Friday, April 8, 2011

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga, Kasihnya Bapa Rela Berkorban

Salam.. mesti kita biasa dengar petikan lagu dibawah ni kan "kasihnya ibu..membawa ke syurga..kasihnya bapa rela berkorban.." begitulah pengorbanan ibu bapa terhadap kita.. sedarkah kita bahawa kita merupakan seorang anak yang lahir dari celah kangkang ibu, lalu syurga kita hanyalah terletak di bawak telapak kakinya.. betapa hinanya kita sebagai anak sebagai tanda bahawa perlunya kita, wajibnya kita menghormati, mentaati ibu kita..begitu juga dengan bapa kita.. redha mereka akan seiring dengan redha Allah SWT terhadap kita.. apabila mereka redha, akan mudahlah perjalanan hidup kita..ini kerana kita direstui.. tanpa restunya, nescaya hidup kita tiada keberkatan.. oleh itu, sentiasalah mentaati, menghormati, mendoakan ibu bapa kita agar diberikan kesejahteraan..mintalah ampun pada ibu bapa kita sekiranya kita banyak melakukan kesalahan.. untuk berkata "ah, uh" juga sudah berdosa, apatahlagi sekiranya kita melukakan perasaan mereka..mungkin saja kita tanpa sedar telah mengguris perasaan mereka dengan pelakuan dan kata-kata kita..jadi, apalah salahnya kita sebagai anak mengalah dan memohon ampun dan kemaafan..mohon diampunkan..mohon dihalalkan segalanya.. lagu anak soleh di atas sangat memberi kesan dalam hati saya agar sentiasa mentaati dan menghormati kedua ibu bapa walaupun telah berkahwin.. kerana saya sedar, tanpa restu mereka selama ini, saya tidak akan berdiri disini.. sesungguhnya, pengorbanan mereka langsung tidak ternilaikan..tidak mampu dibalas oleh saya.. sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri..

2 comments:

  1. bagus artikel ni dan lagu yang dendangannya pernah didengari waktu kecil dulu..kita mmg perlu sentiasa diingatkan agar sentiasa berada dlm rahmat dan redha Allah..

    ramai anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua ibubapa. kebanyakan orang sekarang mmg tidak sedar atau menafikan bahawa mereka anak derhaka.

    mereka kurang sedar bahawa doa dan kata2 ibu itulah penentu bahagia dan celaka hidupnya kelak..

    sudahlah jarang memberi wang belanja kepada ibubapa, jarang pula balik bertemu ibu bapa malah yang lebih teruk memberi seribu alasan dek kerana sibuk bekerja, sudah mempunyai keluarga sendiri, tidak cukup wang dan macam-macam lagi yang hanyalah sekadar melepaskan diri sahaja.

    Inilah contoh tanggang moden yang derhaka kepada ibu bapa..
    Mudah2an kita tergolong dalam orang2 yang sentiasa berpesan2 dengan kebenaran..amin..

    ReplyDelete
  2. anda di tag

    http://mama-hanaisa.blogspot.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by.html

    ReplyDelete