Sejak zulaikha makan ubat tu yang hanya boleh dimakan selama seminggu, telinga zulaikha sudah mula kering dan baik, namun seperti yang dijangkakan oleh doktor, apabila zulaikha selsema atau batuk-batuk semula, pasti telinganya akan mengeluarkan cecair, dan nak tak nak aku terpaksa bawa zulaikha ke klinik untuk minta antibitiok yang sama seperti yang disarankan doktor pakar ENT tu.
Baru-baru ni kami ke hospital untuk appointment zulaikha dengan pakar ENT (review), doktor membuat beberapa pemeriksaan dengan melihat kedua-dua belah telinga zulaikha dan mendapati sebelah telinga kanan terdapat cecair, oleh itu doktor minta kami ke makmal untuk membersihkan / menyedut keluar cecair tersebut terlebih dahulu, kemudian graf gegendang kedua belah telinga diambil.
Lepas tu, doktor membuat ujian pendengaran dan beliau mengatakan zulaikha mengalami masalah pendengaran tahap paling rendah iaitu tidak boleh mendengar suara / bunyi yang terlalu perlahan, namun demikian itu terjadi kerana terdapat cecair yang ada dalam telinga dia yang membuatkan telinganya terhalang untuk mendengar bunyi / suara tu. Ini aku sendiri akui apabila ujian tahap paling rendah dikenakan, zulaikha tidak membrikan respon dan tidak memandang ke arah kucing palsu yang berbunyi meoww tu..
Aku risau pada mulanya tapi lega kerana doktor mengatakan juga kemungkinan anak tidak memberi fokus atau tidak tahu memberikan respon yang sepatutnya kerana kebosanan dan yang pasti kerana terdapat halangan pada telinganya untuk dia mendengar dengan jelas. Doktor juga mengatakan kami tidak perlu risau sekiranya anak kami aktif bermain, memberikan respon sewajarnya dan minum serta makan dengan baik. Kami hanya perlu risau dan perlu segera bawa zulaikha ke hospital sekiranya zulaikha lemah, tidak aktif, tidak memberikan sebarang respon serta tidak mahu makan atau minum.
tetap riang ria bermain, dia tak tau ibu dengan walidnyer risau kat dia.. :'( |
Oleh itu, doktor memberikan nasihat supaya tidak mengorek telinga anak dengan apa-apa pun untuk membersihkan telinga dan tidak membenarkan anak dibasahkan kepala dikhuatiri air memasuki telinga.
Doktor turut memberikan antibiotik dan juga ubat titis kerana gegendang telinga anakku sudah mula merah dek kerana terlalu lama cecair ada didalam telinga.
Aku kasihan dengan anakku dan aku mendoakan semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku pada anakku, kami sayangkan zulaikha sangat-sangat dan kami rasa agak sedih dengan keputusan doktor tu namun, masih punya harapan jika kami mengikuti nasihat doktor, insya-Allah..
Review dan ulangan ujian akan diadakan sekali lagi pada bulan ogos nanti, tepat pada hari lahirnya, insya-Allah kalau aku ingat, aku akan update kat sini.. minta kawan-kawan semua doakan yang terbaik sahaja untuk anak kami..aminn, ya Rabbal Alamin..
sian zulaikha..moga sntiasa sihat dan ceria..hmm cute giler gambar dia pkai spek besar tu.huhuhu.
ReplyDeleteerm..dia kalau sihat memang ceria ajek..asyik ingat main aje..huhu..tapi skrg ni jrg dah dia x sihat..mungkin dah membesar ni, imunisasi dia semakin kuat, insya-Allah, moga Allah SWT sentiasa melindungi dia, dan kita semua..aminn.. :)
ReplyDelete