Thursday, January 26, 2012

Sungai Klah Hot Springs, Felda Sg. Klah, Sungkai

salam semua..

cuti raya cina baru-baru ini, kami manfaatkan bersama adik beradik, ipar duai untuk berjalan dan berkelah di Sungai Klah Hot Springs, Sungkai, Perak..



aku dah dua kali sampai ke sini tapi encik suami baru pertama kali..sesampainya kami semua ke situ, kami menikmati makanan yang dibawa dari rumah..along dan adik aku dah sediakan makanan seawal pagi sebelum berangkat..antara menu ialah nasik goreng, bebola ikan, sandwich tuna, mihun goreng, cekodok bilis,air teh o dan air masak kosong..




seronok sangat aku dan suami melayani keletah anak2 saudara serta anak kami yang suka bermain dengan air..kami hanya berendam sekejap aje kat kolam air panas tu..kemudian, semuanya menghala ke kolam air sejuk yang airnya datang dari puncak gunung berhampiran..

selepas puas main air dan mandi manda, kami naik ke atas dan salin pakaian sambil makan makanan yang masih banyak..selepas tu, kami pergi merebus telur di kolam air panas yang suhunya mencecah lebih 100 darjah celcius..

kalau ikutkan perancangan asal, kami nak pergi satu keluarga pada penghujung cuti raya cina ni tapi memandangkan masing2 ada hal tersendiri, kami pergi lebih awal..itupun, hanya kami tiga beradik dengan keluarga masing2 aje..

insya-Allah, lain kali ada rezeki kami akan sampai lagi..

No comments:

Post a Comment