selepas sahaja adik aku confirmkan tiket kapal terbang untuk ke sarawak pada bulan mac yang lalu, aku terus rasa teruja dan mula menghitung hari serta debaran dan rasa keterujaan antara pertama kali nak ke sarawak dan juga pertama kali menaiki kapal terbang.. hahaha.. dengar macam lucu dan agak jakun gitu kan.. tapi aku percaya, setiap orang pasti ada pengalaman pertama, betul tak???? mengaku ajelaa yee.. hahaha..
HARI PERTAMA
akhirnya, tarikh yang dinantikan telah pun tiba, tanggal 14 Mei 2012 merupakan tarikh yang aku serta sebahagian keluargaku nanti-nantikan.. hampir kesemua yang sertai pernah merasa pengalaman menaiki kapal terbang kecuali aku, suamiku, anakku serta seorang adik perempuanku..(ni geng2 jakunlaa ni, haha..)
seawal pagi, sebelum subuh, kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Tujuannya untuk mengelakkan kesesakan disebabkan hari tersebut merupakan hari bekerja selain untuk sampai awal kerana penerbangan kami adalah pada pukul 8.30pagi.
Kami sampai disana lebih kurang 6.30pg, parking kereta seterusnya mula check in dan imbas bagasi di Departure Hall. Seterusnya kami mencari surau untuk solat subuh dan sebahagiannya bergilir untuk order breakfast di Restoran KFC sambil menikmati bihun yang turut dibawa bersama (masak pagi2 buta, bungkus dalam bekas plastik microwave tu, habis makan, simpan dalam beg sandang masing-masing) >_<.
Lebih kurang pukul 8pg, kami mula memasuki kapal terbang dan bersiap sedia untuk pelepasan.
Pertama kali menunggu sebelum berlepas, aku dan suamiku saling berbual mengatakan kami saling rasa berdebar. Sebaik sahaja kapal terbang mahu berlepas, debaran semakin bertambah, begitu juga suamiku, namun sebaik sahaja kapal terbang berada tinggi di awan pada paras 33,000 kaki dari paras laut, debaranku mula menghilang, yang ada hanya kekaguman dengan kecantikan ciptaan Tuhan apabila dilihat dari atas. Subhanallah, sungguh indah. Sambil pramugari dan pramugara melayani penumpang-penumpang untuk bersarapan, turut kelihatan ketua pramugara mengawasi anak-anak buahnya melakukan tugas sambil turut menghulurkan bantuan kepada penumpang. Beliau sempat mengusik adikku yang sengaja menyebut "air plain water" untuk meminta air kosong kepadanya sambil beberapa kali mengulangi ayat tersebut bertujuan untuk mengusik, kami hanya ketawa kelucuan dengan karenah dan layanannya yang mesra.
dalam kapal terbang, muka berdebar, zulaikha je yang selamber, siap gigit henbeg ibu.. kihkihkih -_- |
Lebih kurang pukul 10 pagi, kami sudah mula sampai di perkarangan udara Sarawak, dan sebaik sahaja isyarat untuk mendarat diperolehi, kami semua mendarat dengan selamat walaupun telinga kami rasa sangat berdengung.
Sesampainya kami di Arrival Hall, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, kami mengambil bagasi masing2 dan ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan. Selepas itu, sebahagiannya menuju ke tandas sambil sebahagian yang lain menunggu ketibaan tuan punya kereta sewa yang telah kami tempah dari semenanjung.
sempat lagi bergambar sementara tunggu kereta sewa sampai.. huhu |
bila kereta sewa dah sampai tu, apa lagi, kami semua ambil kesempatan untuk jalan-jalan pusing-pusing di sekitar bandar Kuching. Lagipun, kami sengaja menghabiskan masa dan mengambil kesempatan yang ada sementara menunggu waktu sebelum check in homestay di Kota Samarahan.
parking di hadapan kedai-kedai dan water front |
lepak-lepak di water front menghilangkan penat sebelum meneruskan akitiviti jalan-jalan |
en suami dan abah tengah membelek barangan cenderahati yang ada dijual disini |
Apabila sampai sahaja di homestay yang kami duduki, kaum lelaki mengambil kesempatan untuk berehat sementara kaum wanita pula bersibuk-sibuk di dapur untuk memasak. Selesai masak dan makan, kami semua mandi, solat dan merehatkan badan.
Pada malamnya, kami keluar berjalan di sekitar bandar Kuching dan makan di hadapan gerai-gerai yang dibuka disekitar water front.
sambil tunggu makanan sampai, abah buat aksi bukak kipas lipat haha.. |
pemandangan waktu malam bangunan ADUN Sarawak dari hadapan water front |
HARI KEDUA
Lebih kurang jam 8pg, selepas kami bersarapan, kami semua keluar menuju ke UiTM Kota Samarahan. Adik aku yang kebetulan akan berkonvokeseyen, kami semua menemani dia untuk ambil jubah konvokesyen dan sepatutnya adikku tu menghadiri acara raptai, tetapi dia tidak hadir kerana ambil kesempatan untuk berjalan-jalan bersama kami.
sesi pemilihan jubah oleh adik aku T_T |
pasar tani satok |
harga yang berpatutan, kena pandai pilih gerai laa, huhuhu.. |
papan tanda arah kedai kek tersebut, kat belakang tu nmpk kedai tgh renovate, brtmbh maju laa tu, huhu.. |
Akhirnya sampai setelah beberapa kali main pusing-pusing kat roundabout, tersesat laa tu -_- |
sesi cuba mencuba, tak ketinggalan anakku zulaikha turut merasa sedikit kek lapis yg aku suapkan kemulutnya.. huhu.. |
Lepas tu, kononnya kami nak mencari kedai makan sekitar situ. Kata pekerja kedai tu ada satu food court melayu tak jauh dari situ, tapi disebabkan kami telah terlepas dan masing-masing kepenatan dan kelaparan, kami berkeputusan ke bandar Kuching dan menghala semula ke Pasar Tani Satok untuk makan di restoran sekitar situ yang kami pasti dan sahih status halalnya. Aku serta beberapa ahli keluargaku makan laksa sarawak, abah serta mama mencuba makanan lain manakala suamiku memilih untuk makan nasi putih bersama lauk pauk yang disediakan.
Selesai makan, kami bercadang untuk ke muzium dan tempat-tempat bersejarah di sekitar Kuching. Itupun, dua-dua buah kereta telah terpisah disebabkan salah masuk jalan dan kami berkeputusan untuk mencari sendiri jalan menghala ke muzium tanpa berkonvoi. Disebabkan terpisah, akhirnya kami bertemu di Muzium Sarawak. Sebuah kereta parking disana, kereta kami pula parking di Muzium Islam yang terletak di seberang jalan. Mujurla nak ke seberang sana tu ada jejantas, huhuhu.. itupun sebelum parking, dua ke tiga kali kami pusing sekitar jalan kat situ hanya untuk cari jalan masuk ke muzium tersebut. -_-
sesi bergambarlaa, apa lagi, huhuhuhu..
Selepas asar, kami bertolak untuk pulang, tapi mama, abah serta adikku sempat singgah ke pasar sekitar satok untuk membeli makanan laut seperti udang galah, sotong, sedikit ayam dan sayur-sayuran untuk dimasak sebagai hidangan pada malamnya.
Sesampainya kami di homestay, kami semua membersihkan diri, solat dan berehat. Selepas solat maghrib, kami mula membantu untuk memasak untuk makan malam. Usai makan, kami semua merehatkan diri kerana masing-masing telah kepenatan kerana seharian keluar berjalan-jalan.
HARI KETIGA, HARI TERAKHIR
Selepas solat subuh, kami semua bersiap dan makan sarapan pagi yang mama sediakan iaitu nasi goreng. Ini kerana terdapat nasi dari lebihan yang dimakan malam tadi. Bimbang membazir dan dibuang begitu sahaja, mama telah bangun seawal 5pg untuk menggoreng nasi.
Selesai makan, kami semua bertolak ke UiTM Kota Samarahan sekali lagi. Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk adikku yang pernah belajar disini kerana hari ini merupakan Hari Konvokesyen beliau.
Setelah adik mendaftarkan nama, kami mengunjungi ke gerai-gerai jualan bunga yang terdapat disekitar situ untuk membeli sedikit cenderahati untuk adikku.
mama dan abah berkongsi membeli bunga, sementara adikku sedang memilih-milih hadiah yang lain. |
Selepas itu, mama dan abah masuk mengambil tempat di dalam dewan,sementara itu, kami serta ahli keluarga pelajar yang lain, yang tidak boleh memasuki dewan, dibenarkan untuk duduk di kerusi diluar hadapan dewan sambil melihat ke kaca tv yang disediakan.
Hampir tengahari, akhirnya sesi konvokesyen pada pagi itu telah tamat, kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar di luar dewan.
sedikit gambar dikongsikan.. kelihatan wajah-wajah ceria adikku, mama serta abahku.. huhuhuhu...
Selesai makan, teman adikku itu terus bertolak ke Sematan untuk pulang, manakala kami semua pula balik ke homestay dan bersiap-siap dan berkemas untuk check out dari homestay.
Selesai check out, kami menghala ke bandar Kuching untuk membeli sedikit lagi barangan cenderahati untuk dibawa pulang selain untuk diberi kepada ahli keluarga yang tidak dapat datang dan kawan-kawan.
Selepas itu, kami bergambar di hadapan patung kucing yang menjadi lambang dan memberi maksud tersendiri bagi bandar Kuching, Sarawak.
nak gaya lebih-lebih pon, panas yang amat, selain kesian kat zulaikha yang tengah terkulai tido.. huhu.. |
Selepas itu, kami mula memasuki ke Pintu 6, Balai Pelepasan untuk menunggu waktu pelepasan kapal terbang kami yang akan berlepas pada pukul 8.30mlm. Sementara menunggu tu, kami terserempak dengan seorang pelakon lelaki terkenal tanah air, dan adikku mengambil peluang untuk bergambar dengannya.
jeng jeng jeng, fahrin ahmad rupanya.. hadiah sempena konvokesyen kata adik aku.. >_< |
Pengalaman naik kapal terbang waktu pulang, aku rasa biasa sahaja, tiada lagi debaran. Tapi kata suamiku beliau masih merasakan debaran, huhuhu. Kemudian seperti biasa,kami diberitahu oleh Juruterbang yang kami berada pada ketinggian 28,000 kaki pada paras laut. Selesai isyarat selamat dimaklumkan, hidangan makan malam disediakan. Kalau waktu pergi, roti boom kari ayam menjadi pilihan, waktu balik pula, nasi beriani berlauk kari ayam pula disediakan atau boleh pilih nasi berlauk ikan. Sepanjang perjalanan, beberapa kali juga kapal terbang bergegar kerana terlanggar awan. Ini kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan hujan lebat semasa kapal terbang melintasi Laut China Selatan. Semua penumpang dinasihatkan supaya duduk di tempat masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan. Adikku yang kebetulan ke tandas, tidak dibenarkan pulang ke tempat duduk sehingga keadaan kembali selamat. Sehingga itu, dia menunggu di kabin pramugari / pramugara.
Tepat pukul 9.15mlm, kapal terbang kami telah selamat sampai di ruang udara Sepang, namun demikian, kapal terbang kami masih belum boleh mendarat kerana hujan lebat. Lebih kurang 9.30mlm, kapal terbang mula mendarat dan kami mendarat dengan selamatnya lebih kurang pukul 10mlm.
Selepas mendarat dan keluar dari kapal terbang, kami menuju ke kaunter ketibaan di KLIA dan menunggu bagasi kami sampai. Setelah semua bagasi diambil, kami bergegas keluar untuk mencari tandas, membeli sedikit minuman dan seterusnya membayar parking kereta dan keluar dari KLIA lebih kurang pukul 11mlm.
Jumlah bayaran parking yang telah dikenakan untuk sebuah kereta ialah sebanyak RM 136 selama 65 jam.
Kami sampai di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 12 tengah malam. Disebabkan semuanya kepenatan, kami semua terus tidur.
Walaubagaimanapun, kenangan percutian sambil adik berkonvokesyen masih segar di dalam ingatan. Cumanya, apa yang ingin aku kongsikan mengenai Kuching, Sarawak ialah, pada pendapat aku, tidak banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, dan sekiranya kita menginap lebih daripada 3 hari, pasti kebosanan. Selain itu, terdapat banyak jalan rosak dan jalan yang sedang diselenggara namun terbiar begitu sahaja tanpa pengawasan, walaupun terdapat kon-kon di sekitar tempat penyelenggaraan.
Jalanraya di Sarawak juga sangat kurang papan tanda arah. Untuk pelancong-pelancong seperti kami, pastinya papan tanda arah tersebut sangat berguna bagi kami. Disebabkan itu juga, kami kerap terlepas jalan, tersalah masuk jalan, dan yang pastinya beberapa kali berpusing-pusing di bulatan yang sama kerana terlepas pandang papan tanda yang hanya terdapat apabila sampai di simpang masuk bulatan. -_-
Jadi, itulah serba sedikit kenangan dan pengalaman percutian keluargaku ke Kuching, Sarawak selama 3 hari 2 malam disana, serta pengalaman aku dan suamiku yang pertama kali menaiki kapal terbang, huhuhu.. Pengalaman pertama kali menaiki kapal terbang bersama MAS, sangat-sangat kami ingati dan manis untuk dikenang kerana layanan yang mesra dan perkhidmatan yang baik disediakan. Jika punya rezeki lagi, insya-Allah kami akan mengulangi lagi percutian ke Kepulauan Borneo yang lain pula.