Friday, June 15, 2012

yang teringin nak pergi lagi

Salam semua..
mesti korang semua penah pergi ke satu-satu tempat dan korang teringin nak pegi lagi kan?
aku ada la jugak beberapa senarai tempat yang aku dah pernah pergi masa aku bujang dulu, dan
kalini aku teringin nak ulangi lagi pergi ke tempat tu dengan suami dan anakku serta keluarga aku..

cameron highland

lama sangat dah aku tak pergi Cameron Highland.. first time and last time aku pergi dengan keluarga dan adik beradik aku pada hujung Mei 2008.. masa tu aku baru aje sebulan dapat kereta baru dan melaram dengan kereta pergi ke cameron, tapi abah laa yang bawak ke sana.. almaklum, masa tu walaupun lesen 'P' aku hampir tamat, tapi aku baru aje pegang stereng, nak driving jauh-jauh, abah tak berapa nak percaya..
-_-



Taman Negara pulak aku pergi dengan adik beradik aku aje berenam, hanya adik aku seorang sahaja yang datang dengan suami, 3 adik yang lain termasuk aku, selaku kakak masa tu masih bujang.. memang seronok sangat pergi ke Taman Negara ni.. aku ingat lagi, kitorang hanya walk-in ajer check in ke Woodland Resort yang kitorang duduk tu.. harga penginapan berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan.. adik aku yang dah berkahwin ambik bilik kelamin, kami  yang lain tidur dalam bilik yang boleh memuatkan 4 orang sekaligus.. jimat.. asalkan masing-masing dapat katil, kira oklaa.. hehehe..

untuk aktiviti pulak, kitorang hanya bertanya-tanya kepada tour guide yang sedia untuk membantu disekitar situ.. aktiviti yang kitorang join ialah night walk, canopy walkway dan splash water.. bayaran aktiviti pada ketika kami pergi tu, hujung bulan Jun 2009, untuk setiap aktiviti dikenakan sebanyak RM 40 per aktiviti per pax.. jadi, jumlah untuk semua aktiviti (RM 40 x 6 org x 3 aktiviti = RM 720).. belum kira penginapan lagi yang aku dah lupa berapa kadar harganya.. kitorang hanya menginap selama 2 hari 1 malam sahaja.. oleh itu, hanya aktiviti itu sahaja yang sempat kitorang join.. semua aktiviti tu pulak disupport sepenuhnya oleh suami adik aku termasuk penginapan.. untung kannn... *_*

sekarang ni kalau rasa nak pergi, support sendiri laa yee.. itupun harga aktiviti masa tahun 2009, sekarang dah tahun 2012, tak taula berapa pulak harga aktiviti tu.. -_-

yang bestnyer kat sini ialah bila kita join aktiviti.. kalau setakat nak tidur dalam hotel, lebih baik pergi bercuti kat tepi pantai.. hehehe..


genting highland
mesti korang pelik kenapa Genting Highland pun termasuk dalam senarai tempat yang aku nak pergi lagi.. yerlaa, walaupun tak jauh mana dari tempat aku keje sekarang, tapi kalau pergi sorang-sorang, mana nak enjoy.. huhuhu.. so, hujung tahun 2009 adalah kali pertama aku sampai kat sini, (mesti korang tak percaya, tapi inilah hakikatnya.. -_-), jadi aku teringin nak pergi lagi, kali ni dengan en suami dan anak.. tunggu Zulaikha besar sikit baru seronok nak main macam-macam kat situ.. mainan yang paling seriau aku naik kat situ dulu ialah tengok gambar kat bawah.. actually, aku dah lupa nama mainan tu sebab dah lama sangat dah.. huhuhu.. dan kami pergi satu keluarga kat sini.. memang enjoy..

ada berani?? hahaha.. mengucap banyak kali aku masa ni.. hoho..

dalam Feb 2010 pulak, aku bersama dengan kakitangan HQ kat Kuantan join lawatan diorang ke Langkawi.. serius, aku teringin nak pergi lagi.. mesti lagi seronok kalau dapat pergi dengan suami, anak atau dengan keluarga..

langkawi
itulah beberapa tempat yang aku betul-betul terkenang-kenang dan teringin untuk pergi lagi.. insya-Allah, boleh diusahakan sebabnya masih dalam Malaysia.. luar negara tu, memang belum tahap kemampuan lagi..
tapi siapa tahu, hajat ke Mekah dan Madinah tercapai, luar negara jugak tu kann.. aminn.. :)

Thursday, June 14, 2012

perlu ke kenang kisah lama?

macam lagu kat bawah ni..



aku kongsikan pendapat ni sebab aku rasa benci, meluat atau menyampah dengan seseorang yang tak boleh lupakan kenangan lama walaupun dah berkahwin.. kenapa tak lupakan aje kisah lama tu dan bina hidup baru?

kenapa mesti ingat lagi janji-janji lama yang tak menjanjikan apa-apa kebahagiaan pun?
kalau benar masih mengharap kenapa tak cari semula dari dulu dan dapatkan semula kasih yang hilang tu?
kenapa perlu korek gali semula selepas masing-masing punya kehidupan tersendiri?
masing-masing mengaku bahagia dengan kehidupan masing-masing tapi kenapa
masing-masing perlu berhubung untuk mengenang kembali kisah lama? aku rasa tak perlu semua tu..

bila aku dengar lagu ni, mengingatkan aku pada satu keadaan dimana
ada orang yang masih mengenang kisah cinta lama mereka..
dan orang tu ialah orang yang sudah pun berkahwin..

kalau orang bujang, aku fahamlaa kenapa, dan itu perkara biasa la kan..
bukan mudah nak lupa apa yang pernah terjadi pada diri kita..
tapi, bagi aku, bila kita dah berkahwin, maka wajarlah untuk kita setia pada pasangan
dan berpaling pada kenangan lama.. sebab kenangan lama yang cuba dibangkitkan kembali
mungkin boleh menjadi punca kepada retaknya kerukunan sesebuah rumahtangga..
walaupun tiada jaminan mengatakan ia adalah punca, namun boleh menjadi penyebab..
oleh itu, elakkanlah..

apa yang aku luahkan ni sekadar pendapat peribadi secara umum sahaja..
sekadar untuk berkongsi pendapat.. ^_^

Tuesday, June 12, 2012

blogwalking and testing..

huhuhu..ni masa takde keje kekdahnyer..
malam tadi jalan-jalan blog kawan-kawan dan orang lain yang tak kenal langsung..
sajer nak tengok macamana keindahan latar belakang blog orang lain..
aku yang langsung tak kreatif ni, konon-konon nak tukarla latar belakang blog gaya dynamic, gaya
baru..tapi bila warning tulis akan removed gaya lama dalam masa sebulan, aku kensel..

bukan apa, takut menyesal atau bosan, tiba-tiba rasa nak balik ke gaya lama, dah tak boleh.. -_-

jadi, aku amik keputusan, aku kekalkan gaya lama tapi ubah tulisan sikit bagi lebih jelas..tulisan yang lama tu, ada masanya tak berapa nak jelas, lagi -lagi kalau titik-titik atau tulisan selepas koma..
dah gaya guru bahasa pulak aku ni.. hahahaha..

apa salahnya cuba-cuba yang lain pulak kan..huhu..

oklaaa.. setakat ni ada lagi entry nak kongsi tapi simpan dululaa.. dadaa.. :)

Saturday, June 9, 2012

jalan-jalan kenduri kahwin

Cuti sekolah kali ini, ramai yang mengambil kesempatan dan peluang untuk meraikan hari bahagia mereka dengan mengadakan majlis perkahwinan. Oleh sebab itu, aku serta en suami yang menerima banyak undangan, terpaksa memilih-milih tempat, hari serta keadaan yang bersesuaian untuk kami menghadirinya.

Bermula pada 27 Mei 2012, aku dan en suami berkira-kira samada mahu menghadiri atau tidak majlis kahwin yang diadakan di Bahau, Negeri Sembilan. Akhirnya, selepas subuh, kami bersama-sama berpakat untuk hadir. Ini kerana, kami tidak pernah sampai ke sana dan inilah peluang yang boleh kami gunakan, orang kata sambil menyelam sambil minum air gitu kan... huhuhu...

Lebih kurang pukul 9pg, kami bersiap dan aku membawa sedikit keperluan anak kerana berjalan jauh. Sambil menunggu kawan en suami bersama isterinya sampai, kami bersarapan di Gerai Bukit Angin, Temerloh. Kemudian, kami sama-sama bertolak ke Bahau melalui jalan Triang. Di simpang Kerayong, Bera, kami menunggu dua orang lagi kawan en suami yang turut ingin serta ke majlis perkahwinan tu.

15 minit kemudian, 4 buah kereta mula bertolak ke Bahau. Sesampainya di Bahau, kami berhenti di stesen minyak untuk menunggu lagi 2 buah kereta kawan mereka yang datang dari Kuantan, tetapi mereka melalui jalan Muadzam Shah dan tembus di simpang Serting, Negeri Sembilan.

Disebabkan kami sampai awal, kami menunggu isyarat daripada pihak pengantin untuk sama-sama bergerak dengan mereka. Sebaik sahaja kawan mereka iaitu pengantin memberikan mesej, mereka bertolak ke rumah pengantin. Kawan mereka ialah lelaki, dan majlis yang berlangsung ini ialah majlis di sebelah perempuan.

Oleh itu, sebaik sahaja kami semua sampai, kami berarak bersama dengan rombongan pengantin yang tiba dari homestay berdekatan yang mereka sewa sehari sebelum majlis. Kami dijemput duduk dan kami pun makan sambil menunggu acara pengantin naik pelamin dan makan-makan selesai. Sebaik selesai, kami semua mengambil peluang untuk bergambar dengan kedua-dua mempelai di atas pelamin.

bergambar beramai-ramai dengan kawan-kawan yang datang

kitorang pun tak lepas peluang nak naik pelamin, huhuhu...

Lepas tu, kami mengikut pengantin untuk bergambar di luar, orang kata outdoor view gitu kan.. Jadi, kami semua dibawa ke Teratak Za'ba di Jempol bersama pengantin. Rupanya Teratak Za'ba tak jauh daripada rumah pengantin dan merupakan destinasi outdoor view yang biasa bagi pasangan pengantin yang inginkan kelainan dalam mengabadikan gambar perkahwinan mereka. Ini terbukti kerana terdapat lebih daripada 4 pasangan pengantin yang turut sama berada disitu pada ketika kami sampai.

Papan tanda di luar pintu pagar masuk


ambil peluang bergambar di perkarangan Teratak Za'ba

Sebenarnya, pengunjung serta pengantin hanya dibenarkan bergambar di perkarangan Teratak Za'ba atau jika inginkan view yang menarik, pengantin dibenarkan untuk naik ke atas teratak dan duduk / berdiri di salah satu tingkap yang terdapat pada Teratak Za'ba manakala jurugambar akan mengambil gambar dari luar atau dari bawah. Sebabnya, di dalam teratak dilarang sama sekali mengambil gambar. Di dalam teratak tersebut mempunyai beberapa naskhah asal yang ditulis oleh Pendita Za'ba dan mempunyai ruang pejabat yang pernah digunakan oleh Pendita Za'ba untuk berurusan secara rasmi.

Landskap sekitar Teratak Za'ba sangat cantik, kemas serta bersih. Malah, dibawah teratak tersebut, ada disediakan pelantar dan juga kerusi untuk pengunjung berehat atau mungkin juga boleh digunakan untuk mengambil gambar oleh pengantin atau pengunjung yang hadir. Namun demikian, untuk masuk ke teratak ini, kami perlu berhati-hati kerana alang pintunya rendah. Manakala untuk ke bawah teratak pula, kami perlu menunduk untuk bangun, jika tidak, pasti akan terhantuk, huhuhu..

bergambar kenangan bersama pengantin
Selesai bergambar dan berehat sebentar di bawah teratak, kami semua dibawa ke homestay yang disewa oleh rombongan pengantin lelaki untuk menumpang rehat dan solat. Aku sempat memandikan Zulaikha kerana hari tersebut sangat panas, dan dia mula merengek kepanasan kerana tidak dapat tidur dengan selesa.

Selepas itu, kami semua bertolak balik. Yang datang dari Kuantan balik bersama rombongan pengantin lelaki, maka tinggallah 2 buah kereta sahaja yang balik ke Temerloh kerana kawan yang datang dari Bera tadi pulang semula ke Kuantan untuk bekerja keesokan harinya. Kami berpisah di simpang Serting dan mula bertolak balik ke tempat masing-masing.

Hampir maghrib, kami sampai di Bera dan singgah makan di Marry Brown Bera yang baru dibuka lebih kurang sebulan yang lalu. Kebetulan pula, inilah kali pertama kami mencuba hidangan yang ada disitu, dan pada pendapat kami, hidangannya biasa-biasa sahaja, cuma hiasan dalaman yang cantik serta kerusi meja yang unik iaitu terdapat kerusi ala-ala buaian disediakan disitu, namun kami tidak berpeluang duduk disitu sebab penuh. Selepas makan, kami bergerak balik ke rumah masing-masing.

Pada 31 Mei 2012, hari Khamis, seorang kakitangan sepejabat aku dari Bahagian Pentadbiran telah berkahwin di rumahnya di Kg. Teluk Sentang, Temerloh. Tak kira hari, asalkan dalam musim cuti sekolah, pun masih boleh buat majlis. Jadi, hari itu aku hanya pergi bersama-sama dengan teman sepejabat sahaja tanpa ditemani en suami kerana en suami bekerja di Mentakab dan agak memakan masa untuk datang ke Temerloh apatahlagi nak ke majlis kahwin, bimbang lambat pula masuk kerja. Macam aku, semua orang di pejabat sudah sedia maklum, jadi bos memberi sedikit kelonggaran.

Pada 3 Jun 2012 pula, aku serta suami ke Jerantut, Pahang yang hanya memakan masa lebih kurang 45min dari Temerloh. Untuk majlis kali ini, merupakan majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut, dan lelaki tersebut merupakan bekas teman sepejabat denganku. Kenapa bekas? Sebab beliau pernah bekerja sepejabat dengan aku tetapi hanya secara kontrak, kemudian beliau mendapat tawaran pekerjaan secara tetap di Majlis Daerah Jerantut, maka dia menerima tawaran tersebut dan terus bekerja disitu, kebetulan pula, beliau memang berasal dari situ.

Nak dijadikan kebetulan juga, adik ipar kepada seorang sahabat suami juga turut berkahwin pada hari yang sama di Kg. Lebak Baru, Temerloh, namun disebabkan aku telah berjanji untuk hadir ke majlis di Jerantut terlebih dahulu selain bertujuan untuk jalan-jalan, aku dan suamiku pergi ke Jerantut terlebih dahulu. Seawal 11 pagi, kami sudah bertolak ke sana, dan lebih kurang 12.30tghari, kami sudah pun selesai makan. Oleh sebab itu, en suami kata masih sempat lagi kalau kami singgah kenduri di Kg. Lebak Baru. Selepas makan, aku mengambil gambar pengantin yang kebetulan baru tiba dan naik ke pentas pelamin. Jadi, aku dan suamiku tidak berpeluang untuk bergambar bersama pengantin. Kalau tunggu, takut tak sempat pulak nak pergi kenduri di Kg. Lebak Baru.

majlis di Jerantut, ni je yang sempat aku ambil gambar, sebab nak cepat, huhuhu

Bila sampai Temerloh, jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang, mengikut pengalaman aku serta suami sebelum ini, jika pergi kenduri dalam sekitar waktu begini, selalunya yang kami dapat hanya dapat tengok sahaja sebab makanan sudah habis. Kami tidak tahu kenapa, tapi itulah antara pengalaman yang sudah beberapa kali kami pernah merasa dan terkena. Mungkin jugak sebab orang sekitar Temerloh datang awal ke kenduri untuk makan-makan. Kalau di kampung halaman aku di Kuantan, Pahang, pukul 2 petang merupakan waktu puncak untuk orang ramai datang makan di majlis kenduri kahwin. Walaubagaimanapun, lain tempat, lain caranya dan inilah antara pengalaman dan kami jadikan sebagai pengajaran, huhuhu...

Bercerita mengenai kenduri kahwin di Kg.lebak Baru, mujur juga kami telah makan di kenduri kahwin di Jerantut, dan mujur juga lauk pauk masih banyak dihidangkan walaupun waktu sudah menunjukkan jam 2 petang. Aku tidak makan kerana masih kenyang, hanya menemani en suami makan sekali lagi dan menyuap sedikit nasi kepada anakku Zulaikha yang merengek minta disuap, huhuhu...

Minggu penghujung cuti sekolah ini pula, pada 9 Jun 2012, aku serta en suami mendapat 3 jemputan perkahwinan dan ketiga-tiga majlis tersebut merupakan majlis sambut menantu. Satu jemputan di Teluk Intan, Perak, satu jemputan di Felda Jengka 19, Maran serta satu lagi majlis di Kg. Teluk Sentang, Temerloh.

Disebabkan masalah jarak dan juga masalah bajet, aku serta suami terpaksa menolak jemputan yang paling jauh iaitu di Teluk Intan, Perak walaupun kami teringin pergi ke sana kerana tidak pernah sampai di situ. Walaubagaimanapun, kami perlu memikirkan keperluan yang lebih penting, bukan sekadar bajet untuk berjalan-jalan di tempat orang, huhuhu...

Kenduri di Felda Jengka 19 juga terpaksa kami tolak kerana faktor masa, selain kami sudah boleh menjangkakan yang kami tidak akan dapat makan kalaupun berkejar ke sana... >_<
Oleh itu kami hanya pergi ke majlis di Kg. Teluk Sentang, Temerloh sahaja iaitu kenalan suamiku yang berasal dari sini tetapi bekerja di Melaka.

bersama pengantin dan kawan-kawan en suami
Begitulah kisah jalan-jalan kenduri kahwin yang aku hadiri sepanjang cuti persekolahan berlangsung. Pendek kata, hujung minggu aku sejak musim kenduri kahwin bermula hingga akan datang barangkali, membuatkan dapur rumah aku langsung tak berasap dan sekurang-kurangnya kami mempunyai aktiviti yang dapat diluangkan bersama-sama.