Haritu aku tak sangka sangat rupa2nya budak2 praktikal dengan seorang lagi rakan sekerja aku berpakat nak celebrate birthday aku dan juga perpisahan seorang pelajar praktikal..
Diorang ajak aku pergi makan kat pizza, aku jangkakan hanya sesi makan2 biasa2 jer, rupanya ada udang di balik spagetti,haha..
Fazrul,rakan sekerja aku rupanya dah belikan kek untuk aku dan juga untuk pelajar praktikal nazren sempena perpisahan dia minggu tu sebab tamat latihan industri..
Kitorang makan pizza besar-besaran haritu, masa nak bayar, duit aku tiba2 jadi tak laku, seorang pun tak nak ambil duit yang aku hulur,hu3.. Diorang kata besday mak girl takleh bayar,hu3..
Terharu sangat rasa sebab nila first time orang surprisedkan aku pada harijadi, kalau tak, biasa sambut dengan family dan suami, yang tu dah boleh dijangka..
Malamnya pulak, aku bercerita keseronokan tu pada en suami dan en suami pulak bawak aku makan kat restoran merrybrown..
Terima kasih kepada quin, lee, fazrul, husna dan nas yang bersusah payah plan semua ni..
Terima kasih jugak pada en suami kerana sudi meraikan harijadi aku walau dalam kesederhanaan cuma, yang penting bagi aku ialah ingatan..
aku, husna dan nazren.. |
quin, lee, fazrul, aku dan husna.. gmbr ni nas yg snap.. ^_^ |
Kenangan indah ni akan dikenang selamanya, insya-Allah..
alhamdulillah, seronok jgk ada kawan2 yang buat birthday surprise kt kita. rasanya setiap seorg mesti pnh disurprise kn oleh kawan2nya walaupun sekali pd hari jadi mereka, itulah kenangan yang akan dibawa dan dikenang sampai bila-bila. benar kata org, ingatan orang pd hari tersebut lebih bermakna berbanding hadiah itu sendiri. btw, selamat hari lahir, dh bmw 3 series dh tu.hehehe...
ReplyDeletetq untuk komen dan ucapan dan nak ucap tq jugak untuk hadiah buku yang sungguh bermakna tu.. :)
Deletesalam kenal, dah follow blog ni
ReplyDeletesalam kenalan juga buat damia umairah, terima kasih sebab sudi follow blog saya yang tak seberapa ni.. ;)
Delete