Tuesday, December 18, 2012

gifts from bandung.. ;)

salam dan selamat pagi semua..

hari ni hari yang ceria gitu sebab hari ni hari gaji bagi pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja kerajaan, juga merupakan hari masuk bonus jugak, haha.. selamat berbelanja dengan berhemah yee.. bayar apa yang patut, beli apa yang perlu, dan kalau boleh menabungla demi masa depan dan demi masa sesak / susah / diluar jangka.. hoho..

oklaa, tu cuma mukadimah je yang takdek kena mengena dengan tajuk.. :P

baru-baru ni, hujung November, adik aku bersama suaminya, mama, abah dan jugak adik bongsu aku, mereka berlima semuanya berpeluang bercuti di Jakarta-Bandung selama 4H 3M..

seronoknyalaa mereka tu, masa aku entah bilalah boleh tiba.. nampaknya mungkin aku kena menabung jugak baru boleh sampai ke sana.. *_*

so, minggu lepas aku balik ke rumah mama abah aku, kebetulan adik beradik aku juga turut balik sebab yang pergi tu nak berikan souvenir kat kami-kami yang tak pergi ni..

so, ini la yang aku dapat..

sepasang kain pasang koten sulam2, dan jugak sehelai t-shirt tulisan bandung utk en suami aku.. huhu..
kain pasang dan t-shirt tu pemberian dari adik aku untuk aku dan jugak en suami..
menurut kata mama aku, harga pasaran semasa kain pasang tu di Malaysia adalah RM 120.00 sepasang (4m).. tapi, di Bandung, kosnya hanya lebih kurang RM 40.00 sahaja.. murah kan..

dan ni pulak untuk si kecik zulaikha, pemberian dari mamaku.. dah pakaikan pun untuk dia sabtu baru-baru ni.. huhuhu..

tengok baju pon dah comot, kene  kek batik, huhu..

selain tu, kami dapat jugak keychain dan jugak magnetic fridge.. apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada adikku dan suaminya, serta kepada mama dan abahku atas pemberian ini.. aku sangat suka dan menghargainya.. huhu..

p/s : klu ikutkan banyak dah yang aku dpt gift; ada dari vietnam, korea, paris, london, vienna, australia, mekah.. dan mungkin ada yang aku tertinggal senarai negara jugak barangkali.. semuanya dari adik aku, huhuhu... untung beliau berjalan-jalan ke negara orang.. hujung Dis nak ke Beijing pulak katanya.. seronoknya beliau.. *_*

2 comments:

  1. takpe, insya Allah ada rezeki nanti, peluang puan hanie sekeluarga pula berjalan2 ke negara org..hu3..kata org, banyak berjalan luas pemandangan..insya Allah rezeki dan peluang tu pasti ada...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, kene start menabung laa ni, hehe.. ;)

      Delete