Tuesday, April 22, 2014

braces ~part III ~ pembedahan alveolar bone grafting (ABG)

assalam semua..

ni saya nak kongsikan kisah saya dibedah untuk ambil tulang pada pangkal peha dan diletakkan di lelangit belah kanan saya yang berlubang.. atau bahasa perubatannya alveolar bone grafting (ABG)..

23 mac yang lepas, saya dikehendaki mendaftar masuk ke wad kenanga 10 di hospital sultan haji ahmad shah, temerloh, pahang.. masa tu, anak saya menangis nak ikut saya, tapi mujurla walidnya iaitu en suami saya berjaya pujuk anak saya untuk main di taman permainan.. petang tu, en suami saya datang menjenguk saya.. tujuan saya masuk wad tu sebab pada 24 mac saya dijangka akan dibedah..




malam tu, saya dikehendaki untuk berpuasa bermula 12 tengahmalam.. pagi 24 mac, selesai solat subuh, saya mandi dan bersiap dengan seragam khas untuk pembedahan.. sebelum katil saya disorong, saya diberi makan pil tidur.. lebih urang jam 8pagi, beberapa orang nurse datang dan mula menolak katil saya ke aras 4, ke dewan pembedahan..

seingat saya, saya dibawa masuk, dan ditukarkan katil.. kemudian, saya disuakan dengan topeng oksigen, dalam 2-3 kali saya sedut, saya terus tak sedar apa yang berlaku..

sehinggalah pada petangnya, saya tersedar dan bertanya pada nurse, tapi saya tak boleh bercakap disebabkan ada tiub oksigen didalam mulut saya.. saya menyapa nurse lalu meminta untuk menulis soalan saya kepadanya.. saya tanyakan pada nurse, saya sudah siap operarion ke? nurse tersenyum dan menjawab, sudah.. tak lama kemudian, saya tidak sedarkan diri.. dalam beberapa minit atau mungkin jugak jam, saya menyedari mama abah serta suami saya ada disitu.. rupanya saya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU)..

adik serta suaminya juga turut melawat, katanya kakak saya serta dua orang adik akan datang melawat juga selepasnya, tapi apa yang saya ingat, saya tidak lagi sedarkan diri selepas itu.. sehinggalah mungkin pada malam, saya menyedari seorang nurse meletakkan ais di pipi kanan saya kerana pipi dan bibir kanan saya membengkak, saya rasa sejuk dan nyaman kemudian saya tidak lagi sedarkan diri..

paginya, saya dapat rasa nurse mengelap seluruh badan saya sambil membalik-balikkan tubuh saya.. kemudian, saya tertidur kembali, sehinggalah doktor pakar datang melawat saya dan memberitahu bahawa saya dibedah selama 7 jam semalam, dan lidah saya membengkak, sebab tu saya ditempatkan di ICU..

tengahari, en suami, mama abah serta semua adik beradik bergilir melawat saya.. kali ini, saya tidak lagi kerap tertidur.. selepas mereka pulang, saya dibenarkan untuk keluar dari ICU dan ditempatkan di wad biasa, saya kembali ke wad kenanga 10.. sebelum itu, doktor mengeluarkan tiub oksigen dari mulut saya.. namun, saya masih bergantung kepada oksigen di hidung untuk bernafas dan tiub di hidung untuk makan.. saya juga dipakaikan tiub kencing.. tapi apabila di wad biasa, tiub kencing saya ditanggalkan..

petang itu, mama abah serta en suami melawat saya.. yang lain telah pun pulang ke rumah masing-masing atas tuntutan kerja.. saya memahaminya.. selepas mama abah pulang, en suami saya memandikan saya dan menyiapkan saya.. sungguh terharu..

selama sehingga 28 mac, saya disitu.. selama itu en suami setia melawat saya.. syukurlah saya tidak lama di wad.. kalau ikutkan, doktor nak tempatkan saya sehingga 2 minggu.. terasa bosannya, huhuhu..

cuti sakit saya disambung lagi, dan sehingga kini, saya masih ke hospital untuk rawatan susulan..
kini, saya telah pun mula bertugas..

apa yang saya lalui, benar-benar jadikan ia satu kenangan dan pengalaman yang sukar dilupakan..
di kesempatan ni juga, saya nak mengucapkan terima kasih kepada doktor yang merawat saya..
Doktor Khairulzaman dan Doktor Nazer (yang buat operation), Dr Chin, Dr Letchumy, Dr. Siti Fatimah, Dr. Farah Nur, Dr Hazerah dan semua staf nurse dan DSA yang bertugas di Jabatan Bedah Mulut, HOSHAS atas rawatan dan layanan yang baik diberikan.. saya sangat-sangat menghargainya..

ok.. sehingga bertemu lagi untuk sambung semula kisah pemakaian braces.. daaaa....

4 comments:

  1. Replies
    1. tak sakit daa, jahitan kat pangkal peha pun dah dicabut sepenuhnya 2 hari lepas.. :)

      Delete
  2. alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. semoga cpt sembuh! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, huhu.. aminn.. terima kasih.. :)

      Delete