Sunday, May 20, 2012

masak-masak puding karamel

Salam semua..
Dua minggu lepas aku serta seluruh keluargaku balik berkumpul di kampung halaman kami, kuantan, pahang.
Kami bercadang untuk berkelah sambil bbq dan mandi manda di pantai. Namun demikian, aku serta suamiku agak lewat tiba kerana hari tersebut hari sabtu, dan suamiku terpaksa kerja walaupun hari tersebut ialah hari cuti umum, hari wesak.



antara aktiviti yang sedang dilakukan semasa ketibaan kami, huhuhu

Disebabkan pagi tu aku mempunyai banyak masa sementara menunggu suami aku balik dari kerja, aku memasak puding karamel atas permintaan adik beradikku yang ingin mencuba masakan hasil air tangan aku..huhuhu..nampak sangat aku ni memang bukan kaki memasak, hahaha..

ok..ini resipinyer..

BAHAN-BAHAN UTK SAIZ LOYANG 16CM

BAHAN UNTUK KARAMEL
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

BAHAN UNTUK PUDING
1 tin susu cair / susu segar 400ml *
5 sudu besar gula halus **
3 biji telur saiz A (pada suhu bilik) ***
2 biji telur kuning saiz A (pada suhu bilik) ***
2-3 titik esen vanilla

CARA-CARANYA
1. Mula-mula, sediakan karamel. Masukkan 5 sudu gula dalam kuali dengan 1 sudu besar air. masak atas api yang paling perlahan. Bila gula dah bertukar warna perang, masukkan 1 sudu besar air lagi. Masak hingga kesemua gula menjadi cair dan berwarna perang. Kemudian, tuangkan karamel ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Dalam bekas yang lain, masukkan 3 biji telur dan 2 biji telur kuning. Kacau sedikit dan masukkan 5 sudu gula sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga adunan menjadi sebati. Jangan kacau sehingga kembang / berbuih. Masukkan pula susu sedikit demi sedikit sehingga habis sambil kacau sehingga sebati. Kemudian, titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

3. Sementara mengacau, sediakan air dalam kukusan, tunggu sehingga mendidih. Sementara menunggu air kukusan mendidih, masukkan adunan puding tadi ke dalam loyang yang telah diisi karamel tadi. Tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil. ****

4. Apabila air telah mula mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 minit dengan api yang sederhana.

5. Bila puding telah masak, keluarkan loyang daripada periuk kukusan. Jangan buka serta merta aluminium foil. Biarkan sehingga 5 minit. Selepas itu, bolehlah dibuka untuk menyejukkannya. Setelah sejuk, terbalikkan puding karamel ke atas pinggan / piring lebar yang leper dan simpan di dalam peti ais. Puding karamel sedia untuk dihidangkan dan sedap dimakan semasa sejuk.

Selamat mencuba.. huhuhu.. kredit untuk adik saya atas perkongsian resipi yang sedap ni..

PETUNJUK 
* saya gunakan susu cair, tak guna susu segar.
** saya blend aje gula tu bagi halus
*** saya gunakan telur gred C aje, telur jenama yang biasa jual kat pasaraya tulaa, huhuhu..
**** tak pernah beli pun aluminium foil, so saya tutup guna tudung periuk aje..kihkihkih

inilah hasil puding karamel dilihat dari atas..


dan karamel yang siap dimasak tu, aku potong kecil-kecil simpan dalam bekas tupperware untuk dibawa balik ke kuantan.. dah ramai-ramai tu, sekejap aje dah habis... huhuhu...


ni pulak pandangan setelah dipotong..agak nipis, mungkin sebab telur yang digunakan tu gred C..huhuhu..


disebabkan suami aku pun suka makan, minggu lepas aku buat lagi sekali untuk hidangan suamiku pulak.. :)