Sunday, October 28, 2012

restoran cekik darah di Aidiladha

Salam semua..

Pastinya di Aidiladha, antara kita akan ada kenangan samada manis, pahit, lucu malah tak ketinggalan barangkali kesedihan pula yang muncul di saat kita semua meraikan Hari Kebesaran dalam bulan Islam, iaitu Hari Raya Aidiladha.

Bagi aku sekeluarga, kami meraikan Aidiladha dengan penuh kesederhanaan kerana kali ini aku beraya di rumah mertua. Keluarga mertua tidak mengambil bahagian untuk korban / akikah, dan tidak juga ke Tanah suci, disebabkan itu mereka hanya menyambut perayaan ini dengan bersederhana.

Hari raya pertama, aku bersama suami dan anakku berserta keluarga mertua berpeluang ke Air Kuning, Kampar, Perak kerana mengunjungi adik iparku iaitu adik kelima suamiku disebabkan bapa mertuaku yang mula merindui cucunya yang telah berpindah ke Perak.

Kami kesana sehari sahaja dan pada malamnya, terus bergerak pulang ke Pahang. Kami sampai di Temerloh pada jam 2pagi, memandangkan suamiku telah kepenatan untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan untuk beraya ke rumah keluargaku pula. Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah terlebih dahulu untuk tidur dan berehat dan memutuskan untuk pulang ke Kuantan pada pagi esoknya.

Pagi sabtu, jam 9pagi, kami bergerak ke Kuantan dan kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi di rumah keluargaku. Mama memasak nasi tomato dimakan bersama kari daging, ayam masak tomato, acar dan juga keropok popodom.

Malamnya, kami semua telah merancang untuk menyambut hari lahir adik bongsuku yang sepatutnya ialah pada 20 Oktober tetapi memandangkan adik bongsuku itu bersekolah jauh di Terengganu, kami semua bersepakat untuk menyambut pada minggu raya haji kali ini.

Kami semua menyambutnya di Restoran Awana Seafood yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, yang merupakan antara destinasi menarik / port makan-makan malam seafood yang banyak terdapat di Kuantan.

Adik bongsu yang hepi potong kek blackforest secret recipe

Selesai makan, aku ingin membayarnya. Aku yang bayar kerana aku telah berjanji untuk belanja ahli keluargaku sempena aku mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang terdahulu.

Apabila aku selesai membayarnya, kami semua berkumpul di luar dan terperanjat dengan harga yang dikenakan!!

Dengan hidangan yang sederhana, aku terpaksa bayar dengan harga yang pada perkiraan aku memang sangat tak patut!!!

Menu :

Nasi Putih x 3 bekas RM 12.00
Ayam Goreng Kunyit untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Sotong Goreng Tepung untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 30.00
Kailan Ikan Masin untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Kerabu Bilis (aka lebih kepada bilis goreng bawang) untuk 3 orang makan x 2 hidang RM27.00
Tom Yam campur untuk 3 orang makan x 2 hidang RM 27.00
Air Fresh Orange 1 jag RM 34.00
Milo Ais RM 1.80
Teh O Ais RM 1.30
Air Suam RM 0.10
Air Batu Kosong 1 jag RM 2.50

JUMLAH RM 189.00

YANG AKU BOLDKAN TU LAA HARGA MAKANAN CEKIK DARAH!!!

ingatlaa nama restoran ni... jangan pergi..!!!!


ni laa nama kedai yang cekik darah tu!!!


masa aku nak bayar tu, sebenarnya ada seorang customer cina dah bertekak dengan tauke kedai tu, aku tak amik peduli sebab aku ingatkan dia marah-marah sebab hidangan sampai lambat, pada aku normal laa musim raya gini, ramai orang..

rupanya, adik aku kata dia marah-marah sebab dia persoalkan pasal harga makanan..

terus terang aku cakap, kami semua menyesal memilih restoran tersebut.. pada hemat aku dan keluarga aku,
tauke tersebut sengaja menekan harga makanan untuk mengambil kesempatan. Ini kerana pada musim perayaan, banyak kedai lain yang tutup dan hanya tertumpu kepada kedai-kedai tertentu yang kebetulan buka pada hari raya termasukla kedai dia.

aku masih ingat lagi, pada hari raya Aidilfitri yang lalu, adikku telah terkena situasi yang sama di sebuah kedai makan di Bandar Permaisuri, Terengganu. Untuk kiraan pertama, semuanya berjumlah RM 90.00, menu nasi putih, lauk campur-campur dan hampir kesemua kami minum air kosong sahaja kerana kepanasan dan haus. Disebabkan tidak berpuas hati, adikku menyuruh tauke kedai mengira untuk kali kedua, harga tersebut dah jadi RM 98.00 pula.. Sudahla tiada tanda harga makanan diletakkan, bila suruh kira kali kedua, lain pula jadi harganya...!!! Akhirnya, kami semua bersepakat untuk membayar harga yang kali pertama dikira.

Cerita ini adalah kisah benar yang aku kongsikan untuk pengajaran dan peringatan kepada orang lain yang ingin berkunjung ke Tanjung Lumpur, Kuantan, supaya berhati-hati dengan restoran yang aku letakkan gambar papan tanda nama restorannya kat atas tu.








Tuesday, October 23, 2012

Salam Aidiladha

Salam semua..

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (QS. Al-Hajj, 22 : 27)


"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (QS. Al-Hajj, 22: 34)



Tanah Suci Mekah
 Allah SWT mengurniakan perayaan ini bukan sekadar hari bergembira umat Islam malah jauh lagi tujuannya yang barangkali sukar untuk manusia biasa memikirkannya. Namun antara 'ibrah (pengajaran) yang boleh diambil ialah berkenaan seruan pengorbanan yang dituntut oleh Allah AWT. Pensyariatan Eidul Adha boleh dilihat dari sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S berkenaan pengorbanan tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua nabi tersebut. Ketika mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih Nabi Ismail, Baginda telah membenarkan mimpi tersebut bahawa segala perintah Allah wajib dipercayai dan dilaksanakan. Begitu juga Nabi Ismail yang merelakan diri kerana iman yang cukup kukuh terhadap Allah dan kefahaman yang tinggi terhadap kewajipan melaksanakan tuntutan dan syariat Allah SWT. Setelah terbukti kesabaran, pengorbanan dan ketaatan kedua-dua nabi Allah tersebut, Allah melarang menyembelih Nabi Ismail dan menggantikan korban dengan seekor sembelihan. Kisah ini boleh dirujuk dalam Al-Quran surah As-Saffat (37) ayat 102-107.

Sumber : PERKIM  



Gambar Sekadar Hiasan

Oleh itu, kesempatan ini saya tujukan buat keluarga dan sahabat-sahabat, moga kita mengambil pengajaran disebalik pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.   Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, selamat menunaikan ibadah haji bagi yang ke Tanah Suci Mekah dan selamat menunaikah ibadah korban atau akikah bagi yang mengambil bahagian. Maafkan segala kekhilafan.

Thursday, October 11, 2012

Promosi Istimewa

Swiss Garden Resort & Spa, Damai Laut, Lumut, Perak

Promosi percutian di Hotel Swiss Garden Hotel bertaraf 4 Bintang, lokasi di

1. Kuantan, Pahang ; (Berhampiran pantai)
2. Kuala Lumpur ; (Di tengah-tengah kota)
3. Damai Laut, Lumut, Perak (Berdekatan dengan jeti ke Pulau Pangkor)

Harga promosi yang ditawarkan ialah
RM 160.00 satu malam (Hari biasa)
RM 180.00 satu malam (Hari Minggu/Cuti Am)

Harga bilik untuk satu malam tidak termasuk sarapan. Harga promosi hanya ditawarkan untuk bilik Deluxe Room yang boleh memuatkan dua (2) orang dewasa. Jika inginkan bilik Studio Room, harga adalah sama seperti yang ditawarkan. Bilik selain dari bilik ini, tiada promosi ditawarkan.


Deluxe Room

Jika inginkan pakej bilik termasuk sarapan, anda diminta menambah kos sebanyak RM 40.00 sehari untuk tiga (3) orang dewasa atau dua (2) orang dewasa, dua (2) orang kanak-kanak.

Pengesahan penempahan (booking confirmation) hanya akan dilakukan selepas bayaran diterima dalam tempoh 24jam selepas penempahan (booking) dibuat. Segala urusan hendaklah dilakukan dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bayaran hendaklah dalam bentuk tunai sahaja (cash money) samada melalui Mesin Teller Automatik (ATM), CIMBClicks, Maybank2U dan sebagainya. Bayaran melalui cek tidak akan diterima.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan lanjut, anda diminta meninggalkan alamat emel di ruangan komen untuk saya hubungi kemudian. Segala pertanyaan berbentuk umum, bolehlah ditanya di ruangan komen, manakala untuk pertanyaan berbentuk sulit, saya akan jawab melalui emel yang ditinggalkan.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT. TAWARAN INI HANYA TERBUKA SEMENTARA MASIH ADA KOSONG. SILA TINGGALKAN EMEL ANDA UNTUK SAYA DAPATKAN INFO SEPERTI NAMA, NO TELEFON DAN TARIKH PERCUTIAN. JIKA TARIKH YANG DIBERI TIADA KEKOSONGAN, SAYA AKAN DAPATKAN TARIKH YANG TERDEKAT DENGAN PIHAK HOTEL.

Terima kasih.

UPDATE : PROMOSI INI HANYA DITAWARKAN SETAHUN SEKALI SAHAJA DAN TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN OLEH PIHAK HOTEL. HARGA JUGA MUNGKIN BERUBAH DARI MASA KE SEMASA. SEKIAN MAKLUMAN.


Wednesday, October 10, 2012

kompilasi kisah hidup

salam semua.. yeahhh, akhirnya aku muncul kembali setelah lama mendiamkan diri akibat kemalasan melanda nak hapdate belog ni.. bila tengok tajuk je pon dah boleh agak, nampak nau banyak kisah hidup aku yang tertangguh nak cerita sampai kena buat kompilasi, kahkahkah.. ;P

RAYA

raya aku lalui dengan sungguh gembira, almaklumlah, tahun ni aku kali kedua beraya bertiga bersama suami dan anak.. tapi yang membuatkan raya aku lebih bermakna ialah anak aku dah pun hampir mencecah setahun dan tahun ni aku serta adik beradik berkumpul keseluruhan di Kuantan, Pahang.. :)

raya kedua kami semua bergerak ke Terengganu serta Kelantan.. Kami menghabiskan cuti selama 3hari di sana dengan menziarahi atuk dan nenek, saudara mara dan berjalan-jalan atau orang panggil shopping mopping, hehehe..

bergambar di hari raya pertama.. :)

shopping di pengkalan kubur, kelantan

OPEN HOUSE

tarikh 16 september 2012 menjadi pilihan aku dan en suami untuk membuat majlis open house kecil-kecilan di rumah kami di Temerloh. Inilah kali pertama kami mengajak keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan makan-makan beramai-ramai di rumah kami.

Kakak serta adik aku yang datang dari KL banyak membantu aku dalam menjayakan majlis kami.
Adik aku telah memasak hidangan nasi hujan panas (warna warni) dimakan bersama kari dalca, ayam masak merah dan acar, manakala aku telah menempah sate dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang serta mee goreng. Untuk dessert pulak, ada puding koktel serta agar-agar sirap yang adik aku buat dan buah tembikai.. bila mama dan abah pulak sampai dari Kuantan, mama membawa karipap serta kuih temosa segera dan digoreng serta dihidangkan sebagai makanan sampingan.. Minuman ada 3 jenis, air sarsi, air lemon teh dan air teh o.. walaupun majlisnya simple tapi alhamdulillah, sehingga ke malam pun masih ada kawan-kawan en suami yang datang dan hidangan mencukupi..

aku buat ni pun kerana aku dapat imbuhan sempena aku dapat APC yang lepas, jadi aku kongsikan rezeki ni dengan keluarga dan kawan-kawan.. walaupun penat tapi hati aku rasa puas dan gembira..

MOTORSIKAL DAN PEMBERIAN DARI SUAMI

Dua minggu selepas majlis, kami telah berkeputusan untuk membelikan sesuatu yang berharga dan bernilai untuk puteri kami. Itupun kami membelinya dengan menggunakan duit hasil pengumpulan duit raya puteri kami yang dikumpul dari tahun lepas dan tahun ini serta kami menambah dalam seratus dua ringgit lagi untuk mendapatkannya. Bukan apa, aku tak mahu duit anakku tu habis digunakan oleh kami begitu sahaja tatkala sesak melanda, sekurangnya dengan membelikan dia sesuatu, ada la jugak sesuatu hasil duit rayanya itu, hehehe.

En suami aku pulak dah lama nak pakai motor untuk berulang alik ke tempat kerja disebabkan jarak antara tempat kerja dengan rumah memakan masa hampir setengah jam membuatkan kos untuk minyak kereta menjadi tinggi. Disebabkan itu, en suami aku bercadang untuk membeli sebuah motor.. setelah berbincang, en suami membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal Yamaha Lagenda second hand dan duit lebihan daipada pembelian motor tersebut, en suami telah membelikan aku sesuatu yang sudah lama beliau janjikan untuk aku.. pemberian yang sangat-sangat aku nantikan.. hati aku pastilah berbunga-bunga gembira.. terima kasih sayang..

itulah antara kompilasi kisah hidup aku dalam dua bulan kebelakangan ni.. taklah menarik mana tapi cukuplah untuk aku berasa gembira dan bahagia dengan apa yang aku lalui.. :)