Wednesday, April 20, 2011

Gulai Lemak Kuning Ikan Aya

Minggu lepas tiba-tiba tekak ni rasa nak makan gulai lemak kuning..tapi tekak ni tak boleh nak terima sangat ayam..jadiknyer, encik suami cadangkan lauknya diganti dengan ikan aya..
saya pelik kemudian ketawakan dia..haha..tapi, dia kata cuba dulu..kalau tak cuba mana nak tahu sedap atau tak..huhu..jadik, inilah resipinyer..

Bahan-bahan :

Bawang merah 4 ke 5 ulas } ditumbuk halus

Bawang putih 3 ke 4 ulas } ditumbuk halus

Halia sebesar ibu jari } ditumbuk halus

Cili padi 10 ke 12 biji } ditumbuk halus

Kunyit hidup sebesar ibu jari } ditumbuk halus

Serai 1 ke 2 batang, diketuk / dititik

Asam keping 3 ke 4 keping

Kelapa sebijik - diperah santannya

Ayam / ikan aya (jika ikan aya, rebus dahulu ikan tersebut, jika ayam, tidak perlu direbus)

Ubi kentang (jika lauknya ayam, masukkan ubi kentang sebagai penambah rasa dan sebagai penentu / penunjuk samada ayam sudah empuk / tidak. Jika kentang boleh dipotong, bermakna, ayam sudah masak).

Garam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Masukkan santan yang siap diperah ke dalam periuk.

2. Letakkan periuk di atas api yang sederhana.

3. Kacau sehingga mendidih dan santan pecah lemak. Jangan ditinggalkan.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi dan teruskan kacau kuahnya.

5. Masukkan ayam / ikan aya. Jika ayam, masukkan sekali ubi kentang.

6. Seterusnya masukkan serai dan asam keping. Teruskan kacau.

7. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.

8. Kacau sehingga ayam / ikan telah empuk dan masak secukupnya.

Hidangkan panas-panas bersama nasi. Selamat mencuba.. :)

tak tersangka jugak saya bila ayam digantikan dengan ikan aya, sedap jugak rupanyer..sebelum ni saya masak lauknya ayam..hehe..

bila saya selesai masak, yang paling seronoknya ialah bila tengok encik suami makan bertambah-tambah..hehehe..sejuk hati saya sebab penat lelah saya masak akhirnya berbaloi-baloi.. :D

Friday, April 8, 2011

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga, Kasihnya Bapa Rela Berkorban

Salam.. mesti kita biasa dengar petikan lagu dibawah ni kan "kasihnya ibu..membawa ke syurga..kasihnya bapa rela berkorban.." begitulah pengorbanan ibu bapa terhadap kita.. sedarkah kita bahawa kita merupakan seorang anak yang lahir dari celah kangkang ibu, lalu syurga kita hanyalah terletak di bawak telapak kakinya.. betapa hinanya kita sebagai anak sebagai tanda bahawa perlunya kita, wajibnya kita menghormati, mentaati ibu kita..begitu juga dengan bapa kita.. redha mereka akan seiring dengan redha Allah SWT terhadap kita.. apabila mereka redha, akan mudahlah perjalanan hidup kita..ini kerana kita direstui.. tanpa restunya, nescaya hidup kita tiada keberkatan.. oleh itu, sentiasalah mentaati, menghormati, mendoakan ibu bapa kita agar diberikan kesejahteraan..mintalah ampun pada ibu bapa kita sekiranya kita banyak melakukan kesalahan.. untuk berkata "ah, uh" juga sudah berdosa, apatahlagi sekiranya kita melukakan perasaan mereka..mungkin saja kita tanpa sedar telah mengguris perasaan mereka dengan pelakuan dan kata-kata kita..jadi, apalah salahnya kita sebagai anak mengalah dan memohon ampun dan kemaafan..mohon diampunkan..mohon dihalalkan segalanya.. lagu anak soleh di atas sangat memberi kesan dalam hati saya agar sentiasa mentaati dan menghormati kedua ibu bapa walaupun telah berkahwin.. kerana saya sedar, tanpa restu mereka selama ini, saya tidak akan berdiri disini.. sesungguhnya, pengorbanan mereka langsung tidak ternilaikan..tidak mampu dibalas oleh saya.. sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri..