Friday, January 21, 2011
sejarah tersendiri..
salam semua.. semua orang pastinya menginginkan majlis pertunangan dan perkahwinan yang terancang agar semuanya manis dalam lipatan kenangan..bagi aku pula, semuanya berlaku sepintas lalu, malah terkadang sehingga ke hari ini juga, aku masih seakan tidak percaya dengan apa yang telah pun aku lalui kini.. majlis pertunanganku berlangsung dalam suasana hari raya yang masih terasa memandangkan majlis tersebut jatuh pada syawal ke-4..betapa berdebarnya aku saat menantikan hari dan detik itu tiba..setiap ramadhan yang berlalu terasakan begitu bermakna sekali dalam hidupku..kerana aku tahu, saat menjelangnya syawal yang mulia, aku akan bergelar tunangan orang..betapa bahagianya aku rasakan bila kekasih hati yang sangat aku cintai bakal datang meminangku untuk disunting menjadi suri hidupnya..aku percaya, perasaan ini bukan aku seorang sahaja yang merasakannya..malah, setiap insan yang bercinta, pasti mengharapkan perhubungan yang jelas dan pasti dalam hidupnya.. dalam aku merasakan diriku serba kekurangan, serba ketidaksempurnaan, sungguh aku merasa bagaikan tidak percaya bahawa akhirnya saat-saat yang selama ini hanya mampu hadir dalam mimpiku, menjadi kenyataan.. ketika aku sudah bergelar tunangan orang, aku merasakan ada harapan pasti dalam hidupku..dan yang pasti, persediaan lain pula bakal dilalui..persediaan rohani, jasmani, mental dan fizikal..bersediakah aku menjadi isteri seseorang? itulah persoalan yang berlegar dalam pemikiranku.. persoalan itu semakin kuat bermain di fikiran apabila kami mengetahui kemungkinan akan berkahwin lebih awal daripada yang dijangkakan..namun, siapa yang mampu mengubah kuasa dan perjalanan yang ditentukan Tuhan? Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu yang berlaku..dan aku yakin dan percaya bahawa tiap yang berlaku itu sebenarnya ada hikmah disebaliknya yang dijanjikan oleh Allah SWT.. Majlis perkahwinanku akhirnya berlangsung dalam keadaan serba sederhana tapi, Alhamdulillah sangat meriah..majlis itu berlangsung lebih kurang seminggu selepas Aidiladha..aku hanya sempat bergelar tunangan orang hanya untuk tempoh hampir dua bulan selepas Aidilfitri pada tahun yang sama..memang diakui, terdapat kekurangan disana sini, namun yang pasti keluarga aku sangat berpuas hati dan bersyukur dengan berlangsungnya majlis ini.. Kini, hampir dua bulan berlalu..semua itu telah pun menjadi sejarah tersendiri bagi yang mengetahui disebalik semua yang terjadi..aku redha dan pasrah..malah, aku bersyukur kerana aku telah merasa hikmahnya berkahwin awal..dan aku mengharapkan perkahwinan ini berkekalan ke akhirnya..yang pasti, aku terasa direstui..moga perhubungan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT hendaknya..Amin Ya Rabbal Alamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
baru hari nie ada entry baru dari Pn Hani.....Apa2x pun, liana doa kan hani & hubby bahagia sehingga ke akhir hayat...Aminn
ReplyDeletethanks ina..harap2 berkekalan ke akhir hayat..insya-Allah lebih2 lagi bakal kehadiran org ketiga nanti..Aminn.. :)
ReplyDeletealhamdulillah..mudah-mudahan perkahwinan yang dibina atas keikhlasan dan redha Allah swt bahagia berkekalan. Moga cinta dan kasih sayang kalian kekal selamanya..
ReplyDelete