Sunday, December 2, 2012

kek batik

salam semua kawan-kawan blog dan pembaca..
lama jugak saya menyepi sejak raya Aidiladha dek frust sebab restoran cekik darah tu..
haha.. ok-ok, tipu je, takderla frust sangat, cuma kecewa.. tapi sebab sebenar ialah
malas nak update blog.. hehehe..

untuk minum petang hari ni, saya dah berfikir-fikir nak buat kek batik.. bayangkanlah, dah berkurun
adik saya share resipi ni dengan saya, tapi hari ni baru ada rasa nak buat, huhuhu..

so, tengahari tadi saya ke pasaraya terdekat untuk beli biskut marie sebab hanya itu sahaja bahan
yang tak cukup untuk saya mulakan sesi masak masak saya hari ni..

Bahan-Bahan :

biskut marie perisa original 300g dipatah-patahkan 2-3 patah
(biskut yang dijual tu 298g je 1 bungkus tp kira halal laa yer 2g lagi tu, huhu)
setengah buku butter @ 125g butter / planta (saya guna planta aje)
2 biji telur suhu bilik
1 cawan* serbuk koko
1/2 cawan* milo
1 cawan* air
3/4 cawan* gula

*sukatan cawan yang saya gunakan ialah satu cawan bekas dadih tu

Cara-cara :

1. Panaskan kuali / periuk dengan api sederhana perlahan. Masukkan air, serbuk koko, milo
dan gula. Kacau sehingga larut dan sebati.

2. Masukkan butter / planta dan kacau sehingga sebati.

3. Kecilkan api, kemudian masukkan telur. Kacau dengan cepat lebih kurang 30saat sehingga pekat dan padamkan api setelah itu.

4. Masukkan biskut dan gaul rata sehingga semua biskut diselaputi dengan coklat.

5. Ambil loyang berukuran 7/8 inci dan alas dengan kertas pembakar.

6. Masukkan semua adunan tadi ke dalam loyang dan tekankan adunan sehingga padat.

7. Sejukkan adunan dan masukkan ke dalam peti ais untuk beberapa jam.

8. Keluarkan kek batik daripada loyang dengan menarik keluar alas kertas pembakar tadi
dan potong kek mengikut kesukaan.

Sedia dihidangkan!


Tadaaa... inilah hasil kek batik saya.. comot2 sikit tepi tu abaikan jela ye
sebab saya tak gunakan kertas alas pembakar pun, ^_^



Terima kasih kepada adik saya sebab sudi berkongsi resipi yang sedap ni!

sebenarnya beberapa tahun yang lepas, saya pernah membuat kek batik ini tetapi hasilnya tidak
seperti yang saya dapati kali ini, dan Alhamdulillah, percubaan saya kali ini menjadi..

Apapun, selamat mencuba kepada kawan-kawan..