|
baru sampai di jeti tanjung gemok, rompin.. |
salam semua..lama jugak rasanya takder entri baru..huhu..idea banyak tapi masa dan suasana nak menulis tu rasa macam tak sesuai..nak menulis ni pun kena ada
feel orang kata..haha..
kali ni saya nak menceritakan pengalaman dan rasa keterujaan saya dan suami buat pertama kalinya menjejakkan kali di Pulau Tioman..
percutian ini sebenarrya percutian keluarga, tp bagi kami, inilah percutian kami yang pertama sejak bergelar suami isteri..
Kami naik feri dr jeti Tg. Gemok, Rompin..Subhanallah..sebaik sahaja feri sampai ke Pulau Tioman, destinasi persinggahan pertama feri tersebut ialah di Kg Genting..saya, suami dan keluarga menjerit2 dalam feri tu sebab rasa tak sabar nak jejakkan kaki dan badan dalam air yang sangat jernih dan cantik..kami semua menginap di Salang Indah Resort, Kg Salang yang merupakan destinasi terakhir persinggahan feri menurunkan penumpang..huhu..
Hari pertama :
|
masa ni baru sampai dari jeti kg salang, nak ke chalet, lalu restoran ni dulu.. |
Sesampainya kami di jeti, kami terus ke
reception counter untuk ambil kunci bilik masing-masing..semuanya tidur di bilik yang boleh memuatkan dua ke tiga orang kecuali adik-adik saya yang belum berkahwin, mereka duduk bertiga..hehe..bilik kami semuanya berdekatan dan bersebelahan sahaja..selepas ambil kunci, kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang telah disediakan..selepas makan, kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk solat dan berehat..selepas setengah jam, kami bersiap dengan memakai pakaian yang sesuai untuk mandi pantai..apa lagi? inilah saat-saat yang dinantikan..kami pergi mengambil peralatan
snorkeling di
kiosk yang disediakan untuk berlatih..
|
masing-masing bergambar masa snorkeling.. wuhuuu... |
hampir maghrib, barulah kami pulang ke chalet utk mandi dan bersiap untuk makan malam pula..selepas solat maghrib, kami keluar untuk makan malam di Restoran Salang Indah..aktiviti malamnya ialah aktiviti bebas, oleh itu, kami semua mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung dan chalet untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan sekitar di waktu malam..
Hari kedua :
Seawal pagi, kami bangun untuk bersarapan..selepas itu, dalam jam 10pg, kami semua bersiap dengan pakaian yang sesuai dan membawa peralatan
snorkeling dan beg galas yang berisi air, makanan ringan, roti ikan dan juga kamera untuk aktiviti
snorkeling pada hari ini..teruja sangat, sungguh rasa tak sabar..huhuhu..selepas makanan tghari yang dibungkus diedarkan, sedikit sesi taklimat diadakan..kemudian, sekumpulan rombongan termasuk rombongan kami menaiki bot laju yang disediakan untuk ke destinasi-destinasi
marine park yang cantik dan sesuai untuk aktiviti
snorkeling..
|
aku dan en suami, aku masa ni cuma berendam kejap je, sebab tgh pregnant, tak berapa berani nak jauh-jauh.. |
destinasi pertama ialah di Pulau Tulai..suamiku, abah, mama dan adik-adik semuanya turun melihat pemandangan di dasar laut..hanya aku sahaja yang duduk diam dan turun sekejap ajer dari bot untuk melihat pemandangan..sebabnya, aku tak berani..haha..yang utamanya ialah keadaan aku yang mengandung tidak berapa mengizinkan aku untuk turun ke dasar laut disebabkan arus dan gelombang laut yang agak kuat di beberapa lokasi..mereka memberi ikan makan dengan roti ikan yang dijual khas untuk ikan makan..huhu..
selepas itu, bot bergerak menuju ke destinasi kedua di Pasir Panjang, disitu, kami berhenti rehat dan makan makanan tengahari yang siap dibungkus..sesampainya kami disitu, suamiku terus berbaring kepenatan..sementara aku dan keluargaku yang lain bermain air di tepi pantai..hampir sejam kemudian, bot bergerak lagi menuju ke destinasi ketiga yang merupakan destinasi terakhir untuk aktiviti
snorkeling pada hari itu..destinasi tersebut ialah Batu Malang..disitu memang terdapat pulau batu dan kami dinasihatkan supaya berhati-hati dengan batu-batu yang berada disitu kerana dikhuatiri terluka terkena batu karang yang melekat pada batu..disitu, kami semua meneruskan aktiviti
snorkeling.. huhuhu..semua orang sangat teruja dan gembira..
|
gambar ni snap dari dalam dasar laut, guna kamera waterproofing.. |
sesudah itu, dalam jam 3 petang, kami dibawa pulang ke jeti Kg Salang untuk berehat dan meneruskan aktiviti sendiri..selesai mandi, solat dan berehat sebentar, kami bersiap-siap utk ke Kg. Tekek..ini kerana kebetulan kami ingin ke destinasi
marine park yang lain pula..tempatnya dipanggil Taman Laut dibawah seliaan Jabatan Laut dan Marin Malaysia..untuk kesana, kami terpaksa membayar sewa bot sendiri..disitu, kami membeli sedikit souvenir untuk dibawa pulang, makan aiskrim beramai-ramai dan seterusnya ke Taman laut untuk meneruskan aktiviti
snorkeling..huhuhu..rupa-rupanya masing-masing tidak puas lagi snorkeling..huhuhu..hanya aku dan mama sahaja yang tidak meneruskan aktiviti tersebut kerana kepenatan..hampir maghrib, kami semua pulang untuk berehat, dan bersolat..
|
kenangan atas feri, menuju ke kg tekek.. |
malamnya, selepas solat dan berehat, kami semua dihidangkan dengan
bbq dinner set.. semua ini sudah termasuk didalam pakej yang disediakan..kami makan dengan kenyangnya..haha..seelpas itu, kami berjalan ke kedai-kedai cenderahati untuk membeli beberapa lagi cenderahati untuk dibawa pulang..
|
melihat-lihat cenderahati yang bakal dibeli.. |
kemudian, kami ke jeti untuk melihat aktiviti memancing yang dilakukan oleh beberapa orang pelancong..disitu, kami melihat ada seekor ikan jenis
barracuda berjaya dipancing oleh pelancong disitu..besar sangat! huhuhu..
disebabkan kepenatan, kami hanya melihat-lihat sebentar sahaja aktiviti yang mereka lakukan..
seterusnya, kami pulang ke chalet utk tidur..sementara itu, abah dan suamiku pula singgah di restoran untuk minum air dan tengok tv siaran langsung mentor akhir di TV3..huhuhuhu..
Hari Ketiga (Hari Terakhir) :
|
ni la chalet yang kami duduk.. |
hari ini merupakan hari yang sangat malas untuk bangun dan bersiap-siap..sebabnya, hari ni ialah hari terakhir kami disini, rasa macam tak puas aje lagi..rasa berat sangat hati nak berkemas..tp kami gagahkan jua berkemas bimbang ada apa2 barang penting yang tertinggal..huhuhu..siap berkemas dan bersiap, kami bersarapan pagi..kemudian, kami pergi mengambil pas dan tiket feri untuk pulang..sementara itu, kami berehat sebentar sementara menunggu
receptionist memberitahu kami jadual waktu feri untuk berlepas pulang..selepas diberitahu, kami bersiap dan mengambil beberapa lagi keping gambar sebagai kenang-kenangan..kami menuju ke jeti dan terus menaiki feri untuk bertolak pulang ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia..huhu..
percutian ini sangat mengujakan kami..sangat manis untuk dikenang dan Insya-Allah jika berkesempatan dan punya rezeki lagi, kami ingin mengulangi saat-saat indah ini bersama lagi..
apatahlagi, percutian keluarga ini turut merupakan percutian bulan madu kami.. :-)