Tuesday, May 1, 2012

cuti sempena hari buruh..

salam..seronok jugak sekali sekala dapat cuti sehari dalam minggu bekerja macam ni.. tapi lagi seronok kalau cuti ni jatuh pada hari isnin, semalam, bolehlah bercuti lama sikit.. dan seperti yang dijangka, ramai jugak pekerja kat opis aku tu ambik cuti tahunan untuk terus sambung ke hari ni.. tapi aku tak berkesempatan untuk buat macamtu.. disebabkan komitmen kerja, selain kebetulan bos aku dan juga seorang lagi rakan sekerja terlibat dalam program XPDC 4X4 ke Kuala Sat di Jerantut, jadi nak tak nak aku terpaksa 'standby' sorang-sorang kat department aku tu..huhuhu..

kepada majikan yang menggajikan pekerja, jalankan tanggungjawab anda, ok! ~gmbr sekadar hiasan, hehe..

hari ni, aku suami serta anak hanya duduk di rumah dan rehat-rehat sahaja..paling tidak pun, petang nanti baru kami keluar di sekitar bandar Temerloh untuk jalan-jalan dan ambil angin petang..kebetulan pula lagi, cuaca hari ni agak baik..

bercakap mengenai hari buruh, aku rasa macam tak sesuai dah rasanya hari ni dinamakan hari buruh sebab pekerja sekarang bukan sahaja terdiri daripada buruh-buruh, malah pelbagai lapisan pekerja, jadi aku rasa, mungkin lagi sesuai kalau ia ditukar kepada hari pekerja..huhuhu ~ edisi memandai-mandai..hehehe..

bagi yang bekerja, selamat hari buruh... manfaatkanlah cuti yang ada ini bersama keluarga tercinta atau kawan-kawan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..selamat bercuti!

2 comments:

  1. tula pasal..hari buruh ni kompem buruh jela yg seronok bercuti..hehe..mcm semalam nampak mat2 bangla kuar beli barang dengan gumbira nye sbb dorg cuti..huhu..mesti dorg happy psl cuti tu meraikan dorang..huhu..

    ReplyDelete
  2. hahaha, tulaa sebab diorg terasa tu hari diorg, so sepatutnya dah kene tukar, hari pekerja, heheh..
    p/s : pasaraya n kedai2 banyak tutup semalam sbb x larat nak bayar triple per day, hoho..

    ReplyDelete