Salam semua..
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (QS. Al-Hajj, 22 : 27)
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (QS. Al-Hajj, 22: 34)
|
Tanah Suci Mekah |
Allah SWT mengurniakan perayaan ini bukan sekadar hari bergembira umat Islam malah jauh lagi tujuannya yang barangkali sukar untuk manusia biasa memikirkannya. Namun antara 'ibrah (pengajaran) yang boleh diambil ialah berkenaan seruan pengorbanan yang dituntut oleh Allah AWT. Pensyariatan Eidul Adha boleh dilihat dari sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S berkenaan pengorbanan tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua nabi tersebut. Ketika mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih Nabi Ismail, Baginda telah membenarkan mimpi tersebut bahawa segala perintah Allah wajib dipercayai dan dilaksanakan. Begitu juga Nabi Ismail yang merelakan diri kerana iman yang cukup kukuh terhadap Allah dan kefahaman yang tinggi terhadap kewajipan melaksanakan tuntutan dan syariat Allah SWT. Setelah terbukti kesabaran, pengorbanan dan ketaatan kedua-dua nabi Allah tersebut, Allah melarang menyembelih Nabi Ismail dan menggantikan korban dengan seekor sembelihan. Kisah ini boleh dirujuk dalam Al-Quran surah As-Saffat (37) ayat 102-107.
Sumber : PERKIM
|
Gambar Sekadar Hiasan |
Oleh itu, kesempatan ini saya tujukan buat keluarga dan sahabat-sahabat, moga kita mengambil pengajaran disebalik pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, selamat menunaikan ibadah haji bagi yang ke Tanah Suci Mekah dan selamat menunaikah ibadah korban atau akikah bagi yang mengambil bahagian. Maafkan segala kekhilafan.