Erti puasa dari segi syarak :
Puasa ialah bererti menahan diri daripada lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari mula terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari beserta dengan niat.
Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa :
- makan dan minum di siang hari dengan sengaja
- bersetubuh di siang hari
- memasukkan sesuatu ke ruang rongga terbuka (seperti mulut, hidung yang boleh memberikan kekenyangan/kepuasan)
- keluar darah haid dan nifas (bagi wanita)
- muntah dengan sengaja
Niat puasa
boleh dibaca secara harian / sebulan
Niat harian :
Ertinya : "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"
Niat sebulan :
Ertinya : "Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"
Doa ketika berbuka puasa :
Itu sahaja yang saya mampu kongsikan, semoga kita semua beroleh manfaat dan saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa; bersahur, berbuka dan bertarawih. Semoga ramadhan kali ini dapat kita semua manfaatkan dengan ibadah-ibadah yang boleh mempertingkatkan amalan kita, insya-Allah.
salam ramadhan buat pn. hanie sekeluarga...
ReplyDeletemarilah kita menghayati erti bulan ramadhan dan mengamalkannya...lebihkan amal dan sedekah di bulan ramadhan ni...
tq.. :)
Deletebgus perkongsian ilmu ni..boleh review semula ilmu yg ada sempena menyambut ramadhan ni..
ReplyDeletesalam ramadhan, selamat berpuasa, selamat beribadah di bulan yang penuh keberkatan ini..
tq jugak, agak lewat membalas dek kerana kemalasan, hehehe..
Delete