha.. seingat saya, dulu harga ayam kfc yang snake plate ada la dalam RM4.50 kot..huhuhu.. adui..seronoknya zaman kanak-kanak..semua perkara seronok..tak payah fikir perkara lain.. sekarang ni dah dewasa..baju raya pun kena fikir sendiri..nak beri duit raya lagi pada adik-adik..huhu..duit raya tak dapat dah kot.. kalaula boleh kembali ke zaman kanak-kanak kan..huhuhu.. Okla..selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua pembaca dan kenalan..Maaf zahir dan batin..
Subscribe to:
Posts (Atom)