Tuesday, May 29, 2012

kapal terbang dan sarawak..

salam semua..
selepas sahaja adik aku confirmkan tiket kapal terbang untuk ke sarawak pada bulan mac yang lalu, aku terus rasa teruja dan mula menghitung hari serta debaran dan rasa keterujaan antara pertama kali nak ke sarawak dan juga pertama kali menaiki kapal terbang.. hahaha.. dengar macam lucu dan agak jakun gitu kan.. tapi aku percaya, setiap orang pasti ada pengalaman pertama, betul tak???? mengaku ajelaa yee.. hahaha..

HARI PERTAMA

akhirnya, tarikh yang dinantikan telah pun tiba, tanggal 14 Mei 2012 merupakan tarikh yang aku serta sebahagian keluargaku nanti-nantikan.. hampir kesemua yang sertai pernah merasa pengalaman menaiki kapal terbang kecuali aku, suamiku, anakku serta seorang adik perempuanku..(ni geng2 jakunlaa ni, haha..)

seawal pagi, sebelum subuh, kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Tujuannya untuk mengelakkan kesesakan disebabkan hari tersebut merupakan hari bekerja selain untuk sampai awal kerana penerbangan kami adalah pada pukul 8.30pagi.

Kami sampai disana lebih kurang 6.30pg, parking kereta seterusnya mula check in dan imbas bagasi di Departure Hall. Seterusnya kami mencari surau untuk solat subuh dan sebahagiannya bergilir untuk order breakfast di Restoran KFC sambil menikmati bihun yang turut dibawa bersama (masak pagi2 buta, bungkus dalam bekas plastik microwave tu, habis makan, simpan dalam beg sandang masing-masing) >_<.
Lebih kurang pukul 8pg, kami mula memasuki kapal terbang dan bersiap sedia untuk pelepasan.

Pertama kali menunggu sebelum berlepas, aku dan suamiku saling berbual mengatakan kami saling rasa berdebar. Sebaik sahaja kapal terbang mahu berlepas, debaran semakin bertambah, begitu juga suamiku, namun sebaik sahaja kapal terbang berada tinggi di awan pada paras 33,000 kaki dari paras laut, debaranku mula menghilang, yang ada hanya kekaguman dengan kecantikan ciptaan Tuhan apabila dilihat dari atas. Subhanallah, sungguh indah. Sambil pramugari dan pramugara melayani penumpang-penumpang untuk bersarapan, turut kelihatan ketua pramugara mengawasi anak-anak buahnya melakukan tugas sambil turut menghulurkan bantuan kepada penumpang. Beliau sempat mengusik adikku yang sengaja menyebut "air plain water" untuk meminta air kosong kepadanya sambil beberapa kali mengulangi ayat tersebut bertujuan untuk mengusik, kami hanya ketawa kelucuan dengan karenah dan layanannya yang mesra.


dalam kapal terbang, muka berdebar, zulaikha je yang selamber, siap gigit henbeg ibu.. kihkihkih  -_-

Lebih kurang pukul 10 pagi, kami sudah mula sampai di perkarangan udara Sarawak, dan sebaik sahaja isyarat untuk mendarat diperolehi, kami semua mendarat dengan selamat walaupun telinga kami rasa sangat berdengung.

Sesampainya kami di Arrival Hall, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, kami mengambil bagasi masing2 dan ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan. Selepas itu, sebahagiannya menuju ke tandas sambil sebahagian yang lain menunggu ketibaan tuan punya kereta sewa yang telah kami tempah dari semenanjung.

sempat lagi bergambar sementara tunggu kereta sewa sampai.. huhu

bila kereta sewa dah sampai tu, apa lagi, kami semua ambil kesempatan untuk jalan-jalan pusing-pusing di sekitar bandar Kuching. Lagipun, kami sengaja menghabiskan masa dan mengambil kesempatan yang ada sementara menunggu waktu sebelum check in homestay di Kota Samarahan.

parking di hadapan kedai-kedai dan water front

lepak-lepak di water front menghilangkan penat sebelum meneruskan akitiviti jalan-jalan

en suami dan abah tengah membelek barangan cenderahati yang ada dijual disini
Selepas sedikit cenderahati dibeli, konon-kononya kami ingin mencari tempat untuk makan dalam shopping mall sekiranya terdapat food court, namun kami hampa kerana shopping mall yang kami masuki tiada tempat untuk makan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan menghala ke Kota Samarahan. Dalam perjalanan, kami singgah di Pasaraya Giant yang baru dibuka disitu dan membeli sedikit barang keperluan makanan bertujuan untuk masak sebagai hidangan tengahari pada hari itu.

Apabila sampai sahaja di homestay yang kami duduki, kaum lelaki mengambil kesempatan untuk berehat sementara kaum wanita pula bersibuk-sibuk di dapur untuk memasak. Selesai masak dan makan, kami semua mandi, solat dan merehatkan badan.

Pada malamnya, kami keluar berjalan di sekitar bandar Kuching dan makan di hadapan gerai-gerai yang dibuka disekitar water front.

sambil tunggu makanan sampai, abah buat aksi bukak kipas lipat haha..

pemandangan waktu malam bangunan ADUN Sarawak dari hadapan water front

HARI KEDUA

Lebih kurang jam 8pg, selepas kami bersarapan, kami semua keluar menuju ke UiTM Kota Samarahan. Adik aku yang kebetulan akan berkonvokeseyen, kami semua menemani dia untuk ambil jubah konvokesyen dan sepatutnya adikku tu menghadiri acara raptai, tetapi dia tidak hadir kerana ambil kesempatan untuk berjalan-jalan bersama kami.

sesi pemilihan jubah oleh adik aku T_T
Lama jugakla menunggu adik aku tu memilih jubah yang sesuai dengan dia. Almaklumlah ramai, selain daripada mencari kesesuaian saiz jubah. Lepas tu, kami semua bertolak menuju ke bandar Kuching. Kami ke Pasar Tani Satok untuk membeli ikan terubuk masin yang dikatakan mesti beli bila datang ke Kuching untuk dibawa pulang ke semenanjung.. huhuhu..

pasar tani satok

harga yang berpatutan, kena pandai pilih gerai laa, huhuhu..
memandangkan waktu dirasakan masih awal untuk kami makan tengahari, kami mengambil peluang yang ada untuk menuju ke Kedai Kek Dayang Salhah yang boleh sampai dengan dua cara iaitu dengan menaiki kereta atau menaiki bot ke seberang water front. Memandangkan kami menyewa kereta, maka kami ke sana dengan menaiki kereta.

papan tanda arah kedai kek tersebut, kat belakang tu nmpk kedai tgh renovate, brtmbh maju laa tu, huhu..

Akhirnya sampai setelah beberapa kali main pusing-pusing kat roundabout, tersesat laa tu -_- 

sesi cuba mencuba, tak ketinggalan anakku zulaikha turut merasa sedikit kek lapis yg aku suapkan kemulutnya.. huhu..
Takkan mencuba aje kejenyer kan, banyak cantik, bak kata tuan punya kedai, jadi kami pun berpakat-pakat beli sedikit seorang untuk dibawa pulang. Untuk pembelian sebanyak RM 100, dapat percuma kek RM 10, setiap pembelian RM 200, percuma kek bernilai RM 20 dan begitulah seterusnya. Rasa berbaloi jugakla sebab kami beli tu merasa la jugak kek percuma sebijik seorang, selain harga kek yang murah, serendah RM 10 mampu dibeli oleh semua pengunjung yang datang, huhuhu..

Lepas tu, kononnya kami nak mencari kedai makan sekitar situ. Kata pekerja kedai tu ada satu food court melayu tak jauh dari situ, tapi disebabkan kami telah terlepas dan masing-masing kepenatan dan kelaparan, kami berkeputusan ke bandar Kuching dan menghala semula ke Pasar Tani Satok untuk makan di restoran sekitar situ yang kami pasti dan sahih status halalnya. Aku serta beberapa ahli keluargaku makan laksa sarawak, abah serta mama mencuba makanan lain manakala suamiku memilih untuk makan nasi putih bersama lauk pauk yang disediakan.

Selesai makan, kami bercadang untuk ke muzium dan tempat-tempat bersejarah di sekitar Kuching. Itupun, dua-dua buah kereta telah terpisah disebabkan salah masuk jalan dan kami berkeputusan untuk mencari sendiri jalan menghala ke muzium tanpa berkonvoi. Disebabkan terpisah, akhirnya kami bertemu di Muzium Sarawak. Sebuah kereta parking disana, kereta kami pula parking di Muzium Islam yang terletak di seberang jalan. Mujurla nak ke seberang sana tu ada jejantas, huhuhu.. itupun sebelum parking, dua ke tiga kali kami pusing sekitar jalan kat situ hanya untuk cari jalan masuk ke muzium tersebut. -_-

sesi bergambarlaa, apa lagi, huhuhuhu..




Selepas asar, kami bertolak untuk pulang, tapi mama, abah serta adikku sempat singgah ke pasar sekitar satok untuk membeli makanan laut seperti udang galah, sotong, sedikit ayam dan sayur-sayuran untuk dimasak sebagai hidangan pada malamnya.

Sesampainya kami di homestay, kami semua membersihkan diri, solat dan berehat. Selepas solat maghrib, kami mula membantu untuk memasak untuk makan malam. Usai makan, kami semua merehatkan diri kerana masing-masing telah kepenatan kerana seharian keluar berjalan-jalan.

HARI KETIGA, HARI TERAKHIR

Selepas solat subuh, kami semua bersiap dan makan sarapan pagi yang mama sediakan iaitu nasi goreng. Ini kerana terdapat nasi dari lebihan yang dimakan malam tadi. Bimbang membazir dan dibuang begitu sahaja, mama telah bangun seawal 5pg untuk menggoreng nasi.

Selesai makan, kami semua bertolak ke UiTM Kota Samarahan sekali lagi. Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk adikku yang pernah belajar disini kerana hari ini merupakan Hari Konvokesyen beliau.
Setelah adik mendaftarkan nama, kami mengunjungi ke gerai-gerai jualan bunga yang terdapat disekitar situ untuk membeli sedikit cenderahati untuk adikku.

mama dan abah berkongsi membeli bunga, sementara adikku sedang memilih-milih  hadiah yang lain.

Selepas itu, mama dan abah masuk mengambil tempat di dalam dewan,sementara itu, kami serta ahli keluarga pelajar yang lain, yang tidak boleh memasuki dewan, dibenarkan untuk duduk di kerusi diluar hadapan dewan sambil melihat ke kaca tv yang disediakan.

Hampir tengahari, akhirnya sesi konvokesyen pada pagi itu telah tamat, kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar di luar dewan.

sedikit gambar dikongsikan.. kelihatan wajah-wajah ceria adikku, mama serta abahku.. huhuhuhu...




Tengahari tersebut, kami menunggu adikku berjumpa sahabat-sahabatnya sambil menunggu seorang temannya  yang sanggup datang dari Sematan, Sarawak yang memakan masa hampir 2 jam ke Kota Samarahan untuk sama-sama meraikan hari bersejarah adikku itu. Apabila mereka sampai, temannya itu mempelawa kami untuk makan tengahari bersama-sama. Memandangkan kami ingin bersiap dan berkemas untuk pulang pada petangnya, kami semua bersetuju untuk makan di sebuah restoran di sekitar Kota Samarahan sahaja, yang terletak berhampiran dengan homestay yang kami duduki.

Selesai makan, teman adikku itu terus bertolak ke Sematan untuk pulang, manakala kami semua pula balik ke homestay dan bersiap-siap dan berkemas untuk check out dari homestay.

Selesai check out, kami menghala ke bandar Kuching untuk membeli sedikit lagi barangan cenderahati untuk dibawa pulang selain untuk diberi kepada ahli keluarga yang tidak dapat datang dan kawan-kawan.
Selepas itu, kami bergambar di hadapan patung kucing yang menjadi lambang dan memberi maksud tersendiri bagi bandar Kuching, Sarawak.

nak gaya lebih-lebih pon, panas yang amat, selain kesian kat zulaikha yang tengah terkulai tido.. huhu..
Lepas sesi bergambar, kami semua menghala ke ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Disebabkan kami bertolak dari Kuching selepas waktu pejabat, jalan menghala ke sana sangat sibuk dan kami tiba di sana lebih kurang pukul 6ptg. Sesampainya kami disitu, kami menunggu pemilik sewa kereta untuk mengambil kembali kereta sewanya. Kemudian, kami check in dan imbas bagasi. Sementara menunggu waktu untuk pelepasan, kami makan di Restoran KFC. KFC lagi..?? dah itu aje yang kami mampu, selain kadar harga yang standard, rakyat marhaen macam kami ni, situ ajela tempat paling sesuai untuk kami melepak, huhuhu.

Selepas itu, kami mula memasuki ke Pintu 6, Balai Pelepasan untuk menunggu waktu pelepasan kapal terbang kami yang akan berlepas pada pukul 8.30mlm. Sementara menunggu tu, kami terserempak dengan seorang pelakon lelaki terkenal tanah air, dan adikku mengambil peluang untuk bergambar dengannya.


jeng jeng jeng, fahrin ahmad rupanya.. hadiah sempena konvokesyen kata adik aku.. >_<

Pengalaman naik kapal terbang waktu pulang, aku rasa biasa sahaja, tiada lagi debaran. Tapi kata suamiku beliau masih merasakan debaran, huhuhu. Kemudian seperti biasa,kami diberitahu oleh Juruterbang yang kami berada pada ketinggian 28,000 kaki pada paras laut. Selesai isyarat selamat dimaklumkan, hidangan makan malam disediakan. Kalau waktu pergi, roti boom kari ayam menjadi pilihan, waktu balik pula, nasi beriani berlauk kari ayam pula disediakan atau boleh pilih nasi berlauk ikan. Sepanjang perjalanan, beberapa kali juga kapal terbang bergegar kerana terlanggar awan. Ini kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan hujan lebat semasa kapal terbang melintasi Laut China Selatan. Semua penumpang dinasihatkan supaya duduk di tempat masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan. Adikku yang kebetulan ke tandas, tidak dibenarkan pulang ke tempat duduk sehingga keadaan kembali selamat. Sehingga itu, dia menunggu di kabin pramugari / pramugara.

Tepat pukul 9.15mlm, kapal terbang kami telah selamat sampai di ruang udara Sepang, namun demikian, kapal terbang kami masih belum boleh mendarat kerana hujan lebat. Lebih kurang 9.30mlm, kapal terbang mula mendarat dan kami mendarat dengan selamatnya lebih kurang pukul 10mlm.

Selepas mendarat dan keluar dari kapal terbang, kami menuju ke kaunter ketibaan di KLIA dan menunggu bagasi kami sampai. Setelah semua bagasi diambil, kami bergegas keluar untuk mencari tandas, membeli sedikit minuman dan seterusnya membayar parking kereta dan keluar dari KLIA lebih kurang pukul 11mlm.
Jumlah bayaran parking yang telah dikenakan untuk sebuah kereta ialah sebanyak RM 136 selama 65 jam.

Kami sampai di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 12 tengah malam. Disebabkan semuanya kepenatan, kami semua terus tidur.

Walaubagaimanapun, kenangan percutian sambil adik berkonvokesyen masih segar di dalam ingatan. Cumanya, apa yang ingin aku kongsikan mengenai Kuching, Sarawak ialah, pada pendapat aku, tidak banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, dan sekiranya kita menginap lebih daripada 3 hari, pasti kebosanan. Selain itu, terdapat banyak jalan rosak dan jalan yang sedang diselenggara namun terbiar begitu sahaja tanpa pengawasan, walaupun terdapat kon-kon di sekitar tempat penyelenggaraan.

Jalanraya di Sarawak juga sangat kurang papan tanda arah. Untuk pelancong-pelancong seperti kami, pastinya papan tanda arah tersebut sangat berguna bagi kami. Disebabkan itu juga, kami kerap terlepas jalan, tersalah masuk jalan, dan yang pastinya beberapa kali berpusing-pusing di bulatan yang sama kerana terlepas pandang papan tanda yang hanya terdapat apabila sampai di simpang masuk bulatan. -_-

Jadi, itulah serba sedikit kenangan dan pengalaman percutian keluargaku ke Kuching, Sarawak selama 3 hari 2 malam disana, serta pengalaman aku dan suamiku yang pertama kali menaiki kapal terbang, huhuhu.. Pengalaman pertama kali menaiki kapal terbang bersama MAS, sangat-sangat kami ingati dan manis untuk dikenang kerana layanan yang mesra dan perkhidmatan yang baik disediakan. Jika punya rezeki lagi, insya-Allah kami akan mengulangi lagi percutian ke Kepulauan Borneo yang lain pula.

Sunday, May 20, 2012

masak-masak puding karamel

Salam semua..
Dua minggu lepas aku serta seluruh keluargaku balik berkumpul di kampung halaman kami, kuantan, pahang.
Kami bercadang untuk berkelah sambil bbq dan mandi manda di pantai. Namun demikian, aku serta suamiku agak lewat tiba kerana hari tersebut hari sabtu, dan suamiku terpaksa kerja walaupun hari tersebut ialah hari cuti umum, hari wesak.



antara aktiviti yang sedang dilakukan semasa ketibaan kami, huhuhu

Disebabkan pagi tu aku mempunyai banyak masa sementara menunggu suami aku balik dari kerja, aku memasak puding karamel atas permintaan adik beradikku yang ingin mencuba masakan hasil air tangan aku..huhuhu..nampak sangat aku ni memang bukan kaki memasak, hahaha..

ok..ini resipinyer..

BAHAN-BAHAN UTK SAIZ LOYANG 16CM

BAHAN UNTUK KARAMEL
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

BAHAN UNTUK PUDING
1 tin susu cair / susu segar 400ml *
5 sudu besar gula halus **
3 biji telur saiz A (pada suhu bilik) ***
2 biji telur kuning saiz A (pada suhu bilik) ***
2-3 titik esen vanilla

CARA-CARANYA
1. Mula-mula, sediakan karamel. Masukkan 5 sudu gula dalam kuali dengan 1 sudu besar air. masak atas api yang paling perlahan. Bila gula dah bertukar warna perang, masukkan 1 sudu besar air lagi. Masak hingga kesemua gula menjadi cair dan berwarna perang. Kemudian, tuangkan karamel ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Dalam bekas yang lain, masukkan 3 biji telur dan 2 biji telur kuning. Kacau sedikit dan masukkan 5 sudu gula sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga adunan menjadi sebati. Jangan kacau sehingga kembang / berbuih. Masukkan pula susu sedikit demi sedikit sehingga habis sambil kacau sehingga sebati. Kemudian, titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

3. Sementara mengacau, sediakan air dalam kukusan, tunggu sehingga mendidih. Sementara menunggu air kukusan mendidih, masukkan adunan puding tadi ke dalam loyang yang telah diisi karamel tadi. Tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil. ****

4. Apabila air telah mula mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 minit dengan api yang sederhana.

5. Bila puding telah masak, keluarkan loyang daripada periuk kukusan. Jangan buka serta merta aluminium foil. Biarkan sehingga 5 minit. Selepas itu, bolehlah dibuka untuk menyejukkannya. Setelah sejuk, terbalikkan puding karamel ke atas pinggan / piring lebar yang leper dan simpan di dalam peti ais. Puding karamel sedia untuk dihidangkan dan sedap dimakan semasa sejuk.

Selamat mencuba.. huhuhu.. kredit untuk adik saya atas perkongsian resipi yang sedap ni..

PETUNJUK 
* saya gunakan susu cair, tak guna susu segar.
** saya blend aje gula tu bagi halus
*** saya gunakan telur gred C aje, telur jenama yang biasa jual kat pasaraya tulaa, huhuhu..
**** tak pernah beli pun aluminium foil, so saya tutup guna tudung periuk aje..kihkihkih

inilah hasil puding karamel dilihat dari atas..


dan karamel yang siap dimasak tu, aku potong kecil-kecil simpan dalam bekas tupperware untuk dibawa balik ke kuantan.. dah ramai-ramai tu, sekejap aje dah habis... huhuhu...


ni pulak pandangan setelah dipotong..agak nipis, mungkin sebab telur yang digunakan tu gred C..huhuhu..


disebabkan suami aku pun suka makan, minggu lepas aku buat lagi sekali untuk hidangan suamiku pulak.. :)




Friday, May 4, 2012

coklat sedap dah sampai.. :D

salam.. 2 minggu lepas aku ada order coklat buatan tangan daripada kak wati, sepupu en suami di baling, kedah melalui laman sosial, facebook. harga coklat tu rm50 untuk 50 pcs coklat, agak mahal tapi berbaloi sebab termasuk postage.. lagipun, bukan selalu aku mintak en suami belanja coklat yang aku rasa mahal, maklumlah rakyat marhaen.. hehehe.. selain daripada coklat, aku jugak ada order botol acuan roti jala, harganya rm18 untuk 2 botol, murah kan.. semua skali rm68. kak wati bagi diskaun rm5, tapi memandangkan mesin ATM tak terima rm5, makanya bila en suami bagi duit, aku masukkan rm70 ke akaun kak wati..

disebabkan botol acuan tu tak sampai lagi pada kak wati, (mungkin dia order atau beli kat tempat lain secara pukal) jadiknyer, kak wati tangguhkan dulu pengeposan coklat tu, sebab dia nak poskan coklat tu sekali dengan botol acuan tu.. lagipon dia hanya akan buat coklat tu bila ada tempahan je. Untuk makluman, (skema giler kot ayat, haha..) kak wati ni bisnes dari rumah melalui facebook. Tunggu punya tunggu, kak wati sms kata nak pos hari isnin, tapi aku bagitau, selasa cuti sempena hari pekerja, takut sampai lambat pulak, terperap kat pejabat pos, hehe.. so, dia balas kata dia akan pos hari rabu.. dan, hari khamis tengahari dah sampai pon kat opis aku.. tadaaaa.. hehehehe.. :D


sila abaikan contengan-contengan yang terdapat pada bungkusan tu ye.. hehehe..

aku koyakkan pembalut kertas tu cepat-cepat selepas gambar ditangkap, tak sabar nak menikmati rasa coklat tu dan nak tengok rupa coklat tu.. tapi rupernyer kak wati bungkus lagi macamni..


hadoi..banyaknyer selotep..huhuhu..

wahh.. memang cermat..huhuhuhuhu..nampaknyer, beliau memang betul-betul menjaga kualiti coklat buatannya, huhu.. dan dalamnya bukan sahaja terdapat coklat yang aku order tu, tapi juga duit baki rm5 daripada jumlah yang aku bank in kan tu.. rupernyer kak wati pulangkan bakinyer.. :D

dan kat bawah ni ialah coklat dan botol acuan yang aku beli tu setelah bungkusan tersebut ditanggalkan selotep dengan cermatnya, takut coklat patah / rosak, nanti tak nampak rupa sebenar macam gambar yang kak wati tag dalam facebook tuh, hahaha.. ;P

tengok, cantik je aku susun sebab nak tangkap gambar masuk dalam facebook dan jugak blog kann.. hehehehe..


inilah coklat dan juga botol acuan roti jala tu..

yang coklat rupa lolipop tu, aku dengan en suami dah merasa, itu free gift daripada kak wati untuk kami berdua, coklat bentuk bunga warna biru & ungu dua bijik tu pon free gift untuk kami.. yang tu dah selamat jugak.. hahahaha.. tinggal yang tengah-tengah, bungkusan macam biskut raya tu je kami belum cuba.. itulah coklat assorted filling yang aku tempah dari kak wati, sepupu en suami.. dan botol 2 bijik tulah botol acuan roti jala, sebotol tu aku nak bagi kat mama aku.. andai satu hari aku tak lupa, aku beroti jala, aku pos la entrinyer yee.. hehehe..

Wednesday, May 2, 2012

jom layan jiwang jap



salam, lagu ni tengah popular masa saya berada dalam darjah 6 kalau tak silap.. masa tu, saya, kakak serta adik selalu mendengar lagu ni dalam radio dan menyanyi ramai-ramai dalam bilik.. huhuhu..

lagu ni kata-katanya sangat membuai perasaan, pendek kata bagi orang yang jatuh cinta memang tangkap leleh laa.. hahaha..

so, jom layan.. share daripada youtube untuk anda semua.. buffering tu biasalah yee.. :)

Tuesday, May 1, 2012

cuti sempena hari buruh..

salam..seronok jugak sekali sekala dapat cuti sehari dalam minggu bekerja macam ni.. tapi lagi seronok kalau cuti ni jatuh pada hari isnin, semalam, bolehlah bercuti lama sikit.. dan seperti yang dijangka, ramai jugak pekerja kat opis aku tu ambik cuti tahunan untuk terus sambung ke hari ni.. tapi aku tak berkesempatan untuk buat macamtu.. disebabkan komitmen kerja, selain kebetulan bos aku dan juga seorang lagi rakan sekerja terlibat dalam program XPDC 4X4 ke Kuala Sat di Jerantut, jadi nak tak nak aku terpaksa 'standby' sorang-sorang kat department aku tu..huhuhu..

kepada majikan yang menggajikan pekerja, jalankan tanggungjawab anda, ok! ~gmbr sekadar hiasan, hehe..

hari ni, aku suami serta anak hanya duduk di rumah dan rehat-rehat sahaja..paling tidak pun, petang nanti baru kami keluar di sekitar bandar Temerloh untuk jalan-jalan dan ambil angin petang..kebetulan pula lagi, cuaca hari ni agak baik..

bercakap mengenai hari buruh, aku rasa macam tak sesuai dah rasanya hari ni dinamakan hari buruh sebab pekerja sekarang bukan sahaja terdiri daripada buruh-buruh, malah pelbagai lapisan pekerja, jadi aku rasa, mungkin lagi sesuai kalau ia ditukar kepada hari pekerja..huhuhu ~ edisi memandai-mandai..hehehe..

bagi yang bekerja, selamat hari buruh... manfaatkanlah cuti yang ada ini bersama keluarga tercinta atau kawan-kawan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..selamat bercuti!