Haritu aku tak sangka sangat rupa2nya budak2 praktikal dengan seorang lagi rakan sekerja aku berpakat nak celebrate birthday aku dan juga perpisahan seorang pelajar praktikal..
Diorang ajak aku pergi makan kat pizza, aku jangkakan hanya sesi makan2 biasa2 jer, rupanya ada udang di balik spagetti,haha..
Fazrul,rakan sekerja aku rupanya dah belikan kek untuk aku dan juga untuk pelajar praktikal nazren sempena perpisahan dia minggu tu sebab tamat latihan industri..
Kitorang makan pizza besar-besaran haritu, masa nak bayar, duit aku tiba2 jadi tak laku, seorang pun tak nak ambil duit yang aku hulur,hu3.. Diorang kata besday mak girl takleh bayar,hu3..
Terharu sangat rasa sebab nila first time orang surprisedkan aku pada harijadi, kalau tak, biasa sambut dengan family dan suami, yang tu dah boleh dijangka..
Malamnya pulak, aku bercerita keseronokan tu pada en suami dan en suami pulak bawak aku makan kat restoran merrybrown..
Terima kasih kepada quin, lee, fazrul, husna dan nas yang bersusah payah plan semua ni..
Terima kasih jugak pada en suami kerana sudi meraikan harijadi aku walau dalam kesederhanaan cuma, yang penting bagi aku ialah ingatan..
aku, husna dan nazren.. |
quin, lee, fazrul, aku dan husna.. gmbr ni nas yg snap.. ^_^ |
Kenangan indah ni akan dikenang selamanya, insya-Allah..