Thursday, December 27, 2012

wordless thursday : cara lipat tudung & simpan tudung

step 1 : bentangkan

step 2 : lipat belah kiri & kanan

step 3 : gulung hujung bawah ke atas

step 4 : masukkan tepi kiri dlm awning

last step : msukkan tepi kanan dlm awning, siap!

ni pulak cara aku susun tudung bawal dlm lemari, senang.. T__T

Tuesday, December 18, 2012

gifts from bandung.. ;)

salam dan selamat pagi semua..

hari ni hari yang ceria gitu sebab hari ni hari gaji bagi pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja kerajaan, juga merupakan hari masuk bonus jugak, haha.. selamat berbelanja dengan berhemah yee.. bayar apa yang patut, beli apa yang perlu, dan kalau boleh menabungla demi masa depan dan demi masa sesak / susah / diluar jangka.. hoho..

oklaa, tu cuma mukadimah je yang takdek kena mengena dengan tajuk.. :P

baru-baru ni, hujung November, adik aku bersama suaminya, mama, abah dan jugak adik bongsu aku, mereka berlima semuanya berpeluang bercuti di Jakarta-Bandung selama 4H 3M..

seronoknyalaa mereka tu, masa aku entah bilalah boleh tiba.. nampaknya mungkin aku kena menabung jugak baru boleh sampai ke sana.. *_*

so, minggu lepas aku balik ke rumah mama abah aku, kebetulan adik beradik aku juga turut balik sebab yang pergi tu nak berikan souvenir kat kami-kami yang tak pergi ni..

so, ini la yang aku dapat..

sepasang kain pasang koten sulam2, dan jugak sehelai t-shirt tulisan bandung utk en suami aku.. huhu..
kain pasang dan t-shirt tu pemberian dari adik aku untuk aku dan jugak en suami..
menurut kata mama aku, harga pasaran semasa kain pasang tu di Malaysia adalah RM 120.00 sepasang (4m).. tapi, di Bandung, kosnya hanya lebih kurang RM 40.00 sahaja.. murah kan..

dan ni pulak untuk si kecik zulaikha, pemberian dari mamaku.. dah pakaikan pun untuk dia sabtu baru-baru ni.. huhuhu..

tengok baju pon dah comot, kene  kek batik, huhu..

selain tu, kami dapat jugak keychain dan jugak magnetic fridge.. apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada adikku dan suaminya, serta kepada mama dan abahku atas pemberian ini.. aku sangat suka dan menghargainya.. huhu..

p/s : klu ikutkan banyak dah yang aku dpt gift; ada dari vietnam, korea, paris, london, vienna, australia, mekah.. dan mungkin ada yang aku tertinggal senarai negara jugak barangkali.. semuanya dari adik aku, huhuhu... untung beliau berjalan-jalan ke negara orang.. hujung Dis nak ke Beijing pulak katanya.. seronoknya beliau.. *_*

Saturday, December 15, 2012

zulaikha dah pandai berjalan.. ^_^

salam semua..

lebih kurang dua minggu lepas, saya dan suami memerhatikan pergerakan anak kami, zulaikha yang kerap ingin mencuba berjalan, dan kami beri galakan.. dengan galakan yang kami berikan hampir setiap hari, akhirnya zulaikha dah boleh berjalan pun.. syukur sebab saya dan suami agak risau kerana umurnya sudah mencecah 1 tahun 3 bulan, tapi masih belum berjalan.. akhirnya anak kami dah pandai berjalan walaupun agak lambat.. huhu..

seronok sangat sejak dapat kaki ni.. >.<

tengah teragak-agak nak berjalan, takut-takut je, hehehe

ni versi tak pakai baju sebab makan coklat habis kene baju.. adui.. huhu..

sejak dah pandai berjalan ni, merata ceruk dalam rumah dia dah pergi,cuma ke dapur je tak pernah masuk..
sebab saya dan suami dah ajar dia tak bagi masuk situ.. setakat ni dia tak pernah lagila berani masuk ke sana melainkan kalau kami yang angkat dia.. cuma tak bagi dia jejak ke dapur sebab kadang tu dapur agak kotor dan lantai berminyak.. lagipun ada bakul sampah, bimbang dia main je.. >.<

seronok sebenarnya layan karenah zulaikha yang semakin membesar dengan sihat sempurna, syukur dengan Tuhan yang mengurniakan kami permata yang sungguh bernilai ini.. :)

Tuesday, December 4, 2012

masak-masak : nasi hujan panas

salam semua..

dah lama betul terperuk resipi yang saya nak kongsikan dengan kawan-kawan ni.. hehehe..

beberapa minggu selepas saya buat open house dulu, saya ada meminta resipi nak buat nasi hujan panas ni dengan adik saya.. sikit-sikit adik, sikit-sikit adik.. hehehe.. kalau korang semua nak tau, sumber masak-masak saya ialah tiga orang dalam hidup saya. Pertama, of course laa mama saya, keduanya adik saya dan ketiga barulah kakak saya. Dengan mama atau kakak saya, saya hanya merujuk dengan mereka resipi yang biasa-biasa sahaja, tapi kalau dengan adik saya, saya akan rujuk dengan beliau resipi yang luar biasa, hehehe.. takderla luar biasa mana pun, cuma jarang-jarang dicuba / dimasak sebab adik saya ni suka mencuba masakan, malah macam-macam dah dia masak yang mana, semua keluarga kami suka makan dan puji masakan beliau.. huhu..

ok-ok.. dah melalut ke cerita lain pulak, hehehe..
jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara-cara nak masak nasi hujan panas ni..

Bahan-bahan :

untuk nasi :


beras basmati 2 cawan*
air 3 cawan*
1 kiub ayam
sehelai daun pandan
pewarna hijau, merah dan kuning.

* sukatan cawan yang saya gunakan ialah sukatan bekas dadih

untuk tumis : 


sedikit halia

2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
1 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga)


untuk hiasan :

kismis, bawang goreng dan kacang gajus


 
cara-cara :

1. Cuci beras, rendam 10 minit dan toskan
2. Hiris nipis bawang putih, halia dan bawang besar
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali dan tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang-bawang, halia dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air, kiub dan daun pandan. Setelah sebati, tutup api.
5. Masukkan beras yang telah direndam tadi dalam rice cooker dan tuang bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk. Masukkan air yang selebihnya dan masak sehingga nasi masak.
6. Apabila nasi telah kering. buat tiga lubang dengan menggunakan sudu besar. Letak satu pewarna berlainan untuk setiap satu lubang. Tiap satu pewarna, gunakan sudu kecil sahaja.
7. Tutup kembali periuk. Selepas 5 minit, gemburkan nasi tadi dan sebatikan warna nasi tersebut.
8. Hiaskan nasi dengan bawang goreng, gajus dan kismis.
9. Hidangkan.



Bahan-bahan lauk ayam masak merah :

Setengah ekor ayam dipotong sederhana, dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng.

  Bahan-bahan kisar :

2 sudu besar cili kering
sedikit halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato dipotong bulat
1/2 cawan sos tomato
Gula dan garam secukupnya


Bahan-bahan hiasan :

1/2 biji bawang besar
sedikit kacang peas


Cara-cara :

1. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato hingga baik bau.
2. Masukkan sos tomato, buah tomato dan sebatikan. Tumis hingga naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan hingga kuah menjadi pekat, gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan-bahan hiasan, sebatikan. Tutup api. Hidangkan.

Bahan-bahan kari dalca :


25g rempah dalca
1 biji santan kelapa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit asam jawa
100g kacang dal (direbus sehingga masak / empuk / lembut terlebih dahulu)
200g daging / ayam (dipotong kecil-kecil)
10 batang kacang panjang (dipotong kecil-kecil dan pendek)
2-3 biji ubi kentang (dipotong suka hati)
2-3 batang lobak (dipotong panjang dan petak)
2-3 biji terung (dipotong kecil)

Bahan-bahan penumis :

bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk / dikisar / dimayang)

sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
sedikit minyak masak

Cara-cara : 

1. Perahkan air asam jawa dan masukkan rempah dalca, gaul sebati, ketepikan.

2. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis bahan penumis sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah dalca dan biarkan garing seketika.
4. Masukkan santan, kacang dal dan daging. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan sayur-sayuran tadi sehingga masak.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Sedia dihidangkan.

hmm... banyaknya bahan-bahan yang perlu dimasak yer.. ada nasi, ayam masak merah dan kari dalca..
so inilah hasilnyer..

lama dah buatnya, tapi baru sekarang nak post share resipi, hihik..


so, kepada kawan-kawan yang nak mencuba masakan ni, bolehla mencubanya di rumah, lebih-lebih lagi
musim-musim cuti sekolah ni, bolehlah dimasak dan dihidangkan kepada suami, anak-anak dan keluarga..

selamat mencuba ye! ^_^

Monday, December 3, 2012

anniversary

salam semua..

baru-baru ni saya menyambut ulangtahun perkahwinan saya yang ke-2, bersama suami dan juga anak
kami.

kami meyambutnya ala kadar sahaja, seperti kebiasaan, disebabkan en suami suka makan ayam goreng kfc, kami semua meraikannya di restoran kfc berdekatan bandar Temerloh. Seronoknya Zulaikha anak kami
bila disuapkan ayam dan juga kentang goreng.

Kami cepat-cepat menyudahkan makan malam kami disitu dan segera ke restoran mamak pula. Sebabnya, malam tu ada Perlawanan bola AFF Suzuki antara Malaysia menentang Laos. Tak sia-sia kami menonton bersama-sama kerana akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan keputusan Malaysia (4) - Laos (1).

Kami sengaja memilih untuk menonton bola di kedai mamak kerana ingin menghabiskan masa bersama-sama diluar selain suasana menonton beramai-ramai begitu agak berbeza jika dibandingkan jika menonton di rumah. Lagipula, siaran televisyen RTM1 di rumah kami kurang jelas.




Tahun ini agak berbeza cara kami menyambut ulagtahun perkahwinan kami, walaubagaimanapun,
saya amat rasa bahagia dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak tersayang, umurnya yang sudah mencecah 1 tahun 3 bulan tepat pada ulangtahun kami, melayani keletahnya benar-benar membahagiakan kami.

Saya mendoakan semoga perhubungan kami serta ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Moga kawan-kawan dan pembaca turut mendoakan kebahagiaan kami. Amin, Ya Rabbal Alamin..

Sunday, December 2, 2012

kek batik

salam semua kawan-kawan blog dan pembaca..
lama jugak saya menyepi sejak raya Aidiladha dek frust sebab restoran cekik darah tu..
haha.. ok-ok, tipu je, takderla frust sangat, cuma kecewa.. tapi sebab sebenar ialah
malas nak update blog.. hehehe..

untuk minum petang hari ni, saya dah berfikir-fikir nak buat kek batik.. bayangkanlah, dah berkurun
adik saya share resipi ni dengan saya, tapi hari ni baru ada rasa nak buat, huhuhu..

so, tengahari tadi saya ke pasaraya terdekat untuk beli biskut marie sebab hanya itu sahaja bahan
yang tak cukup untuk saya mulakan sesi masak masak saya hari ni..

Bahan-Bahan :

biskut marie perisa original 300g dipatah-patahkan 2-3 patah
(biskut yang dijual tu 298g je 1 bungkus tp kira halal laa yer 2g lagi tu, huhu)
setengah buku butter @ 125g butter / planta (saya guna planta aje)
2 biji telur suhu bilik
1 cawan* serbuk koko
1/2 cawan* milo
1 cawan* air
3/4 cawan* gula

*sukatan cawan yang saya gunakan ialah satu cawan bekas dadih tu

Cara-cara :

1. Panaskan kuali / periuk dengan api sederhana perlahan. Masukkan air, serbuk koko, milo
dan gula. Kacau sehingga larut dan sebati.

2. Masukkan butter / planta dan kacau sehingga sebati.

3. Kecilkan api, kemudian masukkan telur. Kacau dengan cepat lebih kurang 30saat sehingga pekat dan padamkan api setelah itu.

4. Masukkan biskut dan gaul rata sehingga semua biskut diselaputi dengan coklat.

5. Ambil loyang berukuran 7/8 inci dan alas dengan kertas pembakar.

6. Masukkan semua adunan tadi ke dalam loyang dan tekankan adunan sehingga padat.

7. Sejukkan adunan dan masukkan ke dalam peti ais untuk beberapa jam.

8. Keluarkan kek batik daripada loyang dengan menarik keluar alas kertas pembakar tadi
dan potong kek mengikut kesukaan.

Sedia dihidangkan!


Tadaaa... inilah hasil kek batik saya.. comot2 sikit tepi tu abaikan jela ye
sebab saya tak gunakan kertas alas pembakar pun, ^_^



Terima kasih kepada adik saya sebab sudi berkongsi resipi yang sedap ni!

sebenarnya beberapa tahun yang lepas, saya pernah membuat kek batik ini tetapi hasilnya tidak
seperti yang saya dapati kali ini, dan Alhamdulillah, percubaan saya kali ini menjadi..

Apapun, selamat mencuba kepada kawan-kawan..