hari ni hari yang ceria gitu sebab hari ni hari gaji bagi pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja kerajaan, juga merupakan hari masuk bonus jugak, haha.. selamat berbelanja dengan berhemah yee.. bayar apa yang patut, beli apa yang perlu, dan kalau boleh menabungla demi masa depan dan demi masa sesak / susah / diluar jangka.. hoho..
oklaa, tu cuma mukadimah je yang takdek kena mengena dengan tajuk.. :P
baru-baru ni, hujung November, adik aku bersama suaminya, mama, abah dan jugak adik bongsu aku, mereka berlima semuanya berpeluang bercuti di Jakarta-Bandung selama 4H 3M..
seronoknyalaa mereka tu, masa aku entah bilalah boleh tiba.. nampaknya mungkin aku kena menabung jugak baru boleh sampai ke sana.. *_*
so, minggu lepas aku balik ke rumah mama abah aku, kebetulan adik beradik aku juga turut balik sebab yang pergi tu nak berikan souvenir kat kami-kami yang tak pergi ni..
so, ini la yang aku dapat..
sepasang kain pasang koten sulam2, dan jugak sehelai t-shirt tulisan bandung utk en suami aku.. huhu.. |
menurut kata mama aku, harga pasaran semasa kain pasang tu di Malaysia adalah RM 120.00 sepasang (4m).. tapi, di Bandung, kosnya hanya lebih kurang RM 40.00 sahaja.. murah kan..
tengok baju pon dah comot, kene kek batik, huhu.. |
selain tu, kami dapat jugak keychain dan jugak magnetic fridge.. apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada adikku dan suaminya, serta kepada mama dan abahku atas pemberian ini.. aku sangat suka dan menghargainya.. huhu..
p/s : klu ikutkan banyak dah yang aku dpt gift; ada dari vietnam, korea, paris, london, vienna, australia, mekah.. dan mungkin ada yang aku tertinggal senarai negara jugak barangkali.. semuanya dari adik aku, huhuhu... untung beliau berjalan-jalan ke negara orang.. hujung Dis nak ke Beijing pulak katanya.. seronoknya beliau.. *_*