Assalam.. sampai ketemu lagi kita.. lama sungguh saya menyepi, selain ada simptom 'M' iaitu malas, saya juga sebenarnya ketandusan idea nak mengarang..
Di kesempatan ni, saya serta keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..
Semoga peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini kita gunakan untuk beribadah sebanyak mungkin, semampu mungkin agar beroleh syafaat dan barakah dari-Nya.. Insya-Allah..
Hari ini dah masuk hari ke-6 pun umat Islam sedunia berpuasa, ini bermakna, tinggal kurang 24 hari lagi untuk kita menuju Syawal Yang Mulia.. Namun saya pasti, mesti sudah ramai juga yang telah melakukan persiapan awal serba sedikit..
Apapun, saya serta keluarga, mewakili suami dan anak, ingin memohon ampun dan maaf kepada keluarga, ibu bapa tercinta, adik beradik yang disayangi, sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirindui samada yang dikenali ataupun sekadar virtual, semoga maafkan segala kesalahan dan kekhilafan saya serta keluarga..
Moga Ramadhan kali ini memberikan kita satu pengharapan dan sinar baru buat semua.. Aminn..