Wednesday, October 10, 2012

kompilasi kisah hidup

salam semua.. yeahhh, akhirnya aku muncul kembali setelah lama mendiamkan diri akibat kemalasan melanda nak hapdate belog ni.. bila tengok tajuk je pon dah boleh agak, nampak nau banyak kisah hidup aku yang tertangguh nak cerita sampai kena buat kompilasi, kahkahkah.. ;P

RAYA

raya aku lalui dengan sungguh gembira, almaklumlah, tahun ni aku kali kedua beraya bertiga bersama suami dan anak.. tapi yang membuatkan raya aku lebih bermakna ialah anak aku dah pun hampir mencecah setahun dan tahun ni aku serta adik beradik berkumpul keseluruhan di Kuantan, Pahang.. :)

raya kedua kami semua bergerak ke Terengganu serta Kelantan.. Kami menghabiskan cuti selama 3hari di sana dengan menziarahi atuk dan nenek, saudara mara dan berjalan-jalan atau orang panggil shopping mopping, hehehe..

bergambar di hari raya pertama.. :)

shopping di pengkalan kubur, kelantan

OPEN HOUSE

tarikh 16 september 2012 menjadi pilihan aku dan en suami untuk membuat majlis open house kecil-kecilan di rumah kami di Temerloh. Inilah kali pertama kami mengajak keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan makan-makan beramai-ramai di rumah kami.

Kakak serta adik aku yang datang dari KL banyak membantu aku dalam menjayakan majlis kami.
Adik aku telah memasak hidangan nasi hujan panas (warna warni) dimakan bersama kari dalca, ayam masak merah dan acar, manakala aku telah menempah sate dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang serta mee goreng. Untuk dessert pulak, ada puding koktel serta agar-agar sirap yang adik aku buat dan buah tembikai.. bila mama dan abah pulak sampai dari Kuantan, mama membawa karipap serta kuih temosa segera dan digoreng serta dihidangkan sebagai makanan sampingan.. Minuman ada 3 jenis, air sarsi, air lemon teh dan air teh o.. walaupun majlisnya simple tapi alhamdulillah, sehingga ke malam pun masih ada kawan-kawan en suami yang datang dan hidangan mencukupi..

aku buat ni pun kerana aku dapat imbuhan sempena aku dapat APC yang lepas, jadi aku kongsikan rezeki ni dengan keluarga dan kawan-kawan.. walaupun penat tapi hati aku rasa puas dan gembira..

MOTORSIKAL DAN PEMBERIAN DARI SUAMI

Dua minggu selepas majlis, kami telah berkeputusan untuk membelikan sesuatu yang berharga dan bernilai untuk puteri kami. Itupun kami membelinya dengan menggunakan duit hasil pengumpulan duit raya puteri kami yang dikumpul dari tahun lepas dan tahun ini serta kami menambah dalam seratus dua ringgit lagi untuk mendapatkannya. Bukan apa, aku tak mahu duit anakku tu habis digunakan oleh kami begitu sahaja tatkala sesak melanda, sekurangnya dengan membelikan dia sesuatu, ada la jugak sesuatu hasil duit rayanya itu, hehehe.

En suami aku pulak dah lama nak pakai motor untuk berulang alik ke tempat kerja disebabkan jarak antara tempat kerja dengan rumah memakan masa hampir setengah jam membuatkan kos untuk minyak kereta menjadi tinggi. Disebabkan itu, en suami aku bercadang untuk membeli sebuah motor.. setelah berbincang, en suami membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal Yamaha Lagenda second hand dan duit lebihan daipada pembelian motor tersebut, en suami telah membelikan aku sesuatu yang sudah lama beliau janjikan untuk aku.. pemberian yang sangat-sangat aku nantikan.. hati aku pastilah berbunga-bunga gembira.. terima kasih sayang..

itulah antara kompilasi kisah hidup aku dalam dua bulan kebelakangan ni.. taklah menarik mana tapi cukuplah untuk aku berasa gembira dan bahagia dengan apa yang aku lalui.. :)