Wednesday, April 20, 2011

Gulai Lemak Kuning Ikan Aya

Minggu lepas tiba-tiba tekak ni rasa nak makan gulai lemak kuning..tapi tekak ni tak boleh nak terima sangat ayam..jadiknyer, encik suami cadangkan lauknya diganti dengan ikan aya..
saya pelik kemudian ketawakan dia..haha..tapi, dia kata cuba dulu..kalau tak cuba mana nak tahu sedap atau tak..huhu..jadik, inilah resipinyer..

Bahan-bahan :

Bawang merah 4 ke 5 ulas } ditumbuk halus

Bawang putih 3 ke 4 ulas } ditumbuk halus

Halia sebesar ibu jari } ditumbuk halus

Cili padi 10 ke 12 biji } ditumbuk halus

Kunyit hidup sebesar ibu jari } ditumbuk halus

Serai 1 ke 2 batang, diketuk / dititik

Asam keping 3 ke 4 keping

Kelapa sebijik - diperah santannya

Ayam / ikan aya (jika ikan aya, rebus dahulu ikan tersebut, jika ayam, tidak perlu direbus)

Ubi kentang (jika lauknya ayam, masukkan ubi kentang sebagai penambah rasa dan sebagai penentu / penunjuk samada ayam sudah empuk / tidak. Jika kentang boleh dipotong, bermakna, ayam sudah masak).

Garam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Masukkan santan yang siap diperah ke dalam periuk.

2. Letakkan periuk di atas api yang sederhana.

3. Kacau sehingga mendidih dan santan pecah lemak. Jangan ditinggalkan.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi dan teruskan kacau kuahnya.

5. Masukkan ayam / ikan aya. Jika ayam, masukkan sekali ubi kentang.

6. Seterusnya masukkan serai dan asam keping. Teruskan kacau.

7. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.

8. Kacau sehingga ayam / ikan telah empuk dan masak secukupnya.

Hidangkan panas-panas bersama nasi. Selamat mencuba.. :)

tak tersangka jugak saya bila ayam digantikan dengan ikan aya, sedap jugak rupanyer..sebelum ni saya masak lauknya ayam..hehe..

bila saya selesai masak, yang paling seronoknya ialah bila tengok encik suami makan bertambah-tambah..hehehe..sejuk hati saya sebab penat lelah saya masak akhirnya berbaloi-baloi.. :D

5 comments:

  1. wahh da ada resepi kat blog ni..nanti bolehla aku cuba..hoho..
    tapi kan, ngape gambor nye gulai tu takde kaler kuning? nampak kaler putih je..tu gambar lepas masak ke belum masak?huhu..

    ReplyDelete
  2. gambar tu gambar lepas masak laa..tapi, sebab flash kamera dengan lampu atas dicampur dengan lapik meja kaca, tu yang jadik putih..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. baru nak tanya nape gulai ikan hanie kaler putih..nasib baik dah ada org tolong jawabkan, hehehe....wah,pandai ko masak ye hanie...

    Aku kalau mask gulai memang OUT..Nanti bolehlah aku try resepi ko nie hanie ye...

    ReplyDelete
  4. ikan aya tu ikan ape?? xpernah dgr punn...

    ReplyDelete
  5. ikan aya tu ikan tongkol yang..tau x ikan tu? :D

    ReplyDelete