Monday, November 28, 2011

ulangtahun perkahwinan yang pertama

salam..

harini merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama..
sesungguhnya, aku sangat rasa bahagia kerana dikurniakan suami yang menyayangi aku dan menerima
aku seadanya, apatahlagi ulangtahun perkahwinan kami ini diserikan lagi dengan kehadiran cahayamata kami yang pertama, sharifah zulaikha.


bercerita mengenainya, kami tidak lupa untuk menyambut ulangtahun perkahwinan kami ini..
sambutannya ala kadar sahaja di sebuah restoran makanan barat di Temerloh..
suamiku makan lamb chop bersama air cappucino cold dan aku pula makan chicken chop bersama air hot chocolate, kami makan di bahagian meja yang mempunyai sofa yang panjang bagi membolehkan kami membaringkan zulaikha di atas sofa tu, huhuhu..




inilah hidangan yang kami makan, simple aje, sbb ini aje yg termampu..hehehe..

genap ulangtahun pertama ini, maka genaplah umur zulaikha 3 bulan..

sesungguhnya, aku amat menyayangi suami serta anakku.. dan aku berdoa semoga perkahwinan kami ini
berkekalan hingga ke syurga..aminn..

Wednesday, November 2, 2011

Pesona Zulaikha




indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Tuesday, June 21, 2011

Percutian Ke Pulau Tioman

baru sampai di jeti tanjung gemok, rompin..
salam semua..lama jugak rasanya takder entri baru..huhu..idea banyak tapi masa dan suasana nak menulis tu rasa macam tak sesuai..nak menulis ni pun kena ada feel orang kata..haha..

kali ni saya nak menceritakan pengalaman dan rasa keterujaan saya dan suami buat pertama kalinya menjejakkan kali di Pulau Tioman..

percutian ini sebenarrya percutian keluarga, tp bagi kami, inilah percutian kami yang pertama sejak bergelar suami isteri..

Kami naik feri dr jeti Tg. Gemok, Rompin..Subhanallah..sebaik sahaja feri sampai ke Pulau Tioman, destinasi persinggahan pertama feri tersebut ialah di Kg Genting..saya, suami dan keluarga menjerit2 dalam feri tu sebab rasa tak sabar nak jejakkan kaki dan badan dalam air yang sangat jernih dan cantik..kami semua menginap di Salang Indah Resort, Kg Salang yang merupakan destinasi terakhir persinggahan feri menurunkan penumpang..huhu..

Hari pertama :
masa ni baru sampai dari jeti kg salang, nak ke chalet, lalu restoran ni dulu..
Sesampainya kami di jeti, kami terus ke reception counter untuk ambil kunci bilik masing-masing..semuanya tidur di bilik yang boleh memuatkan dua ke tiga orang kecuali adik-adik saya yang belum berkahwin, mereka duduk bertiga..hehe..bilik kami semuanya berdekatan dan bersebelahan sahaja..selepas ambil kunci, kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang telah disediakan..selepas makan, kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk solat dan berehat..selepas setengah jam, kami bersiap dengan memakai pakaian yang sesuai untuk mandi pantai..apa lagi? inilah saat-saat yang dinantikan..kami pergi mengambil peralatan snorkeling di kiosk yang disediakan untuk berlatih..

masing-masing bergambar masa snorkeling.. wuhuuu...
hampir maghrib, barulah kami pulang ke chalet utk mandi dan bersiap untuk makan malam pula..selepas solat maghrib, kami keluar untuk makan malam di Restoran Salang Indah..aktiviti malamnya ialah aktiviti bebas, oleh itu, kami semua mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung dan chalet untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan sekitar di waktu malam..



Hari kedua :

Seawal pagi, kami bangun untuk bersarapan..selepas itu, dalam jam 10pg, kami semua bersiap dengan pakaian yang sesuai dan membawa peralatan snorkeling dan beg galas yang berisi air, makanan ringan, roti ikan dan juga kamera untuk aktiviti snorkeling pada hari ini..teruja sangat, sungguh rasa tak sabar..huhuhu..selepas makanan tghari yang dibungkus diedarkan, sedikit sesi taklimat diadakan..kemudian, sekumpulan rombongan termasuk rombongan kami menaiki bot laju yang disediakan untuk ke destinasi-destinasi marine park yang cantik dan sesuai untuk aktiviti snorkeling..

aku dan en suami, aku masa ni cuma berendam kejap je, sebab tgh pregnant, tak berapa berani nak  jauh-jauh..
destinasi pertama ialah di Pulau Tulai..suamiku, abah, mama dan adik-adik semuanya turun melihat pemandangan di dasar laut..hanya aku sahaja yang duduk diam dan turun sekejap ajer dari bot untuk melihat pemandangan..sebabnya, aku tak berani..haha..yang utamanya ialah keadaan aku yang mengandung tidak berapa mengizinkan aku untuk turun ke dasar laut disebabkan arus dan gelombang laut yang agak kuat di beberapa lokasi..mereka memberi ikan makan dengan roti ikan yang dijual khas untuk ikan makan..huhu..

selepas itu, bot bergerak menuju ke destinasi kedua di Pasir Panjang, disitu, kami berhenti rehat dan makan makanan tengahari yang siap dibungkus..sesampainya kami disitu, suamiku terus berbaring kepenatan..sementara aku dan keluargaku yang lain bermain air di tepi pantai..hampir sejam kemudian, bot bergerak lagi menuju ke destinasi ketiga yang merupakan destinasi terakhir untuk aktiviti snorkeling pada hari itu..destinasi tersebut ialah Batu Malang..disitu memang terdapat pulau batu dan kami dinasihatkan supaya berhati-hati dengan batu-batu yang berada disitu kerana dikhuatiri terluka terkena batu karang yang melekat pada batu..disitu, kami semua meneruskan aktiviti snorkeling.. huhuhu..semua orang sangat teruja dan gembira..

gambar ni snap dari dalam dasar laut, guna kamera waterproofing..
sesudah itu, dalam jam 3 petang, kami dibawa pulang ke jeti Kg Salang untuk berehat dan meneruskan aktiviti sendiri..selesai mandi, solat dan berehat sebentar, kami bersiap-siap utk ke Kg. Tekek..ini kerana kebetulan kami ingin ke destinasi marine park yang lain pula..tempatnya dipanggil Taman Laut dibawah seliaan Jabatan Laut dan Marin Malaysia..untuk kesana, kami terpaksa membayar sewa bot sendiri..disitu, kami membeli sedikit souvenir untuk dibawa pulang, makan aiskrim beramai-ramai dan seterusnya ke Taman laut untuk meneruskan aktiviti snorkeling..huhuhu..rupa-rupanya masing-masing tidak puas lagi snorkeling..huhuhu..hanya aku dan mama sahaja yang tidak meneruskan aktiviti tersebut kerana kepenatan..hampir maghrib, kami semua pulang untuk berehat, dan bersolat..

kenangan atas feri, menuju ke kg tekek..
malamnya, selepas solat dan berehat, kami semua dihidangkan dengan bbq dinner set.. semua ini sudah termasuk didalam pakej yang disediakan..kami makan dengan kenyangnya..haha..seelpas itu, kami berjalan ke kedai-kedai cenderahati untuk membeli beberapa lagi cenderahati untuk dibawa pulang..

melihat-lihat cenderahati yang bakal dibeli..
kemudian, kami ke jeti untuk melihat aktiviti memancing yang dilakukan oleh beberapa orang pelancong..disitu, kami melihat ada seekor ikan jenis barracuda berjaya dipancing oleh pelancong disitu..besar sangat! huhuhu..
disebabkan kepenatan, kami hanya melihat-lihat sebentar sahaja aktiviti yang mereka lakukan..
seterusnya, kami pulang ke chalet utk tidur..sementara itu, abah dan suamiku pula singgah di restoran untuk minum air dan tengok tv siaran langsung mentor akhir di TV3..huhuhuhu..

Hari Ketiga (Hari Terakhir) :
ni la chalet yang kami duduk..
hari ini merupakan hari yang sangat malas untuk bangun dan bersiap-siap..sebabnya, hari ni ialah hari terakhir kami disini, rasa macam tak puas aje lagi..rasa berat sangat hati nak berkemas..tp kami gagahkan jua berkemas bimbang ada apa2 barang penting yang tertinggal..huhuhu..siap berkemas dan bersiap, kami bersarapan pagi..kemudian, kami pergi mengambil pas dan tiket feri untuk pulang..sementara itu, kami berehat sebentar sementara menunggu receptionist memberitahu kami jadual waktu feri untuk berlepas pulang..selepas diberitahu, kami bersiap dan mengambil beberapa lagi keping gambar sebagai kenang-kenangan..kami menuju ke jeti dan terus menaiki feri untuk bertolak pulang ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia..huhu..

percutian ini sangat mengujakan kami..sangat manis untuk dikenang dan Insya-Allah jika berkesempatan dan punya rezeki lagi, kami ingin mengulangi saat-saat indah ini bersama lagi..
apatahlagi, percutian keluarga ini turut merupakan percutian bulan madu kami.. :-)

Wednesday, April 20, 2011

Gulai Lemak Kuning Ikan Aya

Minggu lepas tiba-tiba tekak ni rasa nak makan gulai lemak kuning..tapi tekak ni tak boleh nak terima sangat ayam..jadiknyer, encik suami cadangkan lauknya diganti dengan ikan aya..
saya pelik kemudian ketawakan dia..haha..tapi, dia kata cuba dulu..kalau tak cuba mana nak tahu sedap atau tak..huhu..jadik, inilah resipinyer..

Bahan-bahan :

Bawang merah 4 ke 5 ulas } ditumbuk halus

Bawang putih 3 ke 4 ulas } ditumbuk halus

Halia sebesar ibu jari } ditumbuk halus

Cili padi 10 ke 12 biji } ditumbuk halus

Kunyit hidup sebesar ibu jari } ditumbuk halus

Serai 1 ke 2 batang, diketuk / dititik

Asam keping 3 ke 4 keping

Kelapa sebijik - diperah santannya

Ayam / ikan aya (jika ikan aya, rebus dahulu ikan tersebut, jika ayam, tidak perlu direbus)

Ubi kentang (jika lauknya ayam, masukkan ubi kentang sebagai penambah rasa dan sebagai penentu / penunjuk samada ayam sudah empuk / tidak. Jika kentang boleh dipotong, bermakna, ayam sudah masak).

Garam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Masukkan santan yang siap diperah ke dalam periuk.

2. Letakkan periuk di atas api yang sederhana.

3. Kacau sehingga mendidih dan santan pecah lemak. Jangan ditinggalkan.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi dan teruskan kacau kuahnya.

5. Masukkan ayam / ikan aya. Jika ayam, masukkan sekali ubi kentang.

6. Seterusnya masukkan serai dan asam keping. Teruskan kacau.

7. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.

8. Kacau sehingga ayam / ikan telah empuk dan masak secukupnya.

Hidangkan panas-panas bersama nasi. Selamat mencuba.. :)

tak tersangka jugak saya bila ayam digantikan dengan ikan aya, sedap jugak rupanyer..sebelum ni saya masak lauknya ayam..hehe..

bila saya selesai masak, yang paling seronoknya ialah bila tengok encik suami makan bertambah-tambah..hehehe..sejuk hati saya sebab penat lelah saya masak akhirnya berbaloi-baloi.. :D

Friday, April 8, 2011

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga, Kasihnya Bapa Rela Berkorban

Salam.. mesti kita biasa dengar petikan lagu dibawah ni kan "kasihnya ibu..membawa ke syurga..kasihnya bapa rela berkorban.." begitulah pengorbanan ibu bapa terhadap kita.. sedarkah kita bahawa kita merupakan seorang anak yang lahir dari celah kangkang ibu, lalu syurga kita hanyalah terletak di bawak telapak kakinya.. betapa hinanya kita sebagai anak sebagai tanda bahawa perlunya kita, wajibnya kita menghormati, mentaati ibu kita..begitu juga dengan bapa kita.. redha mereka akan seiring dengan redha Allah SWT terhadap kita.. apabila mereka redha, akan mudahlah perjalanan hidup kita..ini kerana kita direstui.. tanpa restunya, nescaya hidup kita tiada keberkatan.. oleh itu, sentiasalah mentaati, menghormati, mendoakan ibu bapa kita agar diberikan kesejahteraan..mintalah ampun pada ibu bapa kita sekiranya kita banyak melakukan kesalahan.. untuk berkata "ah, uh" juga sudah berdosa, apatahlagi sekiranya kita melukakan perasaan mereka..mungkin saja kita tanpa sedar telah mengguris perasaan mereka dengan pelakuan dan kata-kata kita..jadi, apalah salahnya kita sebagai anak mengalah dan memohon ampun dan kemaafan..mohon diampunkan..mohon dihalalkan segalanya.. lagu anak soleh di atas sangat memberi kesan dalam hati saya agar sentiasa mentaati dan menghormati kedua ibu bapa walaupun telah berkahwin.. kerana saya sedar, tanpa restu mereka selama ini, saya tidak akan berdiri disini.. sesungguhnya, pengorbanan mereka langsung tidak ternilaikan..tidak mampu dibalas oleh saya.. sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri..

Wednesday, March 30, 2011

ulangtahun kelahiran..



salam semua.. dua hari yang lepas ialah hari ulangtahun kelahiran aku.. sambutan ulangtahun kelahiranku ini sangat bermakna dan berbeza dibandingkan dengan tahun-tahun yang sudah kerana, inilah tahun pertama aku menyambutnya dengan seorang insan bergelar suami dalam hidup aku..


ia jatuh pada hari isnin tahun ni menyebabkan aku memikirkan mungkin aku tak dapat menyambutnya bersama-sama suami aku..yerla, aku bekerja, dia juga bekerja..lokasi dia bekerja agak jauh memakan masa setengah jam untuk sampai ke tempat kerja aku andainya dia datang untuk makan tengahari bersamaku.. tapi, aku tak sangka langsung bila tiba2 tengahari tu, suami aku menghantar mesej minta aku balik ke rumah dan ambil dia untuk kami sama-sama makan tengahari..rupa-rupanya dia kerja separuh hari dan dah bersiap pun dari rumah..katanya untuk sambut ulangtahun kelahiranku..sungguh, aku rasa terharu..


aku tak pernah minta dia cuti atau kerja separuh hari..aku juga tak minta dia hadiahkan aku hadiah yang mahal-mahal..cukuplah sekadar dia mengingati hari ulangtahun kelahiranku..itu pun dah cukup bermakna bagi aku..


tengahari tu kami makan di gerai ikan patin "pak usop" yang glamour dengan masakan gulai tempoyak ikan patinnya..kalau orang luar atau tetamu-tetamu kenamaan jabatan-jabatan kerajaan, biasanya dihidangkan dengan masakan ikan patin di gerai pak usop itulaa.. malam pulak, dia belanja aku makan hidangan kfc..


aku tak memilih sangat..cumanya, biasanya kalau aku sambut hari lahir dengan keluarga, kami akan dihidangkan dengan sebuah kek..tapi dengan suamiku ini, tiada walau sepotong kek pun disebabkan dia tidak menggemari kek..jadi, aku ikuti seleranya..jadi, mungkin itu yang membuatkan ia sedikit berbeza dengan tahun-tahun yang sudah namun ia tetap seronok dan bermakna kerana ia disambut dengan suami tercinta..

Wednesday, March 16, 2011

antara aku dan dia





salam semua.. aku menulis ni khas untuk pembaca setia yang tak sabar-sabar tunggu aku update blog ni..haha..kali ni aku nak kongsi cerita aku dan si dia.. pada pertemuan pertama selepas kami mula bercinta, dia selalu mainkan gitar dan nyanyikan aku satu lagu..lagu tu mulanya aku tak tau siapa penyanyi..dan aku rasa macam tak pernah dengar pulak lagunya berkemundang di radio..lagunyer bertajuk "selagi ada rindu" nyanyian pak long yang mencipta lagu cinta pantai merdeka tulaa.. so, jom layan..huhuhu...

http://www.youtube.com/watch?v=E_YqD5G2VjE


aku dengar jer lagu tu, aku tertanya-tanya, adakah dia betul-betul sayang dan cintakan aku?


aku nakkan kepastian..tapi, satu perasaan yang aku tidak rasa bila bersama dengan orang lain ialah, dia benar-benar tulus dan jujur pada aku..kalau dengan orang lain, aku tidak rasa perasaan jujur dan tulus itu ada dalam diri mereka..


mungkin cara dia berkata-kata, cara dia memandang aku bila berbicara, body language dia pada aku seolah-olah menyatakan segalanya..pada aku, dia bukanlah seorang lelaki yang romantik kerana dia langsung tidak pandai berbicara ayat-ayat yang romantis..kata-katanya biasa dan bersahaja tapi cukup bermakna..


mungkin itu yang membuatkan aku bisa jatuh hati padanya..



Friday, February 18, 2011

EVOLUSI - Mei Hua

salam semua.. bila dengar lagu ni malam tadi dalam radio suria.fm, teringat betul lagu ni masa kami adik beradik kecik2 dulu..kalau balik kampung jer, abah akan pasang kaset lagu ni dan kami semua akan nyanyi lagu ni..tapi part korus jerla jerit ramai2 pon.. masa tu abah guna keta toyota corolla..huhuhu.. korusnya macam ni.. "mei hua..mei hua..menangis kau kerana cinta.." huhuhu..kenangan sungguh laa..sekarang ni, susah dah nak jumpa lagu ni..tu pon jarang2 sangat dengar kat radio..bernasib baik sangat jer dapat dengar dalam radio.. aduh...bestnyer kan..huhu..tak taulaa bagi saya lagu ni syahdu dan punya kenangan tersendiri.. takder maksud tersirat, cuma apa yang dituliskan tu jerla pon kenangannya..haha..

Friday, January 21, 2011

sejarah tersendiri..

salam semua.. semua orang pastinya menginginkan majlis pertunangan dan perkahwinan yang terancang agar semuanya manis dalam lipatan kenangan..bagi aku pula, semuanya berlaku sepintas lalu, malah terkadang sehingga ke hari ini juga, aku masih seakan tidak percaya dengan apa yang telah pun aku lalui kini.. majlis pertunanganku berlangsung dalam suasana hari raya yang masih terasa memandangkan majlis tersebut jatuh pada syawal ke-4..betapa berdebarnya aku saat menantikan hari dan detik itu tiba..setiap ramadhan yang berlalu terasakan begitu bermakna sekali dalam hidupku..kerana aku tahu, saat menjelangnya syawal yang mulia, aku akan bergelar tunangan orang..betapa bahagianya aku rasakan bila kekasih hati yang sangat aku cintai bakal datang meminangku untuk disunting menjadi suri hidupnya..aku percaya, perasaan ini bukan aku seorang sahaja yang merasakannya..malah, setiap insan yang bercinta, pasti mengharapkan perhubungan yang jelas dan pasti dalam hidupnya.. dalam aku merasakan diriku serba kekurangan, serba ketidaksempurnaan, sungguh aku merasa bagaikan tidak percaya bahawa akhirnya saat-saat yang selama ini hanya mampu hadir dalam mimpiku, menjadi kenyataan.. ketika aku sudah bergelar tunangan orang, aku merasakan ada harapan pasti dalam hidupku..dan yang pasti, persediaan lain pula bakal dilalui..persediaan rohani, jasmani, mental dan fizikal..bersediakah aku menjadi isteri seseorang? itulah persoalan yang berlegar dalam pemikiranku.. persoalan itu semakin kuat bermain di fikiran apabila kami mengetahui kemungkinan akan berkahwin lebih awal daripada yang dijangkakan..namun, siapa yang mampu mengubah kuasa dan perjalanan yang ditentukan Tuhan? Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu yang berlaku..dan aku yakin dan percaya bahawa tiap yang berlaku itu sebenarnya ada hikmah disebaliknya yang dijanjikan oleh Allah SWT.. Majlis perkahwinanku akhirnya berlangsung dalam keadaan serba sederhana tapi, Alhamdulillah sangat meriah..majlis itu berlangsung lebih kurang seminggu selepas Aidiladha..aku hanya sempat bergelar tunangan orang hanya untuk tempoh hampir dua bulan selepas Aidilfitri pada tahun yang sama..memang diakui, terdapat kekurangan disana sini, namun yang pasti keluarga aku sangat berpuas hati dan bersyukur dengan berlangsungnya majlis ini.. Kini, hampir dua bulan berlalu..semua itu telah pun menjadi sejarah tersendiri bagi yang mengetahui disebalik semua yang terjadi..aku redha dan pasrah..malah, aku bersyukur kerana aku telah merasa hikmahnya berkahwin awal..dan aku mengharapkan perkahwinan ini berkekalan ke akhirnya..yang pasti, aku terasa direstui..moga perhubungan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT hendaknya..Amin Ya Rabbal Alamin..