Tuesday, December 23, 2008
kursus induksi dan konvokesyen..yang mana satu??
Salam semua kawan-kawan..lamanyer tak menulis apa-apa kat blog ni..erm..banyak perkara yang nak diceritakan ni..antara kursus induksi yang dihadiri dan juga majlis konvokesyen yang terpaksa diketepi..erm, sedih tu memang sedih..siapa tak sedih bila tak dapat menghadiri majlis konvokesyen yang julung-julung kali diadakan? sementelah dilakukan di UTM Skudai..waa.. betul-betul sedih..semua ini terpaksa aku korbankan demi kerana kursus induksi yang bertindih dengan tarikh konvokesyen tersebut. aku kena fikir semasak-masaknya sebab konvokesyen hanyalah satu majlis untuk meraikan tamatnya aku belajar di UTM sementara kursus induksi pula merupakan satu perkara yang akan menentukan pengesahan jawatan aku di dalam perkhidmatan. Jadi, sudah tentu kursus induksi ini jauh lebih penting kan..?? Aku dah tamat pengajian, sedangkan kerjaya aku baru bermula.. Aku percaya, kalau korang semua berada di tempat aku pun, korang akan bertindak seperti aku juga kan.. mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. mungkin aku kena bekajar ke peringkat yang lebih tinggi untuk aku menghadiri majlis konvokesyen lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment