Tuesday, December 4, 2012

masak-masak : nasi hujan panas

salam semua..

dah lama betul terperuk resipi yang saya nak kongsikan dengan kawan-kawan ni.. hehehe..

beberapa minggu selepas saya buat open house dulu, saya ada meminta resipi nak buat nasi hujan panas ni dengan adik saya.. sikit-sikit adik, sikit-sikit adik.. hehehe.. kalau korang semua nak tau, sumber masak-masak saya ialah tiga orang dalam hidup saya. Pertama, of course laa mama saya, keduanya adik saya dan ketiga barulah kakak saya. Dengan mama atau kakak saya, saya hanya merujuk dengan mereka resipi yang biasa-biasa sahaja, tapi kalau dengan adik saya, saya akan rujuk dengan beliau resipi yang luar biasa, hehehe.. takderla luar biasa mana pun, cuma jarang-jarang dicuba / dimasak sebab adik saya ni suka mencuba masakan, malah macam-macam dah dia masak yang mana, semua keluarga kami suka makan dan puji masakan beliau.. huhu..

ok-ok.. dah melalut ke cerita lain pulak, hehehe..
jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara-cara nak masak nasi hujan panas ni..

Bahan-bahan :

untuk nasi :


beras basmati 2 cawan*
air 3 cawan*
1 kiub ayam
sehelai daun pandan
pewarna hijau, merah dan kuning.

* sukatan cawan yang saya gunakan ialah sukatan bekas dadih

untuk tumis : 


sedikit halia

2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
1 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga)


untuk hiasan :

kismis, bawang goreng dan kacang gajus


 
cara-cara :

1. Cuci beras, rendam 10 minit dan toskan
2. Hiris nipis bawang putih, halia dan bawang besar
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali dan tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang-bawang, halia dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air, kiub dan daun pandan. Setelah sebati, tutup api.
5. Masukkan beras yang telah direndam tadi dalam rice cooker dan tuang bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk. Masukkan air yang selebihnya dan masak sehingga nasi masak.
6. Apabila nasi telah kering. buat tiga lubang dengan menggunakan sudu besar. Letak satu pewarna berlainan untuk setiap satu lubang. Tiap satu pewarna, gunakan sudu kecil sahaja.
7. Tutup kembali periuk. Selepas 5 minit, gemburkan nasi tadi dan sebatikan warna nasi tersebut.
8. Hiaskan nasi dengan bawang goreng, gajus dan kismis.
9. Hidangkan.



Bahan-bahan lauk ayam masak merah :

Setengah ekor ayam dipotong sederhana, dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng.

  Bahan-bahan kisar :

2 sudu besar cili kering
sedikit halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato dipotong bulat
1/2 cawan sos tomato
Gula dan garam secukupnya


Bahan-bahan hiasan :

1/2 biji bawang besar
sedikit kacang peas


Cara-cara :

1. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato hingga baik bau.
2. Masukkan sos tomato, buah tomato dan sebatikan. Tumis hingga naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan hingga kuah menjadi pekat, gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan-bahan hiasan, sebatikan. Tutup api. Hidangkan.

Bahan-bahan kari dalca :


25g rempah dalca
1 biji santan kelapa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit asam jawa
100g kacang dal (direbus sehingga masak / empuk / lembut terlebih dahulu)
200g daging / ayam (dipotong kecil-kecil)
10 batang kacang panjang (dipotong kecil-kecil dan pendek)
2-3 biji ubi kentang (dipotong suka hati)
2-3 batang lobak (dipotong panjang dan petak)
2-3 biji terung (dipotong kecil)

Bahan-bahan penumis :

bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk / dikisar / dimayang)

sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
sedikit minyak masak

Cara-cara : 

1. Perahkan air asam jawa dan masukkan rempah dalca, gaul sebati, ketepikan.

2. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis bahan penumis sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah dalca dan biarkan garing seketika.
4. Masukkan santan, kacang dal dan daging. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan sayur-sayuran tadi sehingga masak.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Sedia dihidangkan.

hmm... banyaknya bahan-bahan yang perlu dimasak yer.. ada nasi, ayam masak merah dan kari dalca..
so inilah hasilnyer..

lama dah buatnya, tapi baru sekarang nak post share resipi, hihik..


so, kepada kawan-kawan yang nak mencuba masakan ni, bolehla mencubanya di rumah, lebih-lebih lagi
musim-musim cuti sekolah ni, bolehlah dimasak dan dihidangkan kepada suami, anak-anak dan keluarga..

selamat mencuba ye! ^_^

4 comments:

  1. boleh lah aku try nanti masa cuti hujung minggu..............

    ReplyDelete
  2. nampak sedap gak tu, pasni leh la masak untuk makan ramai2 lak.hehehe...

    ReplyDelete
  3. insya-Allah, huhu.. msa aku buat ni, farah ada dtg rumah, dia yg rasa, tak taulaa apa komen dia, huhuhu...

    ReplyDelete