Tuesday, July 3, 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Pagi selasa 10 April 2012, bila aku masuk ke pejabat, aku diberitahu oleh bos aku yang aku antara kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2011, dan Ketua Pembantu Tadbir (CC) memerlukan beberapa dokumen dan juga gambar untuk dihantar kepada Kementerian.

Bila bos aku bagitau macamtu, aku betul-betul rasa terkejut dan rasa gembira. Dalam masa yang sama aku juga rasa tak percaya dengan berita gembira yang baru aku terima tadi. Lebih manis lagi, aku berkongsi kegembiraan itu dengan bos aku yang turut menerima anugerah tersebut, dan beliau telah kali ke-3 menerima anugerah ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Untuk mengesahkannya, aku interkom CC dan CC mengucapkan tahniah kepadaku. Beliau meminta aku menghantar dokumen dan gambar yang diperlukan secepat mungkin kerana dia ingin mengirim dokumen tersebut kepada Pemandu yang kebetulan akan ke Kementerian pada hari Khamis.

Petang balik dari kerja, aku menceritakan berita gembira itu kepada suamiku dan esoknya aku menyerahkan kepada CC keperluan yang diminta. Sehingga itu, aku hanya perlu menunggu surat rasmi untuk hari anugerah tersebut diadakan.

Pada hari terakhir aku di Sarawak, aku mendapat panggilan dari pejabatku. Rupanya Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) untuk Kakitangan Persekutuan menelefon aku untuk mendapatkan pengesahan samada aku ingin hadir atau tidak ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tersebut.

Aku sudah pasti ingin hadir. Siapa yang tidak mahu hadir meraikan hari yang bersejarah, paling bermakna dan paling berharga bagi kakitangan yang berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan ini. Sepanjang hampir 5 tahun aku berkhidmat, terus terang aku katakan, aku merasakan masih banyak perkara yang masih perlu aku belajar dan itulah antara sebab utama kenapa aku merasakan tidak percaya aku dianugerahkan dengan anugerah ini. Aku merasakan masih belum layak untuk terima anugerah ini. Namun siapa menduga, rezeki yang Allah SWT berikan ini merupakan hikmah terbesar yang sangat-sangat aku syukuri.

Seminggu selepas aku balik dari Sarawak, aku serta bos aku sama-sama bersiap sedia untuk pergi ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis tersebut. Pagi Isnin, aku, bos aku serta 3 orang kakitangan bahagian lain yang turut sama menerima anugerah ini berpakat untuk menghadiri majlis tersebut dengan menaiki kenderaan jabatan. Oleh itu, kami telah menempah sebuah kenderaan beserta pemandu untuk ke sana.

Pagi Selasa, 22 Mei 2012, aku meminta kebenaran dengan bos aku untuk bekerja separuh hari sahaja untuk bersiap-siap mengambil anak di taska sementara menunggu pemandu datang ke rumah sebelum bertolak.
Lebih kurang pukul 4 petang, kami semua bertolak ke Kuala Lumpur.

Aku hanya menumpang kenderaan jabatan sampai selepas tol gombak sahaja, kerana bercadang untuk tidur di rumah adikku. Sesampainya aku disitu, adikku bersama suaminya telah pun sedia menunggu ditepi jalan.
Kenderaan jabatan terus bergerak ke Kuala Lumpur dan aku pula bergerak ke rumah adikku.

Aku menumpang kenderaan jabatan sebab en suamiku tidak dapat menghantar aku, dia hanya akan datang mengambil aku pada hari anugerah tersebut diadakan.

23 Mei 2012 merupakan acara raptai untuk anugerah tersebut. Memandangkan semua dimestikan hadir selain inilah kali pertama aku menerima anugerah ini, aku hadirkan diri dan melihat acara raptai dijalankan. Selepas sedikit sesi taklimat dan dua kali percubaan dilakukan, acara raptai pun ditamatkan dan kami semua dihidangkan dengan sedikit jamuan makan pada pagi itu.

Sebaik habis acara raptai, adikku yang sepatutnya datang mengambilku tidak dapat datang kerana anakku yang beliau jaga baru sahaja tertidur. Oleh sebab itu, aku meminta pertolongan kakakku yang kebetulan bekerja di salah sebuah Jabatan Kerajaan di Jalan Semarak untuk datang mengambilku di Kementerian.

Memandangkan kakakku sedang bekerja, beliau hanya dapat menghantarku tanpa singgah ke rumah adikku. Aku terus masuk ke rumah adik dan berehat sementara menunggu suami adikku untuk datang mengambil kami untuk sama-sama keluar makan tengahari.

Tengahari itu kebetulan adik iparku itu mempunyai urusan di Bangi, kami turut mengikut beliau ke sana, dan kami singgah makan di R&R Sg. Besi. Sesampainya di Bangi, adikku mengambil kereta suaminya untuk membawa aku dan anakku berjalan-jalan di Pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya. Aku membeli teddy bear untuk anakku, manakala adikku hanya menemani aku yang pertama kali sampai disini.

Balik dari Alamanda, kami terus mengambil suami adikku dan pulang ke Kuala Lumpur. Pada malamnya, adik serta suaminya membawa kami makan di Nando's Jusco Wangsa Maju.

24 Mei 2012

Inilah hari yang aku nanti-nantikan. Pagi itu aku sampai awal, selepas mendaftarkan nama, aku bersarapan dan terjumpa dengan bekas bos aku yang pernah berkhidmat secara kontrak di pejabatku. Kini, beliau berkhidmat di Kementerian itu secara tetap.

Selepas itu, aku serta semua yang terlibat masuk ke Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid untuk mencari kerusi mengikut susunan nombor giliran mengikut abjad. Aku merupakan orang yang ke 540 daripada 900 orang. Rasa macam nak pengsan tengok nombor tu.. huhuhu.. @_@
aku ingatkan hanya kakitangan kementerian dan jabatan sahaja yang terlibat, rupa-rupanya jabatan-jabatan serta agensi-agensi yang dibawah kementerian juga terlibat.. patutlaa ramai giler.. hohoho..

sementara menunggu ketibaan Menteri, serta tetamu-tetamu kenamaan VVIP/VIP tiba, kami duduk di tempat masing-masing dan saling berbual sesama sendiri. Sebelah aku lelaki dan semuanya lelaki pada barisan kerusi aku tu sebab abjad pertama nama aku tu banyak nama lelaki.. haha.. mujur jugak kerusi aku tu di bahagian tepi sekali, jadi takdelah aku segan sangat.. -_-

bila ketibaan Menteri diumumkan, semua jemputan diminta bangun sambil bertepuk tangan (inilah yg diajar masa raptai tu.. -_-)
tepuk tangan sampai dia duduk. Kemudian kami semua menyanyikan lagu Negaraku, lagu 1Malaysia dan lagu Kementerian. Selepas itu, macam biasa, dengarlah kami semua Menteri berceramah kat atas pentas tu..
Kenapa aku tulis berceramah? Sebab panjang lebar bebenor.. berapa muka surat entah aku tengok dia duk belek kertas ucapan dia tu.. hahaha..

bila beliau habis berceramah tu, adalaa dalam 20minit gitu, acara penganugerahan yakni acara kemuncak pun bermula.. jadi, orang yang namanya abjad A, cepatlah dia dapat tapi lama pulak dia nak tunggu habis, manakala orang yang namanya abjad Z, lambatlah dia tunggu nak dapat tapi dia pun kena tunggu jugak, kalau tak, tak dapat pulak naik pentas ambik sijil.. -_-

Sampai masa aku, aku jalan sebaik sahaja nama aku disebut dan aku bersalam dengan pemberi sijil sebab kebetulan beliau perempuan, kemudian cepat-cepat aku pandang kamera sebab nak abadikan gambar, kalau lambat pandang, nanti gambar tak cun tak pandang kamera, gitulaa yang diajar masa raptai tu jugak.. huhuhuhu..




gambar ni baru dapat semalam -_-

selesai nama aku, aku tunggu jela sampai majlis habis..kemudian, kami disajikan dengan makan tengahari yang sedap dan kenyang secara hidangan di meja bulat. Aku makan sekali dengan bekas bos aku yang aku terserempak dengan beliau pagi tu, dan jugak kawan-kawan sepejabat yang turut serta terima anugerah. Yang sepejabat dengan aku yang turut terima anugerah ialah 5 orang termasuk aku dan bos aku.

Selesai makan, aku tunggu adik aku datang jemput aku. Rupanya masa adik aku datang tu, en suami dah pun sampai kat rumah adik. Kenalah dia menunggu kat ruangan parking tu sementara kami sampai. Bila dah sampai tu, kami semua merehatkan diri. Petang hampir maghrib, selepas suami adikku pulang, kami semua keluar makan di sekitar setapak dan mereka belanja kami makan di sebuah restoran yang dinamakan Rumah Thai (kalau tak silap aku la), hidangannya secara pakej, antara menu istimewanya ialah udang goreng butter, memang sedap.. *_~

Selesai makan, kami pulang ke Temerloh dan adikku serta suaminya pulang ke rumah.

Baru-baru ni pula, 28 Jun 2012, Ibu Pejabat Pahang pula meraikan pekerja-pekerja yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Kakitangan Negeri dan juga Kakitangan Persekutuan bersama dengan bekas-bekas kakitangan yang telah bersara. Seramai 125 orang Kakitangan Negeri yang dianugerahkan perkhidmatan cemerlang di seluruh Pahang, seramai 38 orang pula adalah Kakitangan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Pahang turut diraikan sekali lagi dan seramai 25 orang pula ialah kakitangan yang telah bersara pada tahun 2011, turut diraikan kerana mengenangkan jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan di Negeri Pahang.

Majlis sederhana tersebut diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, Pahang dan dirasmikan oleh Pengarah sendiri.

Aku yang merupakan Kakitangan Persekutuan, merasalah naik pentas dua kali dan dapat dua sijil, satu daripada Kementerian, satu lagi daripada Ibu Pejabat Pahang, memang untung, huhuhu..
Selesai majlis, jamuan makan disediakan. Selesai makan, kami yang seramai 16 orang sepejabat (11 Kakitangan Negeri, 5 Kakitangan Persekutuan) pulang kembali ke pejabat dengan menaiki bas jabatan.

Inilah kenangan yang sangat-sangat manis untuk aku kenang sepanjang aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Memandangkan usia aku masih muda dan tempoh perkhidmatan aku masih panjang, insya-Allah peluang untuk merasa lagi sekali, pasti ada jika ada rezeki, dan pastinya dengan Anugerah dan sedikit imbuhan yang aku terima ini akan membuatkan semangat untuk aku bekerja dalam sektor awam semakin bertambah dan semoga peluang-peluang kenaikan pangkat untuk aku akan menjadi mudah di masa akan datang dengan penerimaan anugerah ini. Insya-Allah, amin Ya Rabbal Alamin.. :)

10 comments:

  1. tahniah kak....ai jeles bile semua orang dpt apc..huhuk..rezeki ai bile la kat opis ni haa...keje melambak tp bos xsuka...so..kene tahan telinga n SABAR jek la ai kak....tahniah yer....besh...dapat rm1000

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ap.. alhamdulillah..rezeki anak agaknyer tu..hu3..xper, klu bos lain akan dtg hargai kerja2 yu,insya-Allah akan ada penghargaan..x semestinya dengan APC kan.. rezeki yg Allah SWT beri byk bentuknya.. :)

      Delete
  2. tahniah buat pn.hanie di atas pencapaian anda dalam perkhidmatan...moga terus success..

    ReplyDelete
  3. tahniah di atas kecemerlangan dalam perkhidmatan awam dan diberi penghargaan sewajarnya. bkn semua org mampu mencapai kejayaan seperti ni. you deserve it! teruskan berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan penuh amanah...again, congratulations!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, alhamdulillah..dan insya-Allah.. :)

      Delete
  4. well, pengalaman sy sebijik macam awk... sy pernah dapat APC tapi bezanya sy dapat lepas 3 tahun lebih sy keje.. sy dapat dari orang yg sama.. dan di lokasi yg sama; Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid..

    Tahniah untuk awak. Kerja bukan anugerah yang dicari tapi keberkatan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang tak seberapa ni, dan terima kasih atas komen yang diberikan, saya setuju dengan pendapat awak tu, yang paling penting ialah keberkatan.. :)

      Delete
  5. Tahniah .. alhamdulillah, saya juga terima APC thn ini selepas berkhidmat selama 4++ .. syukur ..

    jom baca blog saya pula : khairulbariyahmasrakin.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah juga buat awak khairul bariyah.. insya-Allah.. dan terima kasih sudi jengah blog saya, sudi-sudilaa follow blog saya yang ak seberapa ni.. :)

      Delete