Thursday, January 26, 2012

Sungai Klah Hot Springs, Felda Sg. Klah, Sungkai

salam semua..

cuti raya cina baru-baru ini, kami manfaatkan bersama adik beradik, ipar duai untuk berjalan dan berkelah di Sungai Klah Hot Springs, Sungkai, Perak..



aku dah dua kali sampai ke sini tapi encik suami baru pertama kali..sesampainya kami semua ke situ, kami menikmati makanan yang dibawa dari rumah..along dan adik aku dah sediakan makanan seawal pagi sebelum berangkat..antara menu ialah nasik goreng, bebola ikan, sandwich tuna, mihun goreng, cekodok bilis,air teh o dan air masak kosong..




seronok sangat aku dan suami melayani keletah anak2 saudara serta anak kami yang suka bermain dengan air..kami hanya berendam sekejap aje kat kolam air panas tu..kemudian, semuanya menghala ke kolam air sejuk yang airnya datang dari puncak gunung berhampiran..

selepas puas main air dan mandi manda, kami naik ke atas dan salin pakaian sambil makan makanan yang masih banyak..selepas tu, kami pergi merebus telur di kolam air panas yang suhunya mencecah lebih 100 darjah celcius..

kalau ikutkan perancangan asal, kami nak pergi satu keluarga pada penghujung cuti raya cina ni tapi memandangkan masing2 ada hal tersendiri, kami pergi lebih awal..itupun, hanya kami tiga beradik dengan keluarga masing2 aje..

insya-Allah, lain kali ada rezeki kami akan sampai lagi..

Wednesday, January 25, 2012

apabila anak dah boleh meniarap...

salam..

sesungguhnya hati nurani seorang ibu memang sangat laa rasa seronok apabila melihat perkembangan anak membesar di depan mata..setiap perubahan dan kepandaian anak akan diceritakan pada semua orang yang bertanya..

tapi, dalam blog ni takde org tanya pun, aku nak jugak bercerita..almaklum..seronok sangat ni kan..hehehe..

bila tengok zulaikha dah pandai mengiring, ramai yang menelah anak kami tak lama lagi akan meniarap..tunggu punya tunggu takde pulak dia meniarap..hu3..sampailah satu hari tu, aku baringkan dia atas tilam kecik dia tu,tiba2 bila aku berpaling, aku tengok dia dah meniarap..ya Tuhan, terus aku menjerit panggil encik suami yang tengah basuh kereta kat luar rumah..punyerlaa excited nak tunjuk kat encik suami, anak dah pandai meniarap..tapi untuk permulaan, dia cuma boleh meniarap sekejap2 aje..kemudian, dia cepat letih..

zulaikha yang dah mula letih.. hehehe..

tapi sekarang ni dia dah pandai angkat muka dengan kepala..tidur pun mengiring macam org besar..huhuhu..


zulaikha.. pandang walid cepat.. :)

Thursday, January 5, 2012

Lagenda Tasik Chini


salam..lama dah aku dok simpan kisah ni dalam draf..tapi x buat penerbitan sampai ke la ni..huhuhu..

mengikut cerita suami aku, kononnya kat tasik chini ni dulu ada seorang puteri yang dijaga oleh seekor naga..dan sesiapa pun dilarang atau tak dibenarkan memancing walau seekor ikan pun kat situ..

suami aku tu tidakla tahu sangat kisah sejarah lagenda tasik chini ni..jadi, aku tak dapatlah nak bercerita lebih lanjut tentang sebab musabab larangan memancing tu dan apa terjadi pada sang puteri dan naga tu..






cumanya, terdapat satu kisah benar yang betul2 terjadi di kampung dia..
masa tu tahun 80an..ada seorang pakcik ni, pegi memancing/memukat ikan kat tasik chini..beberapa hari kemudian, badan pakcik tu dipenuhi dengan sisik macam sisik ikan..sisik tu gatal dan berbau..satu felda dan kampung-kampung berhampiran kecoh tentang peristiwa tu sampaikan mendapat perhatian majalah mastika yang gemar menyiarkan kisah-kisah lagenda macam ni..

apa penyudahnya kisah pakcik tu tak pula diketahui, cuma menurut kata suami aku, pakcik tersebut masih hidup lagi tapi tidak keluar dari rumah kerana 'akalnya' kurang..mungkin dijaga/dipelihara oleh anak dan cucunya..Wallahuallam..

apapon, semuanya adalah ketentuan Allah SWT..apa sebenarnya yang berlaku, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui..

Tuesday, January 3, 2012

2012..tahun baru datang lagi..

salam semua..alahai..lama sudah tak berhapdate blog ni (lagi-lagi ayat ni kann)..bersawang sudaa..baru2 ni just menukar font dan color yang aku belajar drpd adik dan juga seorang kawan..almaklumlerr, tak reti mende2 alah ni sumer..serius, tgk blog org lain cantik ajer colourful bagai..blog aku, skematik rerama..huhuhu..







tahun 2012..tahun baru datang lagi..syukur alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan kehidupan pada hari ini..oleh itu, tahun baru ini sama-samalah kita memasang azam untuk kita capai..samaada azam baru, azam lama yang diperbaharui atau meneruskan azam lama yang masih tidak kesampaian..

bagi aku sendiri, syukur ke hadrat Illahi, terdapat keinginan yang lama aku simpan telah dapat dipenuhi pada awal tahun baru, baru-baru ini..sementelah dengan kehadiran anak dan suami, kini kami telah bertiga, serasakan semuanya masih baru dan segar..terdapat sedikit perubahan dalam hidup dengan hadirnya tahun baru kali ini..alhamdulillah, rezeki kami juga sejak akhir2 ini amat murah dikurnia Illahi..

oleh itu, tahun baru ini juga, perlulah bagi aku dan kelurgaku untuk semakin bersyukur kepada-Nya..moga hari-hari yang mendatang dipenuhi keberkatan-Nya..