Thursday, October 11, 2012

Promosi Istimewa

Swiss Garden Resort & Spa, Damai Laut, Lumut, Perak

Promosi percutian di Hotel Swiss Garden Hotel bertaraf 4 Bintang, lokasi di

1. Kuantan, Pahang ; (Berhampiran pantai)
2. Kuala Lumpur ; (Di tengah-tengah kota)
3. Damai Laut, Lumut, Perak (Berdekatan dengan jeti ke Pulau Pangkor)

Harga promosi yang ditawarkan ialah
RM 160.00 satu malam (Hari biasa)
RM 180.00 satu malam (Hari Minggu/Cuti Am)

Harga bilik untuk satu malam tidak termasuk sarapan. Harga promosi hanya ditawarkan untuk bilik Deluxe Room yang boleh memuatkan dua (2) orang dewasa. Jika inginkan bilik Studio Room, harga adalah sama seperti yang ditawarkan. Bilik selain dari bilik ini, tiada promosi ditawarkan.


Deluxe Room

Jika inginkan pakej bilik termasuk sarapan, anda diminta menambah kos sebanyak RM 40.00 sehari untuk tiga (3) orang dewasa atau dua (2) orang dewasa, dua (2) orang kanak-kanak.

Pengesahan penempahan (booking confirmation) hanya akan dilakukan selepas bayaran diterima dalam tempoh 24jam selepas penempahan (booking) dibuat. Segala urusan hendaklah dilakukan dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bayaran hendaklah dalam bentuk tunai sahaja (cash money) samada melalui Mesin Teller Automatik (ATM), CIMBClicks, Maybank2U dan sebagainya. Bayaran melalui cek tidak akan diterima.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan lanjut, anda diminta meninggalkan alamat emel di ruangan komen untuk saya hubungi kemudian. Segala pertanyaan berbentuk umum, bolehlah ditanya di ruangan komen, manakala untuk pertanyaan berbentuk sulit, saya akan jawab melalui emel yang ditinggalkan.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT. TAWARAN INI HANYA TERBUKA SEMENTARA MASIH ADA KOSONG. SILA TINGGALKAN EMEL ANDA UNTUK SAYA DAPATKAN INFO SEPERTI NAMA, NO TELEFON DAN TARIKH PERCUTIAN. JIKA TARIKH YANG DIBERI TIADA KEKOSONGAN, SAYA AKAN DAPATKAN TARIKH YANG TERDEKAT DENGAN PIHAK HOTEL.

Terima kasih.

UPDATE : PROMOSI INI HANYA DITAWARKAN SETAHUN SEKALI SAHAJA DAN TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN OLEH PIHAK HOTEL. HARGA JUGA MUNGKIN BERUBAH DARI MASA KE SEMASA. SEKIAN MAKLUMAN.


4 comments:

  1. wahh promote jgn tak promote..hehehe

    ReplyDelete
  2. dekat facebook dah ada yg bertya tp biler tgk profile org tu, dia nmpknyer pekerja swiss garden kat kuantan, tak taula samada dia nak menyiasat atau apa.. takkanla pekerja x dpt rate murah kot smpai nk tempah dgn memberships? entah2 nak siasat, ingat org tipu agaknyer, haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu lantak dia la nk siasat ke hape ke, yg penting berani kerana benar.orang promote psl benda ni betul, dh ramai yg tempah yg seronok pn pi bercuti2 di swiss garden dengan rate yg lebih murah.huhu..

      Delete
    2. yerlaaa.. moga tahun ni pon ramai yang ambil peluang.. huhu..

      Delete