Tuesday, July 10, 2012

selamat hari lahir suamiku...

hari ni merupakan hari lahir suamiku yang ke tettttttt... biarlah rahsia, hehehehe..
en suamiku tak bekerja hari ni disebabkan keadaan kesihatan beliau yang tak mengizinkan, disebabkan tu, en suami menjemput aku dari pejabat tengahari tadi sebaik waktu rehat untuk menemani beliau makan, tak sangka rupanya en suami dah siapkan nasik goreng untuk kami.. huhuhu..

malam pulak, ingat nak sambut di mana-mana tapi en suami request aku masak masakan kegemaran dia, gulai ayam masak lemak kuning ;P

suka betul hati aku bila tgk en suami gembira dan puas menikmati masakan aku, khas di hari jadinya, katanya berlainan sikit, tak semestinya sambut kat restoran ajer.. so, haruslah aku sebagai isteri akur kan.. huhuhu..



tentang hadiah, aku sebenarnya masih berfikir nak berikan apa.. jadi, aku postpone dulu hadiahnya.. sebenarnya aku dah tau nak beri apa pada beliau, samada wallet ataupun tali pinggang atau mungkin jugak kombinasi keduanya yang ada dijual dengan set.. tapi aku masih belum buat keputusan, huhuhu..

sebab apa, kesian aku tengok wallet en suami aku tu dah buruk dek setianya beliau pakai wallet tu sejak dari sehari selepas kami sah bergelar suami isteri, dah hampir 2 tahun pun.. huhuhu.. ^_^
tali pinggangnya tu pulak masih elok, tapi sebab aku rasa lagi berbaloi kalau beli barangan yang satu set, lebih jimat dan mungkin tak rugi kalau beli..

tengoklah nanti macamana, harap en suami suka nanti dengan kejutan yang agak lambat tu nanti.. ^_^

apa yang aku harapkan ialah semoga umur suamiku dipanjangkan Allah SWT, dipermudahkan segala urusannya dan dimurahkan rezekinya.. aminn.. semoga perhubungan kami berkekalan dengan limpah rahmat dari-Nya.. insya-Allah.. :)

6 comments:

  1. selamat hari jadi buat suami pn. hanie...rasanya baik beli yang set punya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm.. yer kalau beli yg set punyer lebih jimat n biasanya hrganya pon lebih berpatutan..btw, selamat harijadi juga utk insyirah yg lahirnya sehari selepas harijadi suamiku.. :D

      Delete
  2. happy birthday buat suamimu juga suamiku yg menyambutnya pd awal bulan aritu. huhu. nanti bolehla potong kek bersama2 dengan insyirah dan farah. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm..a'ah, bolehlah diorg bertiga berkongsi potong kek..huhuhuhu..

      Delete
    2. bukan bertiga la, tapi berempat! huhuhu

      Delete
    3. yer, lupa pulak berempat, he3..

      Delete