Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua, di kesempatan ni, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada keluarga saya, kepada kawan-kawan saya yang mengenali secara langsung dan juga kawan-kawan yang mengenali saya secara virtual dan kepada semua umat Islam sedunia amnya.



Erti puasa dari segi syarak :

Puasa ialah bererti menahan diri daripada lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari mula terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari beserta dengan niat.

Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa :
  1. makan dan minum di siang hari dengan sengaja
  2. bersetubuh di siang hari
  3. memasukkan sesuatu ke ruang rongga terbuka (seperti mulut, hidung yang boleh memberikan kekenyangan/kepuasan)
  4. keluar darah haid dan nifas (bagi wanita)
  5. muntah dengan sengaja
Niat puasa

boleh dibaca secara harian / sebulan

Niat harian :




Ertinya : "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"

Niat sebulan :





Ertinya : "Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"

Doa ketika berbuka puasa :







Ertinya : "Ya Allah bagi engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku, dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Itu sahaja yang saya mampu kongsikan, semoga kita semua beroleh manfaat dan saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa; bersahur, berbuka dan bertarawih. Semoga ramadhan kali ini dapat kita semua manfaatkan dengan ibadah-ibadah yang boleh mempertingkatkan amalan kita, insya-Allah.

Saturday, July 14, 2012

zulaikha jumpa pakar ENT

Salam semua, ingat lagi tak dulu aku pernah cerita tentang zulaikha yang batuk-batuk, disebabkan lamanya anak aku tu batuk, walaupun ubat batuk dan antibiotik diberi kerana ada infection pada telinganya, akhirnya doktor refer zulaikha berjumpa dengan pakar ENT di hospital. Kali pertama jumpa pada bulan April yang lepas, pada masa tu, doktor hanya melihat telinga zulaikha dan memberikan antibiotik yang bersesuaian tetapi berlainan daripada antibiotik yang biasa diberikan oleh doktor di klinik biasa. Doktor turut berkata, jika anak demam, selsema atau batuk, kemungkinan untuk kahaknya masuk ke telinga adalah tinggi, oleh itu beliau menasihatkan untuk makan antibiotik yang dibekalkan sekiranya terjadi lagi dan doktor pakar menetapkan tarikh pada julai untuk review.

Sejak zulaikha makan ubat tu yang hanya boleh dimakan selama seminggu, telinga zulaikha sudah mula kering dan baik, namun seperti yang dijangkakan oleh doktor, apabila zulaikha selsema atau batuk-batuk semula, pasti telinganya akan mengeluarkan cecair, dan nak tak nak aku terpaksa bawa zulaikha ke klinik untuk minta antibitiok yang sama seperti yang disarankan doktor pakar ENT tu.

Baru-baru ni kami ke hospital untuk appointment zulaikha dengan pakar ENT (review), doktor membuat beberapa pemeriksaan dengan melihat kedua-dua belah telinga zulaikha dan mendapati sebelah telinga kanan terdapat cecair, oleh itu doktor minta kami ke makmal untuk membersihkan / menyedut keluar cecair tersebut terlebih dahulu, kemudian graf gegendang kedua belah telinga diambil.

Lepas tu, doktor membuat ujian pendengaran dan beliau mengatakan zulaikha mengalami masalah pendengaran tahap paling rendah iaitu tidak boleh mendengar suara / bunyi yang terlalu perlahan, namun demikian itu terjadi kerana terdapat cecair yang ada dalam telinga dia yang membuatkan telinganya terhalang untuk mendengar bunyi / suara tu. Ini aku sendiri akui apabila ujian tahap paling rendah dikenakan, zulaikha tidak membrikan respon dan tidak memandang ke arah kucing palsu yang berbunyi meoww tu..

Aku risau pada mulanya tapi lega kerana doktor mengatakan juga kemungkinan anak tidak memberi fokus atau tidak tahu memberikan respon yang sepatutnya kerana kebosanan dan yang pasti kerana terdapat halangan pada telinganya untuk dia mendengar dengan jelas. Doktor juga mengatakan kami tidak perlu risau sekiranya anak kami aktif bermain, memberikan respon sewajarnya dan minum serta makan dengan baik.  Kami hanya perlu risau dan perlu segera bawa zulaikha ke hospital sekiranya zulaikha lemah, tidak aktif, tidak memberikan sebarang respon serta tidak mahu makan atau minum.


tetap riang ria bermain, dia tak tau ibu dengan walidnyer risau kat dia.. :'(

Oleh itu, doktor memberikan nasihat supaya tidak mengorek telinga anak dengan apa-apa pun untuk membersihkan telinga dan tidak membenarkan anak dibasahkan kepala dikhuatiri air memasuki telinga.
Doktor turut memberikan antibiotik dan juga ubat titis kerana gegendang telinga anakku sudah mula merah dek kerana terlalu lama cecair ada didalam telinga.

Aku kasihan dengan anakku dan aku mendoakan semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku pada anakku, kami sayangkan zulaikha sangat-sangat dan kami rasa agak sedih dengan keputusan doktor tu namun, masih punya harapan jika kami mengikuti nasihat doktor, insya-Allah..

Review dan ulangan ujian akan diadakan sekali lagi pada bulan ogos nanti, tepat pada hari lahirnya, insya-Allah kalau aku ingat, aku akan update kat sini.. minta kawan-kawan semua doakan yang terbaik sahaja untuk anak kami..aminn, ya Rabbal Alamin..

Tuesday, July 10, 2012

selamat hari lahir suamiku...

hari ni merupakan hari lahir suamiku yang ke tettttttt... biarlah rahsia, hehehehe..
en suamiku tak bekerja hari ni disebabkan keadaan kesihatan beliau yang tak mengizinkan, disebabkan tu, en suami menjemput aku dari pejabat tengahari tadi sebaik waktu rehat untuk menemani beliau makan, tak sangka rupanya en suami dah siapkan nasik goreng untuk kami.. huhuhu..

malam pulak, ingat nak sambut di mana-mana tapi en suami request aku masak masakan kegemaran dia, gulai ayam masak lemak kuning ;P

suka betul hati aku bila tgk en suami gembira dan puas menikmati masakan aku, khas di hari jadinya, katanya berlainan sikit, tak semestinya sambut kat restoran ajer.. so, haruslah aku sebagai isteri akur kan.. huhuhu..



tentang hadiah, aku sebenarnya masih berfikir nak berikan apa.. jadi, aku postpone dulu hadiahnya.. sebenarnya aku dah tau nak beri apa pada beliau, samada wallet ataupun tali pinggang atau mungkin jugak kombinasi keduanya yang ada dijual dengan set.. tapi aku masih belum buat keputusan, huhuhu..

sebab apa, kesian aku tengok wallet en suami aku tu dah buruk dek setianya beliau pakai wallet tu sejak dari sehari selepas kami sah bergelar suami isteri, dah hampir 2 tahun pun.. huhuhu.. ^_^
tali pinggangnya tu pulak masih elok, tapi sebab aku rasa lagi berbaloi kalau beli barangan yang satu set, lebih jimat dan mungkin tak rugi kalau beli..

tengoklah nanti macamana, harap en suami suka nanti dengan kejutan yang agak lambat tu nanti.. ^_^

apa yang aku harapkan ialah semoga umur suamiku dipanjangkan Allah SWT, dipermudahkan segala urusannya dan dimurahkan rezekinya.. aminn.. semoga perhubungan kami berkekalan dengan limpah rahmat dari-Nya.. insya-Allah.. :)

Tuesday, July 3, 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Pagi selasa 10 April 2012, bila aku masuk ke pejabat, aku diberitahu oleh bos aku yang aku antara kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2011, dan Ketua Pembantu Tadbir (CC) memerlukan beberapa dokumen dan juga gambar untuk dihantar kepada Kementerian.

Bila bos aku bagitau macamtu, aku betul-betul rasa terkejut dan rasa gembira. Dalam masa yang sama aku juga rasa tak percaya dengan berita gembira yang baru aku terima tadi. Lebih manis lagi, aku berkongsi kegembiraan itu dengan bos aku yang turut menerima anugerah tersebut, dan beliau telah kali ke-3 menerima anugerah ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Untuk mengesahkannya, aku interkom CC dan CC mengucapkan tahniah kepadaku. Beliau meminta aku menghantar dokumen dan gambar yang diperlukan secepat mungkin kerana dia ingin mengirim dokumen tersebut kepada Pemandu yang kebetulan akan ke Kementerian pada hari Khamis.

Petang balik dari kerja, aku menceritakan berita gembira itu kepada suamiku dan esoknya aku menyerahkan kepada CC keperluan yang diminta. Sehingga itu, aku hanya perlu menunggu surat rasmi untuk hari anugerah tersebut diadakan.

Pada hari terakhir aku di Sarawak, aku mendapat panggilan dari pejabatku. Rupanya Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) untuk Kakitangan Persekutuan menelefon aku untuk mendapatkan pengesahan samada aku ingin hadir atau tidak ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tersebut.

Aku sudah pasti ingin hadir. Siapa yang tidak mahu hadir meraikan hari yang bersejarah, paling bermakna dan paling berharga bagi kakitangan yang berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan ini. Sepanjang hampir 5 tahun aku berkhidmat, terus terang aku katakan, aku merasakan masih banyak perkara yang masih perlu aku belajar dan itulah antara sebab utama kenapa aku merasakan tidak percaya aku dianugerahkan dengan anugerah ini. Aku merasakan masih belum layak untuk terima anugerah ini. Namun siapa menduga, rezeki yang Allah SWT berikan ini merupakan hikmah terbesar yang sangat-sangat aku syukuri.

Seminggu selepas aku balik dari Sarawak, aku serta bos aku sama-sama bersiap sedia untuk pergi ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis tersebut. Pagi Isnin, aku, bos aku serta 3 orang kakitangan bahagian lain yang turut sama menerima anugerah ini berpakat untuk menghadiri majlis tersebut dengan menaiki kenderaan jabatan. Oleh itu, kami telah menempah sebuah kenderaan beserta pemandu untuk ke sana.

Pagi Selasa, 22 Mei 2012, aku meminta kebenaran dengan bos aku untuk bekerja separuh hari sahaja untuk bersiap-siap mengambil anak di taska sementara menunggu pemandu datang ke rumah sebelum bertolak.
Lebih kurang pukul 4 petang, kami semua bertolak ke Kuala Lumpur.

Aku hanya menumpang kenderaan jabatan sampai selepas tol gombak sahaja, kerana bercadang untuk tidur di rumah adikku. Sesampainya aku disitu, adikku bersama suaminya telah pun sedia menunggu ditepi jalan.
Kenderaan jabatan terus bergerak ke Kuala Lumpur dan aku pula bergerak ke rumah adikku.

Aku menumpang kenderaan jabatan sebab en suamiku tidak dapat menghantar aku, dia hanya akan datang mengambil aku pada hari anugerah tersebut diadakan.

23 Mei 2012 merupakan acara raptai untuk anugerah tersebut. Memandangkan semua dimestikan hadir selain inilah kali pertama aku menerima anugerah ini, aku hadirkan diri dan melihat acara raptai dijalankan. Selepas sedikit sesi taklimat dan dua kali percubaan dilakukan, acara raptai pun ditamatkan dan kami semua dihidangkan dengan sedikit jamuan makan pada pagi itu.

Sebaik habis acara raptai, adikku yang sepatutnya datang mengambilku tidak dapat datang kerana anakku yang beliau jaga baru sahaja tertidur. Oleh sebab itu, aku meminta pertolongan kakakku yang kebetulan bekerja di salah sebuah Jabatan Kerajaan di Jalan Semarak untuk datang mengambilku di Kementerian.

Memandangkan kakakku sedang bekerja, beliau hanya dapat menghantarku tanpa singgah ke rumah adikku. Aku terus masuk ke rumah adik dan berehat sementara menunggu suami adikku untuk datang mengambil kami untuk sama-sama keluar makan tengahari.

Tengahari itu kebetulan adik iparku itu mempunyai urusan di Bangi, kami turut mengikut beliau ke sana, dan kami singgah makan di R&R Sg. Besi. Sesampainya di Bangi, adikku mengambil kereta suaminya untuk membawa aku dan anakku berjalan-jalan di Pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya. Aku membeli teddy bear untuk anakku, manakala adikku hanya menemani aku yang pertama kali sampai disini.

Balik dari Alamanda, kami terus mengambil suami adikku dan pulang ke Kuala Lumpur. Pada malamnya, adik serta suaminya membawa kami makan di Nando's Jusco Wangsa Maju.

24 Mei 2012

Inilah hari yang aku nanti-nantikan. Pagi itu aku sampai awal, selepas mendaftarkan nama, aku bersarapan dan terjumpa dengan bekas bos aku yang pernah berkhidmat secara kontrak di pejabatku. Kini, beliau berkhidmat di Kementerian itu secara tetap.

Selepas itu, aku serta semua yang terlibat masuk ke Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid untuk mencari kerusi mengikut susunan nombor giliran mengikut abjad. Aku merupakan orang yang ke 540 daripada 900 orang. Rasa macam nak pengsan tengok nombor tu.. huhuhu.. @_@
aku ingatkan hanya kakitangan kementerian dan jabatan sahaja yang terlibat, rupa-rupanya jabatan-jabatan serta agensi-agensi yang dibawah kementerian juga terlibat.. patutlaa ramai giler.. hohoho..

sementara menunggu ketibaan Menteri, serta tetamu-tetamu kenamaan VVIP/VIP tiba, kami duduk di tempat masing-masing dan saling berbual sesama sendiri. Sebelah aku lelaki dan semuanya lelaki pada barisan kerusi aku tu sebab abjad pertama nama aku tu banyak nama lelaki.. haha.. mujur jugak kerusi aku tu di bahagian tepi sekali, jadi takdelah aku segan sangat.. -_-

bila ketibaan Menteri diumumkan, semua jemputan diminta bangun sambil bertepuk tangan (inilah yg diajar masa raptai tu.. -_-)
tepuk tangan sampai dia duduk. Kemudian kami semua menyanyikan lagu Negaraku, lagu 1Malaysia dan lagu Kementerian. Selepas itu, macam biasa, dengarlah kami semua Menteri berceramah kat atas pentas tu..
Kenapa aku tulis berceramah? Sebab panjang lebar bebenor.. berapa muka surat entah aku tengok dia duk belek kertas ucapan dia tu.. hahaha..

bila beliau habis berceramah tu, adalaa dalam 20minit gitu, acara penganugerahan yakni acara kemuncak pun bermula.. jadi, orang yang namanya abjad A, cepatlah dia dapat tapi lama pulak dia nak tunggu habis, manakala orang yang namanya abjad Z, lambatlah dia tunggu nak dapat tapi dia pun kena tunggu jugak, kalau tak, tak dapat pulak naik pentas ambik sijil.. -_-

Sampai masa aku, aku jalan sebaik sahaja nama aku disebut dan aku bersalam dengan pemberi sijil sebab kebetulan beliau perempuan, kemudian cepat-cepat aku pandang kamera sebab nak abadikan gambar, kalau lambat pandang, nanti gambar tak cun tak pandang kamera, gitulaa yang diajar masa raptai tu jugak.. huhuhuhu..




gambar ni baru dapat semalam -_-

selesai nama aku, aku tunggu jela sampai majlis habis..kemudian, kami disajikan dengan makan tengahari yang sedap dan kenyang secara hidangan di meja bulat. Aku makan sekali dengan bekas bos aku yang aku terserempak dengan beliau pagi tu, dan jugak kawan-kawan sepejabat yang turut serta terima anugerah. Yang sepejabat dengan aku yang turut terima anugerah ialah 5 orang termasuk aku dan bos aku.

Selesai makan, aku tunggu adik aku datang jemput aku. Rupanya masa adik aku datang tu, en suami dah pun sampai kat rumah adik. Kenalah dia menunggu kat ruangan parking tu sementara kami sampai. Bila dah sampai tu, kami semua merehatkan diri. Petang hampir maghrib, selepas suami adikku pulang, kami semua keluar makan di sekitar setapak dan mereka belanja kami makan di sebuah restoran yang dinamakan Rumah Thai (kalau tak silap aku la), hidangannya secara pakej, antara menu istimewanya ialah udang goreng butter, memang sedap.. *_~

Selesai makan, kami pulang ke Temerloh dan adikku serta suaminya pulang ke rumah.

Baru-baru ni pula, 28 Jun 2012, Ibu Pejabat Pahang pula meraikan pekerja-pekerja yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Kakitangan Negeri dan juga Kakitangan Persekutuan bersama dengan bekas-bekas kakitangan yang telah bersara. Seramai 125 orang Kakitangan Negeri yang dianugerahkan perkhidmatan cemerlang di seluruh Pahang, seramai 38 orang pula adalah Kakitangan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Pahang turut diraikan sekali lagi dan seramai 25 orang pula ialah kakitangan yang telah bersara pada tahun 2011, turut diraikan kerana mengenangkan jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan di Negeri Pahang.

Majlis sederhana tersebut diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, Pahang dan dirasmikan oleh Pengarah sendiri.

Aku yang merupakan Kakitangan Persekutuan, merasalah naik pentas dua kali dan dapat dua sijil, satu daripada Kementerian, satu lagi daripada Ibu Pejabat Pahang, memang untung, huhuhu..
Selesai majlis, jamuan makan disediakan. Selesai makan, kami yang seramai 16 orang sepejabat (11 Kakitangan Negeri, 5 Kakitangan Persekutuan) pulang kembali ke pejabat dengan menaiki bas jabatan.

Inilah kenangan yang sangat-sangat manis untuk aku kenang sepanjang aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Memandangkan usia aku masih muda dan tempoh perkhidmatan aku masih panjang, insya-Allah peluang untuk merasa lagi sekali, pasti ada jika ada rezeki, dan pastinya dengan Anugerah dan sedikit imbuhan yang aku terima ini akan membuatkan semangat untuk aku bekerja dalam sektor awam semakin bertambah dan semoga peluang-peluang kenaikan pangkat untuk aku akan menjadi mudah di masa akan datang dengan penerimaan anugerah ini. Insya-Allah, amin Ya Rabbal Alamin.. :)