Monday, April 30, 2012

harijadiku yang ke....pengelast angka 2.. ^_^

salam semua, lebih kurang sebulan yg lepas, aku menyambut hari ulangtahun kelahiranku yang ke.....????kehkehkeh, malu nak bagitau sebab rasa macam dah tua je, takla tua mana, perasan je tua, tapi hati muda lagi, hehehe..

seperti tahun sudah, kami hanya menyambut ala kadar sahaja, makan di sebuah restoran, dan adegan makan-makan agak berlaku dengan pantas sebab zulaikha dah mula meragam minta disuap makanan, nak suap makanan yang kami makan tu, tak sesuai dengan sistem penghadaman dia pulak, makanya, tahun ni walaupun tempat sambutan agak romantik sebab malap samar-samar gitu kan, tapi tak mengapalah, demi anak, terpaksalah mempercepatkan sambutan tersebut..hilanglah nak romantis-romantisnyer, hehehe..

disebabkan itu jugak, tak ada gambar diambik pon..x sempat..so, jangan request gambar..huhu..


p/s : ada ke org yg request? haha.. ;P

Thursday, April 19, 2012

Sahabat Dunia Akhirat

Sahabat yang baik
Salam.. lebih kurang sebulan yang lepas, satu tragedi yang agak menyedihkan terjadi dalam keluarga aku, melibatkan salah seorang adik beradikku. Perkara tersebut turut mendapat perhatian seorang sahabatnya, yang mereka sama-sama gelarkan sahabat dunia akhirat. Sejujurnya aku mengatakan, walaupun ini bukan pertama kalinya aku mendengar istilah 'sahabat dunia akhirat', tetapi aku sangat yakin, selalunya kata-kata tersebut hanya terlafaz dimulut sahaja. Namun demikian, mungkin ada diluar sana yang tidak aku kenali betul-betul mengotakan apa yang dikata. Apa yang ingin aku gambarkan disini bahawa, persahabatan yang mereka jalinkan sangat tulus ikhlas, benar-benar lahir dari hati dan semuanya hanyalah kerana Allah SWT. Mereka saling mengambil berat sesama mereka walaupun berada jauh, saling mendoakan didalam solat, hatta apabila ke tanah suci, saling mengingatkan apabila mereka hanyut/alpa, saling meredakan apabila mereka sedang sedih, ditimpa musibah, kedukaan atau punya masalah, saling membantu ketika mereka dalam kesusahan serta saling berkongsi kegembiraan apabila mereka berada dalam kesenangan.
Sesungguhnya, aku tidak punya sahabat seperti itu kerana semuanya sudah punya komitmen yang tersendiri, yang tidak memungkinkan lagi untuk kami saling berkongsi apa sahaja. Cumanya, jauh disudut hati aku, aku merasakan betapa bertuahnya jika kita punya sahabat sebegitu. Sebenarnya aku rasa sedikit cemburu dengan adikku itu kerana beliau punya sahabat dunia akhirat, yang pabila aku melihat cara layanan sahabatnya kepadanya akan bisa membuatkan airmataku menitis. Alhamdulillah, sahabat seperti itu sangat jarang kita temui, maka hargailah sahabat jika kita punya sahabat dunia akhirat, insya-Allah perhubungan itu akan dirahmati dan diberkati Allah SWT.