Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

perlu ke kenang kisah lama?

macam lagu kat bawah ni..



aku kongsikan pendapat ni sebab aku rasa benci, meluat atau menyampah dengan seseorang yang tak boleh lupakan kenangan lama walaupun dah berkahwin.. kenapa tak lupakan aje kisah lama tu dan bina hidup baru?

kenapa mesti ingat lagi janji-janji lama yang tak menjanjikan apa-apa kebahagiaan pun?
kalau benar masih mengharap kenapa tak cari semula dari dulu dan dapatkan semula kasih yang hilang tu?
kenapa perlu korek gali semula selepas masing-masing punya kehidupan tersendiri?
masing-masing mengaku bahagia dengan kehidupan masing-masing tapi kenapa
masing-masing perlu berhubung untuk mengenang kembali kisah lama? aku rasa tak perlu semua tu..

bila aku dengar lagu ni, mengingatkan aku pada satu keadaan dimana
ada orang yang masih mengenang kisah cinta lama mereka..
dan orang tu ialah orang yang sudah pun berkahwin..

kalau orang bujang, aku fahamlaa kenapa, dan itu perkara biasa la kan..
bukan mudah nak lupa apa yang pernah terjadi pada diri kita..
tapi, bagi aku, bila kita dah berkahwin, maka wajarlah untuk kita setia pada pasangan
dan berpaling pada kenangan lama.. sebab kenangan lama yang cuba dibangkitkan kembali
mungkin boleh menjadi punca kepada retaknya kerukunan sesebuah rumahtangga..
walaupun tiada jaminan mengatakan ia adalah punca, namun boleh menjadi penyebab..
oleh itu, elakkanlah..

apa yang aku luahkan ni sekadar pendapat peribadi secara umum sahaja..
sekadar untuk berkongsi pendapat.. ^_^

Wednesday, May 2, 2012

jom layan jiwang jap



salam, lagu ni tengah popular masa saya berada dalam darjah 6 kalau tak silap.. masa tu, saya, kakak serta adik selalu mendengar lagu ni dalam radio dan menyanyi ramai-ramai dalam bilik.. huhuhu..

lagu ni kata-katanya sangat membuai perasaan, pendek kata bagi orang yang jatuh cinta memang tangkap leleh laa.. hahaha..

so, jom layan.. share daripada youtube untuk anda semua.. buffering tu biasalah yee.. :)

Friday, March 16, 2012

loghat pahang



Lagu Makwe Koi

Al-kisoh bermula ceriter.
seingat kawan perentan derjoh limer.
hati koi berkenan dekat anok dare.
kek anok tok lebei namanya Nina..

Makwe koi..

Pukui satu abih sekoloh.
Tok lengoh-lengoh teruih balik rumoh.
teruih pegi mandi lepaih ter kene ngaji.
Sura nempuh rumohnyer buoh hati..

Makwe koi..

Nina Nina Nina
Nina Nina Nina
Nina Nina ni makwe koi..

Suka sangat kome beloh petang..
main konda kondi ander yang main tayang..
keknye kawan kecor main pondok-pondok.
Nina jadi mok koi jadi bapok..

Makwe koi..

Jenuh berturut baru nok balek.
Buat tok cakne sebak tengoh ralik.
berderun ke sungei terjun ramei-ramei.
Nina pulok cuok mandi bercedok.

Makwe koi..

Tenengg..tenneengg..tenengggg..

Makwe koi..

Memang banyok kenangan manih..
Cerita Hei kampung tak mboh habih..
berkubang dalam paye kenduri kendara..
koner je koi pegi nina sokmo ander..

Makwe koi..

Ndok tak ndok berpisoh jugek..
Koi cari ilmu nun di bandor sana..
kala luluih tinggi, masuk unibersiti..
Cerohlah masa depan Nina suka hati..

Nina Nina Nina
Nina Nina Nina
Nina Nina ni makwe koi..

Nina di kampung blajo bagei gaya..
Termasuk memasok menjait mereka..
Bekei mase depan..kala jodoh ander..
mintok-mintoknye dan koi pinang nina..

Sakat ini dulu ceriter.
seingat kawan pernoh derjoh limer.
hati koi berkenan dekat anok dare.
kek anok tok lebei namanya Nina..

Makwe koi..

Nina Nina Nina
Nina Nina Nina
Nina Nina ni makwe koi..


Itu adalah senikata lagu loghat pahang daerah Temerloh, Pahang.

sejak duduk di sini, aku pun kadang tu terikut-ikut percakapan dalam loghat pahang..
sampaikan pernah adik beradik aku gelakkan aku..malah, budak-budak praktikal yang buat latihan di pejabat aku jugak menjangkakan aku anak kelahiran Temerloh..huhuhu..

kalau saper-saper tahu maksud senikata lagu tu,moh lee share yee..hehehe..

Wednesday, November 2, 2011

Pesona Zulaikha




indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Friday, February 18, 2011

EVOLUSI - Mei Hua

salam semua.. bila dengar lagu ni malam tadi dalam radio suria.fm, teringat betul lagu ni masa kami adik beradik kecik2 dulu..kalau balik kampung jer, abah akan pasang kaset lagu ni dan kami semua akan nyanyi lagu ni..tapi part korus jerla jerit ramai2 pon.. masa tu abah guna keta toyota corolla..huhuhu.. korusnya macam ni.. "mei hua..mei hua..menangis kau kerana cinta.." huhuhu..kenangan sungguh laa..sekarang ni, susah dah nak jumpa lagu ni..tu pon jarang2 sangat dengar kat radio..bernasib baik sangat jer dapat dengar dalam radio.. aduh...bestnyer kan..huhu..tak taulaa bagi saya lagu ni syahdu dan punya kenangan tersendiri.. takder maksud tersirat, cuma apa yang dituliskan tu jerla pon kenangannya..haha..