Sunday, October 28, 2012

restoran cekik darah di Aidiladha

Salam semua..

Pastinya di Aidiladha, antara kita akan ada kenangan samada manis, pahit, lucu malah tak ketinggalan barangkali kesedihan pula yang muncul di saat kita semua meraikan Hari Kebesaran dalam bulan Islam, iaitu Hari Raya Aidiladha.

Bagi aku sekeluarga, kami meraikan Aidiladha dengan penuh kesederhanaan kerana kali ini aku beraya di rumah mertua. Keluarga mertua tidak mengambil bahagian untuk korban / akikah, dan tidak juga ke Tanah suci, disebabkan itu mereka hanya menyambut perayaan ini dengan bersederhana.

Hari raya pertama, aku bersama suami dan anakku berserta keluarga mertua berpeluang ke Air Kuning, Kampar, Perak kerana mengunjungi adik iparku iaitu adik kelima suamiku disebabkan bapa mertuaku yang mula merindui cucunya yang telah berpindah ke Perak.

Kami kesana sehari sahaja dan pada malamnya, terus bergerak pulang ke Pahang. Kami sampai di Temerloh pada jam 2pagi, memandangkan suamiku telah kepenatan untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan untuk beraya ke rumah keluargaku pula. Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah terlebih dahulu untuk tidur dan berehat dan memutuskan untuk pulang ke Kuantan pada pagi esoknya.

Pagi sabtu, jam 9pagi, kami bergerak ke Kuantan dan kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi di rumah keluargaku. Mama memasak nasi tomato dimakan bersama kari daging, ayam masak tomato, acar dan juga keropok popodom.

Malamnya, kami semua telah merancang untuk menyambut hari lahir adik bongsuku yang sepatutnya ialah pada 20 Oktober tetapi memandangkan adik bongsuku itu bersekolah jauh di Terengganu, kami semua bersepakat untuk menyambut pada minggu raya haji kali ini.

Kami semua menyambutnya di Restoran Awana Seafood yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, yang merupakan antara destinasi menarik / port makan-makan malam seafood yang banyak terdapat di Kuantan.

Adik bongsu yang hepi potong kek blackforest secret recipe

Selesai makan, aku ingin membayarnya. Aku yang bayar kerana aku telah berjanji untuk belanja ahli keluargaku sempena aku mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang terdahulu.

Apabila aku selesai membayarnya, kami semua berkumpul di luar dan terperanjat dengan harga yang dikenakan!!

Dengan hidangan yang sederhana, aku terpaksa bayar dengan harga yang pada perkiraan aku memang sangat tak patut!!!

Menu :

Nasi Putih x 3 bekas RM 12.00
Ayam Goreng Kunyit untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Sotong Goreng Tepung untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 30.00
Kailan Ikan Masin untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Kerabu Bilis (aka lebih kepada bilis goreng bawang) untuk 3 orang makan x 2 hidang RM27.00
Tom Yam campur untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Air Fresh Orange 1 jag RM 34.00
Milo Ais RM 1.80
Teh O Ais RM 1.30
Air Suam RM 0.10
Air Batu Kosong 1 jag RM 2.50

JUMLAH RM 189.00

YANG AKU BOLDKAN TU LAA HARGA MAKANAN CEKIK DARAH!!!

ingatlaa nama restoran ni... jangan pergi..!!!!


ni laa nama kedai yang cekik darah tu!!!


masa aku nak bayar tu, sebenarnya ada seorang customer cina dah bertekak dengan tauke kedai tu, aku tak amik peduli sebab aku ingatkan dia marah-marah sebab hidangan sampai lambat, pada aku normal laa musim raya gini, ramai orang..

rupanya, adik aku kata dia marah-marah sebab dia persoalkan pasal harga makanan..

terus terang aku cakap, kami semua menyesal memilih restoran tersebut.. pada hemat aku dan keluarga aku,
tauke tersebut sengaja menekan harga makanan untuk mengambil kesempatan. Ini kerana pada musim perayaan, banyak kedai lain yang tutup dan hanya tertumpu kepada kedai-kedai tertentu yang kebetulan buka pada hari raya termasukla kedai dia.

aku masih ingat lagi, pada hari raya Aidilfitri yang lalu, adikku telah terkena situasi yang sama di sebuah kedai makan di Bandar Permaisuri, Terengganu. Untuk kiraan pertama, semuanya berjumlah RM 90.00, menu nasi putih, lauk campur-campur dan hampir kesemua kami minum air kosong sahaja kerana kepanasan dan haus. Disebabkan tidak berpuas hati, adikku menyuruh tauke kedai mengira untuk kali kedua, harga tersebut dah jadi RM 98.00 pula.. Sudahla tiada tanda harga makanan diletakkan, bila suruh kira kali kedua, lain pula jadi harganya...!!! Akhirnya, kami semua bersepakat untuk membayar harga yang kali pertama dikira.

Cerita ini adalah kisah benar yang aku kongsikan untuk pengajaran dan peringatan kepada orang lain yang ingin berkunjung ke Tanjung Lumpur, Kuantan, supaya berhati-hati dengan restoran yang aku letakkan gambar papan tanda nama restorannya kat atas tu.