ok, ni nak sambung cerita pasal braces.. tapi belum lagi nak citer pasal pemasangan braces.. topik kali ni lebih kepada kesihatan gusi..
memandangkan ada kawan yang bertanya mengenai gusi jatuh, melurut atau gusi menyusut, so saya nak ceritakan serba sedikit dalam bahasa mudah mengenai apakah maksud gusi jatuh, gusi melurut atau gusi menyusut..
perbezaan antara gusi sihat dan gusi yang tidak sihat atau ada penyakit periodontal |
Punca penyakit ni ialah daripada bakteria didalam plak (selaput gigi yang melekit dan tak berwarna).. kalau kita tak bersihkan dengan menggunakan berus gigi dengan betul, plak akan bertambah (dan akan menjadi keras (membentuk tartar) dan bakteria ni jugak akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi. Kalau semua ni berterusan, gigi akan jadi longgar dan poket gusi atau satu ruang akan terbentuk antara gigi dengan gusi, dan akan membenarkan lebih banyak bakteria terkumpul di kawasan tu.. maka, terjadilah penyurutan gusi.. cewahh, dah gaya doktor gigi aku ni.. muahaha.. :P
orang yang berisiko untuk terkena penyakit gusi ni boleh jadi sesiapa sahaja tak kira peringkat umur, tapi paling kerap ialah orang dewasa.. terutama
- orang yang merokok atau mengunyah tembakau
- orang yang ada penyakit kencing manis
- orang yang mempunyai gigi serong atau tak teratur
- orang yang tampalan giginya telah rosak
- waktu hamil atau penggunaan pil pencegah kehamilan
saya adalah kategori orang yang ketiga tu.. huhuhuhu...
tanda-tanda penyakit gusi ni biasanya
- gusi merah, bengkak dan lembut
- gusi berdarah masa memberus
- gusi menyusut/jatuh/melurut dari gigi
- nafas berbau atau rasa dalam mulut yang tak menyenangkan
- nanah diantara gigi dan gusi
- wujud ruang antara gigi (gigi mulai jarang)
- gigi longgar
peringkat-peringkat penyakit gusi ni pada braces part I saya dah kongsikan gambarnya, cuma kalini gambar ni ada keterangan sikit secara ilmiah.. klik gambar untuk lihat lebih jelas yee.. :)
peringkat-peringkat penyakit periodontal |
Cara-cara rawatan penyakit gusi ni senang sahaja.. ikuti langkah-langkah dibawah ni..
- berus gigi dan flos dengan betul
- gunakan ubat kumur
- jaga kesihatan gigi
- seeloknya berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan sekali atau 2 kali setahun
- jika ada tanda-tanda seperti plak membentuk pada gigi, segeralah berjumpa doktor
- jika keadaan telah teruk, prosedur untuk membersihkan akar gigi boleh dibuat. Akar gigi yang bersih dan rata akan mengelakkan plak daripada melekat pada permukaan.
- jika keadaan menjadi kronik, segeralah berjumpa doktor gigi.
jadi, inilah yang dapat saya kongsikan serba sedikit.. terima kasih kepada en colgate dan juga kementerian kesihatan malaysia atas flyers yang diberikan, sungguh berguna dan bermakna sekali.. :)
oleh itu, jagalah gigi dengan baik, supaya tak segan-segan untuk senyum selalu... muahaha..
p/s mandaiii jee reka motto sendirik.. :P
jumpa lagi nanti untuk braces part III pulak yee.. daaa...
No comments:
Post a Comment