macam lagu kat bawah ni..
aku kongsikan pendapat ni sebab aku rasa benci, meluat atau menyampah dengan seseorang yang tak boleh lupakan kenangan lama walaupun dah berkahwin.. kenapa tak lupakan aje kisah lama tu dan bina hidup baru?
kenapa mesti ingat lagi janji-janji lama yang tak menjanjikan apa-apa kebahagiaan pun?
kalau benar masih mengharap kenapa tak cari semula dari dulu dan dapatkan semula kasih yang hilang tu?
kenapa perlu korek gali semula selepas masing-masing punya kehidupan tersendiri?
masing-masing mengaku bahagia dengan kehidupan masing-masing tapi kenapa
masing-masing perlu berhubung untuk mengenang kembali kisah lama? aku rasa tak perlu semua tu..
bila aku dengar lagu ni, mengingatkan aku pada satu keadaan dimana
ada orang yang masih mengenang kisah cinta lama mereka..
dan orang tu ialah orang yang sudah pun berkahwin..
kalau orang bujang, aku fahamlaa kenapa, dan itu perkara biasa la kan..
bukan mudah nak lupa apa yang pernah terjadi pada diri kita..
tapi, bagi aku, bila kita dah berkahwin, maka wajarlah untuk kita setia pada pasangan
dan berpaling pada kenangan lama.. sebab kenangan lama yang cuba dibangkitkan kembali
mungkin boleh menjadi punca kepada retaknya kerukunan sesebuah rumahtangga..
walaupun tiada jaminan mengatakan ia adalah punca, namun boleh menjadi penyebab..
oleh itu, elakkanlah..
apa yang aku luahkan ni sekadar pendapat peribadi secara umum sahaja..
sekadar untuk berkongsi pendapat.. ^_^
u rite, dear...
ReplyDeletetq anie sebab setuju dengan pendapat saya.. :)
Deletebest plak layan lagu slam tu..hehe..kalo layan lagu jiwang lama2 takpe kan? huhu...
ReplyDeletepndpt saya, suami/isteri yg masih ingin/kekal berhubung dengan bekas kekasih/buah hati dolu2 tu sebenarnya tidak bahagia dengan hidupnye sndiri. sebagai wanita dan isteri, sekiranya hidup kite sudah bahagia bersama suami dan keluarga tersayang, tidak ada alasan utk kite bertanya khabar "kekasih lama" yg sudah tidak memberi sebarang makna lg dlm kehidupan kita skrg. hanya manusia yang tidak bahagia dgn hidupnya sendiri sahaja yg ingin bertanya khabar atau menjadi "stalker tidak bertauliah" dlm kehidupan bekas kekasihnya yg mungkin telah pun bergelar suami org atau bapak org...
just my two cents...hehe...
yer..setuju dengan pendapat awk tu..kalau dia dah bahagia dengan life dia skrg, dia pun xkan ada masa lg utk stalk aktiviti terkini bekas kekasih dia..drpd dok google bekas kekasih,lebih baik google resipi untuk masak amik hati suami atau google tempat2 menarik utk bercuti bersama suami tercinta, huhuhu..boleh jgk menambahkan lagi rasa kasih sayang yang ada tu..kann..
Delete