Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

Salam semua, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua kaum keluarga, saudara mara, rakan sekerja, rakan-rakan serta rakan-rakan virtual yang mengenali saya.




Saya bagi pihak keluarga saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kiranya ada tulisan saya dalam blog ini yang membuatkan ada perasaan yang terguris atau terasa. Sesungguhnya saya manusia biasa. Yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari kekhilafan saya sendiri.

Bagi yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan patuhilah hadlaju kebangsaan yang ditetapkan untuk mengelakkan saman trafik dan saman AES.
Moga selamat sampai ke destinasi yang dituju, dapat bergembira berjumpa keluarga dan sanak saudara
yang sudah lama tidak ketemu. Sehingga bertemu lagi..


Monday, July 15, 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalam.. sampai ketemu lagi kita.. lama sungguh saya menyepi, selain ada simptom 'M' iaitu malas, saya juga sebenarnya ketandusan idea nak mengarang..

Di kesempatan ni, saya serta keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..
Semoga peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini kita gunakan untuk beribadah sebanyak mungkin, semampu mungkin agar beroleh syafaat dan barakah dari-Nya.. Insya-Allah..





Hari ini dah masuk hari ke-6 pun umat Islam sedunia berpuasa, ini bermakna, tinggal kurang 24 hari lagi untuk kita menuju Syawal Yang Mulia.. Namun saya pasti, mesti sudah ramai juga yang telah melakukan persiapan awal serba sedikit..

Apapun, saya serta keluarga, mewakili suami dan anak, ingin memohon ampun dan maaf kepada keluarga, ibu bapa tercinta, adik beradik yang disayangi, sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirindui samada yang dikenali ataupun sekadar virtual, semoga maafkan segala kesalahan dan kekhilafan saya serta keluarga..
Moga Ramadhan kali ini memberikan kita satu pengharapan dan sinar baru buat semua.. Aminn..

Wednesday, May 15, 2013

sambutan harijadi yang tak terjangka

Salam semuanya.. Punyalarr lama tuan rumah buat- pekasam post ni sampai harini barulaa rasa nak update post sambutan harijadi aku yang ke 3-series bulan mac haritu.. Hu3,

Haritu aku tak sangka sangat rupa2nya budak2 praktikal dengan seorang lagi rakan sekerja aku berpakat nak celebrate birthday aku dan juga perpisahan seorang pelajar praktikal..

Diorang ajak aku pergi makan kat pizza, aku jangkakan hanya sesi makan2 biasa2 jer, rupanya ada udang di balik spagetti,haha..

Fazrul,rakan sekerja aku rupanya dah belikan kek untuk aku dan juga untuk pelajar praktikal nazren sempena perpisahan dia minggu tu sebab tamat latihan industri..

Kitorang makan pizza besar-besaran haritu, masa nak bayar, duit aku tiba2 jadi tak laku, seorang pun tak nak ambil duit yang aku hulur,hu3.. Diorang kata besday mak girl takleh bayar,hu3..

Terharu sangat rasa sebab nila first time orang surprisedkan aku pada harijadi, kalau tak, biasa sambut dengan family dan suami, yang tu dah boleh dijangka..

Malamnya pulak, aku bercerita keseronokan tu pada en suami dan en suami pulak bawak aku makan kat restoran merrybrown..

Terima kasih kepada quin, lee, fazrul, husna dan nas yang bersusah payah plan semua ni..

Terima kasih jugak pada en suami kerana sudi meraikan harijadi aku walau dalam kesederhanaan cuma, yang penting bagi aku ialah ingatan..



aku, husna dan nazren.. 

quin, lee, fazrul, aku dan husna.. gmbr ni nas yg snap.. ^_^

Kenangan indah ni akan dikenang selamanya, insya-Allah..

Tuesday, March 19, 2013

sajer-sajer suka-suka bosan-bosan part II

salam..

yeahhh.. finally aku dah dapat blog background yang cantik bagi pandangan mata aku dan masih tak lari dari template blog asal.. so, takderlah kepala aku pening-pening nak edit coding html yang boleh buat aku migrain.. :P

tadaa.. any comments? credits kepada blogger ni yang sikit sebanyak bantu aku.. muehehehe... ;)

ok, ada masa nak tulis entry baru, tungguuuu.... daaaa....

Wednesday, March 13, 2013

sajer-sajer suka-suka bosan-bosan

salam semua..

kebosanan, kekurangan idea.. disebabkan tu aku cuba cuba guna blogskin yang baru..
tapi aku rasa mungkin tak lama kot aku guna ni sebab banyak function tak ada, dan aku bukanlah
pakar IT tegar, puas jugak nak baca coding-coding tersembunyi untuk merealisasikan kehendak aku
dalam mencantikkan blog skin yang aku pilih ni.. sabor jela.. kihkihkih..

oklaa, rasa migrain tetiba.. :P
ada masa mungkin muncul dengan entri baru termasuk skin baru, entah-entah guna template standard je, sonang baitu.. -_-

Sunday, January 6, 2013

hepi new year 2013

salam...

selamat tahun baru kepada semua... terlambat jugak sebab sibuk baca novel daripada nak update blog..

azam tahun baru?

takder pulak azam baru, hanya teruskan azam yang sentiasa ada dalam fikiran dan sanubari ni..

moga satu hari, ia akan tetap kukuh bersemadi.. insya-Allah.. aminn..

nak tau apa azam saya tu? biarlaaa ia menjadi rahsia hati saya sahaja yee.. daa.. ;)